dnoBiz

Just In & Around My BoX



 Pementasan wayang kulit

 

Wayang Kulit

Wayang kulit adalah sejenis seni hiburan yang sangat terkenal pada masa dahulu, Ianya merupakan seni pementasan mengunakan bayang bayang yang terhasil dari watak patung yang diperbuat daripada belulang (kulit lembu/kerbau/kambing). Wayang kulit mempunyai beberapa versi bergantung kepada negara asal mereka. 

Wayang kulit merupakan salah satu seni tradisional yang terdapat di beberapa buah negara di Asia Tenggara seperti Thailand,Malaysia dan Indonesia, yang terutama berkembang di Phattalung wilayah selatan Thailand,Jawa dan disebelah timur dan utara semenanjung Malaysia seperti di Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu. 

Tok dalang atau dalang adalah merupakan orang penting dalam persembahan Wayang kulit, dimana beliau merupakan orang yang akan membawa kesemua watak dan dailog yang akan dimainkan didalam sesuatu persembahan Wayang kulit, dengan diiringi oleh muzik gamelan yang dimainkan sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden. 

Semasa persembahan Tok Dalang akan memaikan watak watak tersebut di sebalik tabir atau layar putih yang biasanya diperbuat daripada Kain, dan Lampu akan diletakan dihadapan dalang tetapi di belakang watak Wayang kulit tersebut, ini bertujuan untuk memaparkan bayangan watak pada layar tapi bukan bayangan tok dalang, Jadi penonton yang berada di sebelah luar layar mereka hanya akan melihat bayangan watak cerita tapi bukan bayangan Tok dalang yang terpampang pada tabir. Bagi pihak penonton pula mereka harus mengenali dan mengetahwi serba sedikit tentang latar belakan setiap watak yang akan dimainkan, kerana ini akan memudahkan mereka memahami jalan cerita yang akan dipersembahkan. 

Wayang kulit lebih popular di Jawa bahagian tengah dan timur, sedangkan wayang golek lebih sering dimainkan di Jawa Barat. 

 

tok dalang wayang kulit

Tok Dalang Di sebalik Layar wayang kulit

 

 

Wayang Kulit Di Malaysia

Di Malaysia terdapat beberapa versi wayang kulit yang di persembahkan, seperti Wayang Kulit Melayu, Wayang Kulit Gedek, Wayang Kulit Purwa (atau Wayang Kulit Jawa) dan Wayang Kulit Kelantan (atau Wayang Kulit Siam). Kesemua empat jenis hanya terdapat di Semenanjung Malaysia. 

Wayang Kulit Melayu

Bagi Wayang Kulit Melayu, biasanya isi dan cerita yang terdapat didalam Wayang Kulit melayu banyak dipengaruhi oleh cerita cerita Panji dan juga epik Mahabrata terutamanya Pendawa Lima. 

Manakala Dari segi wataknya pula, Wayang kulit Melayu banyak persamaan dengan wayang kulit Purwa terutama pada pergerakan sendi watak patung tersebut, dimana kedua dua sendinya boleh digerakkan. Cara untuk mengenali watak baik dalam wayang kulit melayu juga amat mudah dimana bentuk watak baik mukannya akan memandang kebawah dan bertubuh kecil, dan watak jahat pula akan berlawanan dengan watak baik dimana watak jahat biasanya kasar dan sombong, wajah mendongak keatas dan berhidung besar 

Namun ada jika dibandingkan dengan watak wayang kulit Jawa, terdapat beberapa perbezaan pada wataknya, dimana wayang kulit Jawa kedua dua tangan patungnya dapat digerakan tapi berbeza denga wanyang kulit melayu yang hanya sebelah tangan wataknya boleh digerakan, manakala dari segi saiznya pula watak wanyang kulit Jawa lebih tinggi dan ramping, berbeza dari Wayang kulit melayu yang lebih gagah dan tegap. 

Watak Wayang Kulit melayu

Watak Jahat Wayang Kulit Melayu

 

 

Wayang Kulit Jawa

Wayang Kulit Jawa dikatakan berasal dari Wayang Kulit Purwa Jawa, Pulau Jawa, Indonesia. Watak-watak yang terdapat dari wayang kulit jawa merupakan watak yang diadaptasikan dari cerita Mahabratha dan cerita-cerita Panji. Wayang kulit ini diperkenalkan ke negeri Kelantan pada 1834 oleh seorang tok dalang Melayu selepas mempelajari teknik-teknik Tok Dalang di Pulau Jawa. Watak wayang kulit ini ialah Sang Kula, Raden Galoh Cendera Kirana, Arjuna, Sang Dewa dan Raden Inu Kartapati. 

Wayang Kulit Purwa terkenal di kawasan selatan Semenanjung Malaysia. Ia menggunakan loghat Jawa. 

Watak wayang kulit Jawa

Watak dalam Wayang Kulit Jawa

 

  

  Video Wayang Kulit Jawa (Dewa Ruci) 

 

 

 

Wayang Kulit Gedek

Wayang Kulit Gedek terkenal di Kedah dan Perlis. Dan ianya banyak dipengaruhi oleh pengaruh siam, Wayang Kulit Gedek bisanya dipersembahkan menggunakan loghat utara (kedah-Perlis). 

Didalam Wayang gedek terdapat Dua watak utama ialah Etong (Ai Tong) dan Ekau (Ai Kiew) serta watak lain seperti Dewa Panah dan Maha Guru, didalam persembahan Wayang Gedek terdapat dua kumpulan watak yang memainkan peranak iaitu watak baik yang diwakili oleh Hero dan heroin serta Mahaguru, Dewa Panah danRaja Permaisuri, manakala watak jahat pula diwakili oleh Gergasi dan Bota   

 Wayang jenis ini menggunakan patung yang berpakaian moden seperti kebaya pendek. 

Watak wayang gedek

Watak wayang gedek

  

Video Wayang Kulit Gedek ( Wayang Kulit Sri Asun ) 

  

 

Wayang Kulit Kelantan

Wayang Kulit Kelantan dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa masuk melalui Patani, Selatan Thailand. Ceritanya berdasarkan Hikayat Ramayana dan penglipur lara tempatan. Watak-watak wayang kulit ini menggunakan loghat Kelantan. Antara watak penting ialah Hanuman, Sri Rama, Sita Dewi, Maharaja Rawana dan Laksamana. 

Tapi pada masa sekarang ni watak yang paling diminati dalam wayang Kulit Kelantan adalah watak sampingan yang banyak mempengaruhi cerita sepertii Wok Yoh, Samad, Said, Pok Dogol, Eteng dan Tegago, manakala watak utama seperti Hanuman, Senggoro Api, Raja Seri Gemita Alam dan  Rajo Seramo kurang menyerlah dari watak sampingan. 

Disamping itu bahasa yang digunakan juga agak kasar 

Watak dalam Wayang Kulit Kelantan

Antara Watak dalam Wayang Kulit Kelantan

Video Wayang Kulit Kelantan (Eteng Nak Jual Tanah) 

 

Video Wayang Kulit Kelantan (Said Ore Gedebe) 

 

Video Wayang Kulit Kelantan (Samad Ore Kebal) 

 

Ps : Jom Layan Wayang Kulit ….. 

Sumber Rujukan : Wikipedia 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: INFO, SANTAI, Video

34 Responses so far.

  1. deCrewz says:

    Sekarang ni wayang kulit semakin pupus.. Bila ada buat persembahan, rasanya blh kira berapa kerat je org yang dtg kan..
    deCrewz recently posted..Hati-Hati – JPJ Dimana-Mana Ceruk Jalan

    • dino says:

      Tapi kalau wayang kulit kelantan masih lagi dapat sambutan, cuma masaalahnya sekarang pelapis yang nak gantikan mereka ni jarang ada :D

  2. Sabah Blogger Club says:

    Salam kenal.
    ingatkan tadi bercerita pasal ahli politik yang kerjanya hanya main wayang kulit pada rakyat.
    Nanti lama-lama pupuslah wayang kulit original ni jika tiada usaha untuk memuliharanya.
    Sabah Blogger Club recently posted..How to change your blog template

    • dino says:

      Yantu bukan wayang kulit tapi wayang pupet heheh,
      sekarangni kerajaan dah melakukan pelbagai usaha untuk pastikan kazanah negara ni terjaga :D

  3. adamfaiz says:

    Dulu best tengok wayang kulit..murah je..sebab cerita dia besambung-sambung setiap hari..
    adamfaiz recently posted..Bernikah Muar Style!

  4. sangilapi says:

    kalau tak silap aku kat kelantan kot,ada seorang tok dalang dari bangsa cina ….betul tak dino ?

    patung wayang kulit ni menyeramkan !…kehkehkeh
    sangilapi recently posted..bengkel blackberry

    • dino says:

      Itu aku tak pasti Jo, sebab ada yang cakap dia orang Siam :D

      menyeramkan dan ada sesetengah yang dipuja bagi menjaga semangat nya… (orang dulu dulu)

      Ps : yang paling keras watak pak dogol (kalau tak silap aku la )

  5. RedBoys says:

    suka tengok wayang kulit gedek. hehe. terkenal di kedah ni.
    RedBoys recently posted..Adab Sebelum Menunaikan Fardhu Jumaat

  6. syahrilhafiz says:

    asun terbaik
    sebab dia belah utaqa..hehe
    syahrilhafiz recently posted..Games Angry Birds- dapatkannya sekarang!

  7. wazy says:

    Sesekali tengok dokumentari macam ni best plak
    wazy recently posted..5 Resepi Menggembirakan Diri Sendiri

  8. akubiomed says:

    Wayang kulit ini banyak pengaruh Hindu didalamnya. Zaman sekarang tidak ada pewaris untuk mengambil alih dari Tok Dalang
    akubiomed recently posted..Salahkah aku mencari penganti yang lain

    • dino says:

      Betul tu,
      sebab dalang ni memang tugas dia amat sukar kerana kadang kadang dia perlu melakonkan sampai 10 watak yang berlainan dalam satu cerita, bukan saja watak tapi juga suara

  9. tehr says:

    masa kecil dulu aku tak faham tengok wayang kulit
    tak tahu cerita apa yang dimainkan
    hahaha
    tehr recently posted..Mari Berpantun Dengan Alam

    • dino says:

      sama la masa kecil dulu aku cuma suka tengok bayang dia je… dan watak kegemaran aku masa tu wokyoh :D

  10. Nice info..
    Ttp setakat ni x kesempatan lg tgk wayang kulit secara LIVE….
    aktechpage.com recently posted..BeritaSemasacom- Berita Harian Terkini Utusan Malaysia

    • dino says:

      sekarang di dah jarang ada Mal,
      tapi kalau awal 2000 dulu tiap tiap malam ada dipersembahkan di tunjung :D

  11. MDHAFiZ.NET says:

    x pernh lg tengok live wayang kulit nih..harap dpt tengok suatu hari nanti.. :)
    MDHAFiZ.NET recently posted..How Targetted Traffic- Can Boost Your Income

  12. suri says:

    suri tak suka wayang kulit..sb karekter dia menakutkan..

    biar kartun..org lidi ker asal jgn wayang kulit tahu knp mungkin sebab tak minat heee..ker sb org tu myrok balik layar putih heee

  13. fitri says:

    hahaha..tengok kartun wok yoh pon dah klaka dah..patutnye kena tayang kat tv3 suku tu..ops jangan lupa translation skali..hehehe :p
    fitri recently posted..Asean Pun Ada Domain Sendiri

  14. zik says:

    lama dah tak tengok wayang kulit nie…dulu tv3 ada , sapa yang buat tuh.. sabri yunus kalau tak silap…
    zik recently posted..Cantik kan- nombor tuh!

  15. pakeko says:

    Assalamu’alaikum. Salam kenal. Alhamdulillah di Jawa masih sering diselenggarakan pertunjukan wayang kulit, terutama saat ada hajatan ataupun acara lain. Semoga budaya wayang masih tetap lestari.
    pakeko recently posted..Aruh-Aruh

    • dino says:

      Waalaikum,salam..
      terima kasih kerana sudi ke sini, di Malaysia pun kerajaan dah jadikan Wayang kulit ni sebagai satu seni kazanah Negara yang sentiasa dijaga, wayang kulit Malaysia pun asalnya dari Jawa juga :D

      • dani says:

        I thought the only wayang kulit that originate from jawa is wayang melayu n wayang jawa..? The other 2 is said to be originated from Thai-cambodia region..

  16. Ladfe Amir says:

    belum berkesempatan menonton wanyang kulit secara live. InsyaAllah akan tiba masanya nanti kot

  17. miss eein says:

    boleh tak sape2 suggest kan some references. sbb sy nq buat kajian ttg wayang kulit kelantan. mcm mne sambutan generasi skrg t’hadap kesenian ini. thanx.

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors

    TAG

    VISITOR




    Personal blogs

    Alexa Rank