Sambungan daripada Post aku semalam “Tok Bomoh PoWer“..
Ada beberapa sebab yang mebuatkan aku tak siapkan post ni semalam…
- Aku tak tahan dengan Mulut Ayi yang tak berhenti henti membebel Kelaparan…. (masa aku buat post tu dia ada kat sebelah)
- Aku pun agak penat sebab baru balik dari rumah bomoh tu (balik je terus buat post sambil ditemani Ayi yang kelaparan)
- Aku takut cerita tu jadi panjang sangat untuk korang baca (jadi aku pecahkan pada dua atau tiga bahagian)
Berbalik Pada tujuan asal….
Lebih kurang pukul 9.30 malam segala niat dan tujuan kami di Pondok Lubuk Tapah telah selesai, dan bermulalah tugas kedua yang sebenarnya tidak termasuk didalam program asal aku dan Ayi.
Setelah hampir 20 minit perjalanan kami melalui lebuh raya Pasir mas – Rantau Panjang, tiba tiba Cikgu memberi arahan mengejut kepada Ayi sambil menghulurkan tangannya menunjukan arah supaya membelok ke kiri, dan tindakan mengejutnya tu nyaris menyebabkan kepala aku yang berada di sebelah Ayi ditonjol oleh tangan kasarnya, Ayi hanya tergelak dengan tindakan Cikgu, dan Aku mula curiga…. lantas tampa berlengah aku bertanya “kau ni ingat lagi ke jalan kerumah bomoh tu…?“, ” kejap ingat, kejap lupa kalau campur jadi ingat ingat lupa” balas Cikgu sambil tersengih……. dan Ayi masih terus ketawa.
Secara sepontan mata aku melirik kearah Fuel Meter (penunjuk aras minyak) Hilux 4×4 yang dipandu Ayi, dalam hati aku “nasib baik minyak penuh kalau sesat pun tak kisah lah“, dan setelah hampir setengah jam kami berlegar di kawasan kampung tu akhirnya kami tiba di tempat yang dituju, itupun setelah bertanyakan pada beberapa orang budak yang sedang melepak di kedai kopi.
Ayi berhenti betul betul dihadapan rumah bomoh yang dikenali sebagai Abang Lah (nama yang diberi oleh budak di kedai kopi tadi, sebab Cikgu pun tak ingat apa nama bomoh tu) untuk pengesahan aku tanya Cikgu apakan betul ni rumah bomoh tu, dengan penuh yakin Cikgu mengesahkannya, “tapi kalau nak lebih pasti tungu kejap lagi” kata Cikgu……
Setelah beberapa kali Cikgu memberi salam.., muncul seorang lelaki dalam lingkungan 50 an, berbadan kecil dan bersarung tampa baju, sembil mejawab salam dia merenung kearah kami bertiga dan kemudiannya merenung kearah kenderaan yang kami naiki.
“Fahtutla adhe rasa Mahcam Ohrang njauh Nak dhatang” (patut la ada rasa macam orang jauh nak datang) kata bomoh tu… Cikgu terus berbisik “sah ni la bomoh tu sebab dia memang ingat yang bomoh tu sengau” aku hanya mampu berdiam diri dan aku nampak badan Ayi bergetar kerana menahan ketawa, dan Cikgu pula masih dengan muka selamba.
Setelah dijemput kami bertiga terus masuk dan bersila di ruang tamu sementara menunggu kemunculan Abang Lah yang telah menghilangkan diri kedalam bilik, dan pada pemerhatian aku rumah ni adalah rumah sewa kerana terdapat beberapa buah rumah yang sama saiz dan bentuknya sama di sekitar rumah ni,
Beberapa minit kemudian Abang Lah muncul, kali ni dengan memakai baju kemeja, tapi masih lagi bersarung, lantas bersila di hadapan kami bertiga, Ayi cuba untuk memulakan perbualan dan memberitahu tujuan kedatangan kami, tetapi terus dipotong oleh bomoh tu “ Tak payah cakap Abg tahu megapa datang sini…, dah berapa lama Hilang…? agak agak hilang kat mana..? ” tanya bomoh tu…. aku terkejut.. “wah hebat gak bomoh ni tadi tahu kami datang dari jauh, lepas tu tahu pulak yang Ayi ni kehilangan barang..”.
Setelah mendapat maklumat yang diinginkan dari Ayi, Abang Lah diam seketika dengan mata yang tertutp rapat dan mulut yang terkumat kamit seolah olah sedang bertafakur……., sejurus kemudian Abang lah membuka mata sambil tersenyum dan bertanya…. “kau ni kerja kat mana? Abang nampak banyak sangat almari, ,meja dan kerusi yang tak siap ni..? kerja apa..?” Sekali lagi Abang Lah membuatkan Aku dan Ayi terlopog…, Tapi Cikgu masih lagi tanang seperti biasa…….!!!
