dnoBiz

Just In & Around My BoX



Hari ni  Jadual aktiviti Blogging aku terpasa diubah, biasanya aku mula blokwalking di tengah hari, termasuklah di hari Jumaat (selepas solat Jumaat).

Tapi hari ni rutin tu terpaksa aku abaikan kerana ada tugas yamg lebih penting untuk aku lakukan. Sebelum Kutbah jumaat tadi ada satu pengumuman yang dibuat oleh Imam kampung aku, di meminta kepada sesiapa yang free dan tak beezy (tapi dia tak sebut la perkataan ohghan putih tu :D ) untuk bersama sama bergotong royong memungah pasir untuk di masukan kedalam masjid.

Tapi jangan silap paham, dia buka nak tabur kan pasir didalam masjid macam ungkapan ” menabur pasir didalam periuk tu ” tu, tapi tujuannya ialah untuk meninggikan lagi tapak lantai masjid yang masih dalam proses baik pulih tu.

Dari apa yang aku dengar tujuan meningikan lagi tapak masjid tu adalah sebagai langkah berjaga jaga, memandangkan keadaan cuaca yang semakin tak menentu ni manalah tahu kot kot tetiba je kawasan yang tk pernah ditenggelami banjir pun boleh tenggelam.. (advance gak imam aku ni)

Jadi dengan nasihat dan pandangan AJK dan Ahli masjud mereka bersetuju untuk naikan latai tu setinggi 1 kaki dari aras asal, dan yang menariknya ada dua orang Hamba Allah yang sudi untuk taja pasir yang diperlukan (angaran kasar dalam 60 lori).

Jadi yang tinggal hanyalah tugas untuk mebawa pasir tu masuk kedalam masjid, jadi sebagai kariah masjid yang bertanggung jawab dan baik hati maka aku dengan bangganya…… hahahaha :D, sebenarnya kebetulan pula petang tu aku pun tak kemana dan ditambah lagi aku yang dah lama tak bersukan jadi aku ambil kesempatan ni untuk bersenam sambil beramah mesra dengan orang kampung aku, mana la tahu kot kot ada yang berkenan untuk ambil aku sebagai hantu menatu  :D .

Masa tengah gotong royong tu ada seorang lelaki yang tak dikenali dalam linkungan 50an datang berjumpa dengan Imam sambil menghulurkan satu sampul dan kemudian nya berbisik sesuatu kepada Imam, kemudian imam berjala beriringan dengan lelaki tu ke kereta.

Imam kembali semula kepada kami setelah lelaki tu beredar dan membuka sampul yang diberi tadi di hadapan kami, dalam tu ada mengandungi not RM 50 setebal 1 inci aku angarkan dalam rm 5000,

“dia tolong hantarkan amanah tuan dia, tanya nama tak nak bagi tahu, nak bagi resit pun taknak ” kata imam sambil tersenyum.

“sebab tu ada hadis yang berbunyi “berkerjalah kamu seperti kamu akan hidup 100 tahun lagi dan beramal lah kamu seperti kamu akan mati keesokan harinya” Allah suruh kita berkerja bersungguh sungguh dan mengumpul kekayaan, dan bila dah kaya kita boleh membantu sesama Islam dan boleh membuat amal jariah, orang kaya ni nak beribadat pun tenang sebab semua dah cukup, tapi dengan syarat kekayan tu dengan cara yang betul dan diberkati Allah, ada duit senag nak buat pahala dan senang nak buat duit” sambung Imam panjang lebar

 Kami semua hanya mampu tersenym dan mengagukkan kepala, ” Dah tu sambung kerja…., macam mana kak kaya kalau ashik tersengih je “ sergah Imam sambil Ketawa….

Ni gambar yang sempat aku ambil masa gotong royong tadi, tapi masa ni orang blm ramai lagi…

Otai yang tak mahu ketinggalan menyumbangkan tenaga

 

Antara mereka yang sampai awal untuk aktiviti senam robik ni

 

Lantai akan dibuat secar berperingkat supaya tidak menganggu ruang untuk solat

Ni adalah Antara pengunjung tetap masjid ni (setiap waktu)

 

Masjid yang asalnya satu Tingkat sekarang dinaiktaraf kepada dua tingkat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: SANTAI

24 Responses so far.

  1. etomyam says:

    terbaik…semoga semua yg terlibat diberkati Nya
    etomyam recently posted..Sejarah- Siapa Yang Buta Dan Membutakan

