Semalam aku ada baca satu berita di Utusan Malaysia megenai syarikat jualan langsung yang dikendalikan oleh Ac Mizal yang dikatakan tidak memiliki lesen AJL,Sebelum tu baca dulu berita ni : dipetik dari Utusan .com
Syarikat jualan langsung selebriti tiada lesen?
Oleh TAN MING WAI
pengarang@utusan.com.myKUALA LUMPUR 10 Nov. – Syarikat jualan langsung yang diasaskan oleh seorang selebriti terkenal tanah air dipercayai beroperasi tanpa lesen Akta Jualan Langsung 1993 seperti diwajibkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Syarikat pembekal gelang dan rantai magnetik kesihatan yang telah beroperasi sejak setahun lalu itu seharusnya memohon dan memiliki lesen tersebut berdasarkan konsep perniagaan berbentuk jualan langsung dijalankan. Bagaimanapun, semakan Utusan Malaysia dalam laman web kementerian itu tidak menemui nama syarikat dalam senarai ‘Syarikat Yang Pernah Memohon Lesen Di Bawah Akta Jualan Langsung 1993′ sehingga 2 November lalu. Sumber kementerian itu memberitahu, pihaknya telah memulakan siasatan dan memantau rapi kegiatan syarikat tersebut berikutan aduan orang ramai. “Kementerian sedang menyiasat syarikat itu yang didapati menjalankan perniagaan berkonsepkan jualan langsung tetapi tidak memiliki lesen diwajibkan. ”Kami sedang mengumpul kesemua aduan disalurkan oleh orang ramai dan siasatan dilakukan berdasarkan maklumat yang diterima,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kerana perasaan ingin tahu aku telah meninjau website AC KONSERTIUM bagi mendapat kepastian, dan dari apa yang aku jumpa ialah dua sijil Pemerbandanan, yang didaftarkan diatas “AC Konsortium Sdn Bhd” dan “Ilham Prestij Sdn Bhd” dan satu Sijil Akta Juaalan langsung AJL yang didaftarkan diatas nama “Ilham Prestij Sdn Bhd“,
Apa yang menjadi kemuskilan aku sebenarnya ialah …. adakah Ac Konsortium mengunakan sijil AJL Ilham Prestij untuk aktiviti jualan langsung mereka ???, Dan adakah Ilham Prestij adalah anak syarikat AC Konsortium???, dan adakah sijil AJL Ilham Prestij sudah dipindah milik kepada AC konsortium ??…
Kerana dari apa yang aku tahu sijil AJL tidak boleh dipindah milik atau diberikan hak untuk pihak lain mengunakannya, dan jika ini dilakukan maka lesen AJL tu akan dibatalkan dan pihak yang berwajib akan dikenakan tindakan oleh KPDNKK,
Jadi untuk tidak bersikap negatif aku buat anggapan bahawa Ilham Prestij adalah anak syarikat AC Konsortium, jadi sijil AJL tu boleh digunakan oleh AC untuk urusan perniagaan, tapi disini aku dapati ada kepincangan kerana dari pemerhatian aku semua operasi jualan langsung dilakukan melalui AC Konsortium, bukan melalui Ilham Prestij, dan ini sudah melangar akta jualan langsung yang mana dengan jelas telah digariskan didalam syarat perlesenan bahawa semua Operasi jualan langsung haruslah dilakukan oleh atas nama syarikat yang diberikan lesen dan bukan nya AC Konsortium, Tapi mungkin juga aku tersilap menilai, sebab dari apa yang aku baca di front page web site tu ada tertulis “sistem autoplacment bukan MLM dan skim cepat kaya” Jadi jika betul seperti yang didakwa maka secara tak langsung megapa mereka memerlukan dan memaparkan sijil MLM tersbut…
Ataupun mungkin juga betul seperti yang didakwa bahawa ada individu yang cuba untuk menjatuhkan AC yang kini semakin meningkat naik dan semakin berjaya.
Dan satu perkara lagi yang menarik perhatian aku ialah Skim pinjaman yang ditawarkan oleh AC Konsortium,
Sebenarnya aku tak pasti sama ada pinjaman ini ditawarkan oleh AC Konsortium ataupun pinjaman ini adalah daripada institusi kewangan, jadi apa yang aku mampu andaikan ialah pinjaman yang akan diberi ialah daripada Institusi kewangan tempatan tapi melalui AC Konsortium, megapa aku andaikan begitu ???
Kerana mengikut undang undang untuk membolehkan sesebuah syarikat menawarkan pinjaman mereka perlu memiliki lesen Pemberi Pinjam Wang, dan mereka sepatutnya mempamerkan lesen tersebut sabagai bukti, namun aku gagal untuk mancarinya, jadi mungkin pinjaman ini adalah dari Institusi kewangan.
Apa pun aku harap perkara ini dapat diselasiikan secepat mungkin dan Pihak AC Konsortium dapat merungkai segala masaalah dan persoalan yang ditimbulkan, Kerana secara peribadi aku cukup kagum dengan kejayaan beliau dan jika beliau di pihak yang benar aku tak mahu melihat kejayaan ini terkubur begitu sahaja, walaupun aku tidak pernah menyertai mereka, kerana berita seperti ini hanya akan mencalar kreadibiliti AC Konsortium.
Tapi Jika memang kegiatan ini salah di sisi undang undang aku berharap pihak berkuasa bertindak segera kerana nasib 213,547 ahli WC Konsortium (mengikut penyata di front page web mereka) sedang diperjudikan, dan mungkin ramai lagi yang akan terlibat, Semoga penyelesaiyan terbaik dapat dicapai….,
PS : dulu aku pernah di promot dangan sejenis MLM / pelaburan (tiada kaitan dengan AC Konsortium ) yang dikatakan terbaik dan dijamin keuntungannya, bila aku tanya pasal Sijil MLM mereka mengataka yang mereka bukan syarikat jualan langsung, tapi perkongsian keuntungan seperti pelaburan, dan bila aku minta Lesen dari BNM yang mengizinkan mereka untuk mengambil deposit, mereka bagi alasan yang mereka bukan ambil deposit sebab pelabur akan diberikan produk sebagai dummy untuk pelaburan yang dibuat…… Jadi apakah mereka ini ???? yang pasti bermacam nama yang canggih dan up to date akan digunakan bagi meyakinkan mangsa



![ac [640x480]](http://dnobiz.com/wp-content/uploads/2010/11/ac-640x480.jpg)



macam2 lah sekarang nih….. pasal ac mizal tuh… hurm pandai2 lah ..ek
zik recently posted..Tips panjang umur part2
jangan sampai ada yang sakit hati dah
betul, yang pasti salah tetap salah. harap kes ni selesai cara baik
Affan recently posted..3 kelebihan Hotmail yang mungkin anda tidak tahu
Mcm2 la dunia skrg ni…
iza recently posted..Ku Masih Punya Harapan
dunia makin cangih Iza, biasala tu
Tak tahu siapa yang betul..mana lah tahu itu cuma satu cara nak menjatuhkan bangsa sendiri..dengki punya pasal…hmmm….
Zezebel recently posted..2010 UPSR exam result
tu yang aku risaukan Bel, takut ini adalah permainan orang yang nak jatuhkan beliau
penerangan memang detail habis..ada soalan dan ada jawapan sekali..tapi kalau dia di pihak yg benar,rileks sudah..jangan pulak nanti lesen kena tarik,kena saman pulak dengan customer..
khairolghani recently posted..I’m from Holland
hehe,
aku banyak baca pasal MLM sebab tu salah satu cara untuk aku lepaskan diri dari ajen MLM (jenis tipu)
Setuju MLM ada stratergi pemasaran bukannya sistem piramid. Kalau tidak banyak syarikat MLM dah kena ambil tindakan salah satu cabang business
akubiomed recently posted..Tanda awal tekanan
gitu rupanya kisah AC ni, aku bab-bab MLM ni memang surrender…
etomyam recently posted..Facebook Mail Pesaing Gmail Isnin Ini
tu la pasal bro,
banyak sangat yang salah guna MLM ni
betul, aku pun tolak awal2 lah MLM ni.
Duit modal pun takde. ahahhaa
Affan recently posted..3 kelebihan Hotmail yang mungkin anda tidak tahu
penipuan boleh berlaku dalam apa jua bidang yang diceburi bukan hanya MLM atau dalam bentuk pelaburan sahaja yang suka menipu,bidang lain pun ada yang menipu termasuklah dunia internet ni
sangilapi recently posted..blogger yang diduga
heheh..
yang penting niat
haah betul bro. antaranya SCAM
Affan recently posted..3 kelebihan Hotmail yang mungkin anda tidak tahu
Adeh, AC dah jadi Along ke tu? Bagi pinjam duit. Ni mesti dapat idea dari filem “Baik Punya Cilok”…
Ismail N recently posted..Cuti Sekolah 2010
huhu ya la kot bro
aku sangat x suka MLM..kawan yang join dan pernah promot dulu xpenah kaya pun aku tgk..huhu
fitri recently posted..Yamaha 135LC 2011 Yang Garang!
kalau yang cepat kaya tu bukan MLM,
MLM ni cuma sejenis cara pemasaran
mcm2…. rasa mcm x sedap badan hari nih.. :’(
Mohd Hafiz recently posted..Finally Its Over!! Motosikal Balik Kampung!!
baik g check, raya dah dekat ni bro.. D
macam complicated juga kes ni.. kurang ikut perkembangan AC Mizal tu
kulanz recently posted..Mata Air Tawar di Laut Malubang- Kebenaran di Sebalik Mitos
memang complicated gak bro, satu sebab die artis, kemudiannya kes ni melibatkan wang yg besar.
Saya pun taktau mana betul salah. Tunggu dan lihat
Affan recently posted..3 kelebihan Hotmail yang mungkin anda tidak tahu
aku memang tak mahir bab berniaga ni
tapi aku selalu nasihatkan diri sendiri agar tak terlibat dengan jenis perniagaan seperti ini
tehr recently posted..Kumbang Dengan Bunga
yang penting kita kena betul betul faham apa itu MLM baru kita tak terpedaya
dino recently posted..Peluang Perniagaan – Karenah Pelanggan dari Marikh
ye… mari kita tunggu apa kesudahannya.. maybe ade yang bakal naik mahkamah nanti..
zul recently posted..Bermadah Untuk Si Janda
moga moga penyelesaiyan tu tidak merugikan mana mana pihak
aku tak pernah masuk mana2 MLM.
Kes ni skg dah jadi semakin panas, sampai 4 blog turut tersenarai dalam laporan AC MIZAL.
Affan recently posted..3 kelebihan Hotmail yang mungkin anda tidak tahu
Mautak nya,
kalau nak buat tuduhan biarla dengan buktinya sekali
tengah panas keyword nieh.. whoo ho…
zik recently posted..Malaysia mara ke pusingan kedua biarpun kalah dengan China 3-0
tu la pasal zik..
ac ada buat penafian tentang kes beliau dalam metro hari ni..apa-apa pun yg salah tetap salah..
kita tunggu dan lihat apa hasil siasatan pihat berwajib
Kalau AC Konsortium mahu lihat syarikatnya terus berkembang,mereka seharusnya cepat-cepat selesaikan masalah ini.
Kalau tidak masyarakat akan menganggap yang memang mereka ini tidak memiliki lesen seperti yang diwajibkan.
Tip Sihat Buah Pinggang recently posted..Ketahui Tahap Kreatinin Melalui Ujian Darah
betul tu bro,
Juka mereka di pihak yang benar mereka sepatutnya menyelesaikanya secepat mungkin
haha…dah kantoi ke.