Tomoi – Muay Thai ganas tapi mengashikkan..
Kalau sebut Muay Thai mungkin ramai yang kenal, tapi macam mana dengan Tomoi, Boksing siam, tinju siam,tomoi siam atau muay Chaiya mungkin ramai yang garu kepala…
Dan biasanya bila disebut Muay thai, tomoi, boksing siam dan Muay Chaiya ni pastinya kita akan teringat akan aksi menarik ”Tony Ja” dalam filem “Ombak” yang begitu memukau mata, takpun mesti korang akan terbayang wajah lelaki bertoncet bernama “Tong Po” dalam filem Kick boxing . Tapi kalau aku sebut Saiful the “Vampire Merica” , mesti kau ingat ini adalah watak baru dalam filem pontianak… ataupun serigala jadian
Rasanya ramai yang tak sedar akan kewujudan Saiful The “Vampire Merica” ni dan pastinya lebih ramai yang tak menyangka pemuda Malaysia ini adalah Juara Muay Thai dunia untuk kelas Feather Weight.
Sebenarnya Muay Thai, Tomoi, Boksing siam, tinju siam dan tomoi siam adalah nama yang diberikan kepada satu jenis seni bela diri atau sukan tempur yang berasal dari Thailand. Muay pada asalnya adalah dari perkataan sunskrit ‘Mavya’ yang bermaksud “seni lapan anggota” dimana seni beladiri ini menggunakan tumbukan, tendangan, siku dan lutut. Sukan Muay Thai adalah hasil dari olahan beberapa gabungan beberapa jenis seni Muay asli seperti , Muay Chaiya, Muay Korat, Muay Tarsao, Muay Jearng
Manakala di Kelantan Muay Thai lebih dikenali sebagai Boksing, tomoi atau Muay, mungkin disebabkan kedudukan Kelantan yang berjiran dengan Thailand (Golok) , tambahan pula bila terdapat ramai orang kelantan yang mempuyai saudara mara di Selatan Thailand, maka sukan Muay atau boksing ini sudah menjadi seakan akan sukan dan seni bela diri tradisi mereka seperti juga silat.
Sejarah kewujudan seni bela diri ini di Kelantan dan beberapa negeri lain seperti Kedah Dan Perlis dikatakan bermula sejak ratusan tahun dahulu dimana ketika itu negeri negeri ini masih dibawah pengaruh kerajaan Siam.
Dari segi seni pula Muay Thai ini dikatakan seakan sama dengan seni bela diri yang terdapat di beberapa negara lain yang bersempadan dengan Thailand, contohnya Pradal Serey di Kemboja, Muay Lao di Burma (Laos), dan Lethwei di Myanmar.
Muay Thai mula dijadikan sukan yang dipertontonkan sejak beratus tahun dahulu, dan ketika itu para peninju hanya akan mengunakan tali Hem atau kaad cheuk semasa bertarung dihadapan raja dan pembesar, Pada 1992 Raja Prajadhipok yang merupakan pengemar setia sukan Muay telah memperkenalkan gelanggan berbentuk empat segi tepat, glove dan juga penetapan masa untuk sukan ini, manakala beberapa jenis tumbukan seperti uppercut, hook dan jab juga telah diserapakan dalam sukan ini untuk menambah tarikan pada perlawanan yang dipersembahkan, dan dalam masa yang sama juga kekuda kaki yang dahulunya berada dalam keadaan rendah turut sama mula hilang bilamana peserta lebih selesa berdiri tegak sambil kaki hadapan sentiasa dalam posisi berjaga jaga (dihenjutkan)
Mungkin pada sesetengah Individu sukan Muay thai ini nampak seperti ganas dan tidak berperikemanusian, ditambah pula degan kecederaan peserta di setiap pertandinggan yang dilangsungkan dan kebanyakan kemenangan bisanya bekesudahan dengan TKO, tapi hakikat sebenar hanya peminat dan pengamal seni bela diri ini saja yang lebih mengerti akan tujuan sebenar sukan ini… bahkan slogan mereka juga adalah “The best revenge is no revenge”
Ps : Teringat kata kata Pi Noi (abang Noi) seorang Pengamal Muay di Golok “Mereka bukan dilahirkan sebagai Juara, tapi mereka dilatih untuk jadi juara”






wahh..dah lama aku tak berlaih benda nih. dulu pernah belajar..tapi sekarang..sejak join silat dulu..dah jarang dahhh..
jom kita test power….. bukak langkah dulu ye..hehe
Saya ada menonton The Challenger Muaythai di AXN Astro turut disertai peserta dari Malaysia iaitu Mohd Faizal Bin Ramli “Golden Elbow”
aku tak leh tengok game tomoi ni
kesian je rasa
Minat sangat dengan aksi tony ja dalam filem ong bak dan juga tom yam gong.Cara lawannya sangat memukau.