Nanti aku sambung lagi….









errr…mcm mana dia bleh tahu plak meja almari tuh?
Tu yang peliknya..
Takpe ejon nanti kita bongkarkan K
dino recently posted..Malique feat MNasir – Mantera Beradu
okayh..smbung cpt2..hehe
hehehe.tok bomoh tuh, pemerhati yg teliti kot…dia tgk gaya, tgk kete kot2 ternampak sticker kedai perabot ker, napa pakai baju kedai perabot ker nanti pas dia tnya, kalau jwb, dia tnye la lg berdasarkan jwpan tuh..haha
ok Ejon sambung sudah
Ps : sory la sebok sikit
dino recently posted..Malique feat MNasir – Mantera Beradu
peliknya…tapi ada member pernah pegi bmoh lebi kurang macam nielah senarionya…tahu semua… macam ala2 nujum pak belalang… ntahla..
zik recently posted..Ucapan penuh bajet 2011
sebenarnya ada rahsia disebaliknya bro…
dino recently posted..Malique feat MNasir – Mantera Beradu
Takut dah kalau dengar nama bomoh ni..hehe…
bluedianthus recently posted..Nuffnang dan kaitannya dengan CTR
ada pengalaman ngeri ke sis..?
Thank for drop by,
dino recently posted..Malique feat MNasir – Mantera Beradu
agak2 tok bomoh ni pasang cctv satu malaysia ni kot..hehe
xpe2..kita tunggu sambungan seterusnya. Menarik post bro ni. rasa macam baca cerpen lak 
dedoku recently posted..Download Video di Laman Web Cara Mudah Youtube
dia guna mind power bro hehehe
dino recently posted..Malique feat MNasir – Mantera Beradu
ni tok bomoh ade belajar bace minda ni…hehehe…takpe2…kite tunggu sambungannye…
bile nak smbung ni?hehe
dia ada cara lain sebenarnya bro….
dino recently posted..Malique feat MNasir – Mantera Beradu
Masa kecik ada seorang bomoh boleh tahu apa yang saya buat kat rumah contoh melawan cakap mak, rajin kemas rumah dan ketika sembahyang pakain tak bersih. Seriau mendengornya memang betul pun mak saya pulak akui.
akubiomed recently posted..Comment on Plugin untuk WordPress by suffer8zine
memang ada sesetengah orang dianugerahkan Allah dengan kelebihan macam ni, dan ada yang mengunakan makhluk perantaraan untuk tu juan macam tu (yang ni kena berhati hati sebab boleh mejebakan kita ke arah shirik)
dan yang satu lagi adalah………
nanti aku cerita hehehe
dino recently posted..Malique feat MNasir – Mantera Beradu
kalau ikut tajuk tu,siapa yang terpegun dino ? bomoh yang terpegun atau korang bertiga yang terpegun ?
kalau dari apa yang ko jawab dalam komen di atas maka aku pun dah blur cara bomoh tu guna
kelebihan dariNya – bukan.
guna perantaraan – pun bukan
*sedang memikirkan kaedah yang digunakan oleh bomoh tersebut*
sangilapi recently posted..cabaran disahut
yang terpegun tu aku ngan si Ayi, cikgu selambe je.
Ps: sebenarnya cara tu yang buat aku kagum dengan bomoh tu
dino recently posted..Malique feat MNasir – Mantera Beradu
Tapi Cikgu masih lagi tanang seperti biasa…….!!!
Cikgu Ni oTak dia lain sikit WAL
dino recently posted..Malique feat MNasir – Mantera Beradu
eleh.. msti cikgu pakat ngan ‘bomoh’ tu.. nak wat lawak bangang gamaknya.. kui3…
sebenarnya cikgu tu cuba buktikan sesuatu AdibZ
dino recently posted..Malique feat MNasir – Mantera Beradu
hebatttt!!! semua dia tahu… tapi yang tak bestnyer… citer asyik bersambung jer… suspen daaa !!!!
cara ni aku tiru dari Bro Jo
sebenarnya masa yak berapa mengizinkan aku mengadap komputer lama lama,
sebab pembantu aku cuti..
dino recently posted..Malique feat MNasir – Mantera Beradu
ops.. lupa lak…. hehehe.. malulah nak cakap….heheheee !!! nak minta ko letak link aku kat blogroll ko boleh ??? untuk pengetahuan ko… Link ko dah aku masukkan kat blog aku….
sama la hehehe
sebenarnya aku pun malu nak mintak exchange ling sebab blok aku pun PR 0 lagi heheh, ok jang terima kasih sebab sudi tkr link ngan aku
kau memang best..
dino recently posted..Malique feat MNasir – Mantera Beradu