  2. sangilapi says:

    aku kalau dekat-dekat nak jugak datang membantu,dino :)

    tapi kat tempat aku sendiri,aku malas nak menyumbang tenaga :) sebabnya surau/masjid tempat aku dah jadi macam kedai kopi :(
    sangilapi recently posted..cabaran disahut

  3. Ladfe Amir says:

    bila semua org berkeje sama, keje yg sepatutnya selesai lg setahun sekejap aje boleh setel. InsyaAllah

  4. ardzham says:

    baguslah masih ada semangat gotong royong, waktu aktiviti beginilah kita dapat beramah mesra sesama jiran dan mengeratkan silaturrahim.
    ardzham recently posted..Bersiar siar di Tanjung Emas

  5. akubiomed says:

    Dapat pahala tambahan pada hari Jumaat
    akubiomed recently posted..Comment on Plugin untuk WordPress by suffer8zine

  6. zik says:

    alhamdulillah bagus2 nya bro kita… kalaulah dekat.. wajib tolong nie!!
    zik recently posted..Bas persiaran terbalik- 7 maut di Lebuhraya Karak- Genting Highlands

    • dino says:

      haha Zik,
      sebebnar nya aku ni zik masih belum boleh digolongkan dalam golongan yang bagus lagi (banyak benda buruk dari baiknya),
      masjid tu pun hari Jumaat dan Tarawih di bulan puasa je baru ada muka aku, time magrib tu ada la jarang jarang, sebab tu bila ada peluang macam aku cuba sedaya upaya untuk tidak lepaskan, sekurang kurangnya dapat la kurangkan sedikit berat dosa aku bila disana nanti
      dino recently posted..Tugasan Hari Jumaat – Riadah Di Masjid

  7. tehr says:

    kerja bagus amalan mulia
    memang seronok bila sempat bergotong royong
    memang tak akan kering gusi :)
    tehr recently posted..Keagungan Tuhan Merapi Meletus Lagi

  8. Ismail N says:

    Allhamdullilah.. semoga masjid di sana menjadi contoh kepada masjid2 lain di Malaysia.
    Ismail N recently posted..Sisters in Islam Kekal Sebagai Sisters in Islam

  9. zezebel says:

    Cantik masjid ni. Mesti perlukan kos yang banyak kan? Pada pendapat saya, usaha manusia yang anonymous memberi sedekah tu memang baik. Bagi sendiri duit tu kat masjid daripada nak suruh-suruh orang atau bayar melalui wakil masjid yang datang. kalau kat Sabah ni, mau masjid tak siap, duit di sapu.
    zezebel recently posted..DLS- Vegetables in Market

    • dino says:

      Kos dia memang besar Bel, tetapi semuanya hasil derma orang ramai,
      betul tu Bel tapi kalau sebenarnya yang bagi sedekah tu ialah lelaki yang hantar duit tu pun kita tak tahu, mana la tau kot kot dia sengaja tak mengaku kerana nakmengelakan rasa riak dan takbur…,
      kalau pasal tak amanah tu kat mana mana pun ada Bel, tak semestinya kat Sabah je, itu semua bergantung kepada Individu tu sendiri, tak kira lah apa kaum, agama dan bangsa sekalipun,
      Kat Sabah Pun tak kurang mereka yang baik dan Dermawan cuma mungkin mereka tak mahu menonjolkan diri je dan melakukan kebaikan secara senyap
      dino recently posted..Tugasan Hari Jumaat – Riadah Di Masjid

  10. [...] dan tahu goreng yang dimakan bersama cili,aku berjalan pulang ke rumah besar.Mok bermesyuarat di masjid,atas urusan apa,aku pun tak tahu.Walaupun Mak Cik Serot mengajak aku berbual panjang,aku terpaksa [...]

  11. suri says:

    akan mendapat pahala kelak..

    harap teman akan ke blog suri…http://loveisshearing.blogspot.com
    suri recently posted..Hey!! Suri Disinilah

  12. Dah lama aku x wat keje amal2 mcm ni…
    Ade juga yg org yg hati budi baik derma kt masjid RM5000 tanpa beritahu sape dirinya… alhamdulillah…
    aktechpage.com recently posted..Akhirnya… KELANTAN JUARA PIALA MALAYSIA 2010

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors