Tekanan perasaan – Rasa Tersisih dan tidak Dikasihi
Setiap Orang ingin dikasihi dan diterima kehadirannya tak kira la dalam apa keadaan sekalipun..
Namun hakikat tidak semestinya seindah mimpi walaupun itu adalah sesuatu yang amat kita inginkan, akibatnya kita megalami ganguan emosi yang menyebabkan kita akan rasa tertekan, rendah diri, murung, sedih, dan kekadang membuatkan kita membenci .
Yang pasti penerimaan dan dikasihi adalah perasaan milik individu yang tidak mampu dikawal oleh individu lain, dan yang paling penting kita harus sedar yang kebaikan tidak semistinya akan diterima dan disanjung manakala keburukan belum pasti dibenci dan dimaki.
Dan menyalahkan orang lain atau peristiwa atas apa yang terjadi pada kita hanyalah akan menyebabkan emosi kita semakin tak setabil dan mengakibatkan kecelaruan personaliti, jadi adalah lebih baik andainya kita berhenti menyalahkan orang lain atau diri kita sendiri sebaliknya belajarlah untuk terima siapa kita dan kekurangan yang kita ada.
Paling penting kita harus Rasional dan sedar akan kewujudan beberapa kepercayaan tak Rasional yang telah sebati dalam diri kita, yang mengakibatkan kita melakukan sesuatu yang tak sepatutnya kita lakukan… dan kita mudah dikalahkan oleh keadaan
- “Aku mesti buat yang terbaik dan mesti mendapat pujian orang lain yang akan megatakan itu adalah baik, kalau tak ada pujian maka itu bermakna apa yang aku buat itu tidak baik.”
- ” Orang mesti melayan aku dengan bertimbang rasa, adil, baik dan melayan aku dengan cara yang aku ingin dilayan, kalau mereka tidak melayan aku seperti itu mereka adalah orang yang tidak baik, yang tidak mulia, mereka dari keturunan yang tidak beradap, mereka harus didenda, dikutuk dan dibenci.
- Apa yang aku nak aku mesti dapat, mesti dapat pada masa yang aku perlukan.
- Perkara buruk dan yang aku tidak ingini tidak boleh terjadi pada aku
- Seandainya aku tak dapat apa yang aku nak dan sekiranya perkara yang aku tak inginkan terjadi pada aku itu adalah amat teruk dan aku tak dapat menerima hakikat itu.
Ps : Tetiba aku merapu pulak malam ni





Saya sekarang sedang mengalami perasaan tu bro.Tetapi saya akan cuba bersabar dan berusaha untuk menyelesaikannya.
Insyaallah Bro,
Harap bro dapat hadapinya
masalah yang berat ni
kalau tak kena cara memang terlingkup
moga2 aku sentiasa dekat dengan rahmay tuhan
Rahmat tuhan adalah yang terbaik Tehr
Bagi bEe pulak,
kalau dah bermasalah akan cuba fikir rasional… sbb kalau difirkan mau jadi gila! huhu
betul tu Bee,
Yang pasti masalah untuk diselesaikan, selagi tak diselesaikan selagi itu lah dia jadi masalah
akupn slalu tension ngan husband…