NikmatNya Sedekah
Sebenarnya kejadian ni sudah hampir seminggu berlalu, Tapi aku ambil keputusan untuk tidak menulisnya pada hari kejadian kerana ingin melihat reaksi masyarakat tempatan tentang Arwah.
Pada petang isnin minggu lepas aku mendapat berita mengatakan salah seorang penduduk kampung aku baru sahaja meninggal dunia, disebabkan waktu tu hujan lebat dan hari sudah hampir malam, Imam mengambil keputusan untuk melakukan pengurusan dan pengkebumian jenazah pada keesokan harinya.
Yang menariknya tengtang Arwah ni ialah pada hayatnya beliau merupakan salah seorang jemaah yang selalu berjemaah di masjid dan beliau juga merupakan salah seorang hartawan di kampung aku.
Arwah agak tidak di disenangi oleh penduduk kampung kerana sikap dan cara percakapan nya agk tidak berlapik dan sindiran nya banyak membuat orang makan hati, dan semasa hidupnya banyak orang yang berbicara dan tengtang sikapnya itu, tidak terlampau jika aku mengatakan arwah lebih dikenali sebagai seorang cakap ikut sedap mulut je.
Tapi segala tanggapan dan semua perkara negatif ni terhenti sebaik sahaja Arwah meninggal duania, tidak seperti sebelumnya jika nama arwah disebut biasanya hanya sindiran dan keceluparan mulut beliau yang akan dikaitan. Namu selepas je arwah menghembuskan nafas yang terdengar di telinga aku tengtang arwah ilah sifat sifat baik hati, pemurah dan jasa yang telah beliau lakukan, bahkan pada malam kematian beliau kiri kanan jalan rumahnya penuh sesak dengan deretan kenderaan yang datang menziarahi jenazah Beliau.
Pada keesokan harinya disaat jenazah hendak disembahyangkan di masjid, hadirin yang datang untuk sembahyang jenazah memenuhi ruangan masjid, menyebabkan aku dan ramai lagi tidak berpeluang untuk turut serata. Bahkan terdapat dua buah bas yang disewa khas oleh pihak pengurusan dari dua buah sekolah pondok yang agat terkanal di Kelantan, turut hadir bersama pelajarnya bagi menyertai solat Jenazah, sewaktu solat jenazah hendak dimulakan berlaku satu lagi kejutan, dengan Kemunculan Menteri Besar Kelantan Tuan guru Nik Aziz Nik Mat, Yang sanggup hadir dan mengimamkan solat jenazah tersebut.
Dan dari saat kematian Arwah hinggalah saat aku menulis post ni yang, perkara yang dibualkan tentang arwah hanyalah tengtang kebaikan dan sedekah yang telah beliau lakukan dalan hayatnya, langsung tidar terdengar perkara negatif tengtang beliau, antaranya sedekah yang arwah lakukan ialah sumbangan pembangunan untuk beberapa sekolah pondok, berpuluh ribu ringgit dibelanjakan untuk Baikpulih masjid Kg aku, Bantuan kewangan kepada mereka yang tak cukup duit untuk menunaikan haji, bantuan kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan, dan kalau nak dituliskan semuanya, memang berjela.
Namun semua sedekah dan derma Itu arwah lakukan dalm diam dan di memang pantang dan cukup marah kalau ada orang atau penerima sumbangan itu yang membocorkan rahsia atau bercakap dan bercerita pada orang lain tentang sumbagan yang dia lakukan.
walaupun begitu semuanya kebaikan dan kemurahan hati beliau umpama ditarik keluar dari tempat persembunyina dan terpangpang keseluruh alam dan kebaikan itu tersebar tampa dipinta dirancang dan dipaksa sehinggakan menutup dan melindunggi semua perkara negatif yang selama ini diperkatakan.
Yang bermain dikepala kau cuma Sungguh Hebat dan Nikmatnya amalan sedekah ni…….
Ps : Agaknya bila roh kita dicabut dari badan apa la cerita yang orang akan cakap tentang KITA ????
Fadhilat Sedekah
Dari Abu Hurairah RA, Bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : “Apabila mati anak adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedeqah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.” (H/R. Bukhari).
“ Sesiapa yang sanggup diantara kamu menjaga dirinya daripada api neraka hendaklah ia bersedeqah walau hanya dengan sebiji kurma, dan sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik.” (H/R. Ahmad dan Muslim)
Allah Ta’ala berfirman, “ Perumpamaan orang-orang yang menafakahkan harta mereka pada jalan Allah adalah seumpama sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang disukainya dan Allah maha luas kurnianya dan lagi maha mengetahui. ” .
{Al Baqarah (2) : 261} Sedeqah mempunyai kelebihan yang amat banyak, diantaranya adalah seperti berikut: ” Menggandakan kebaikan, ganjaran yang besar, menolak bala, meredakan kemurkaan Allah, menyelamatkan diri dari api neraka, memanjangkan umur, melembutkan hati, melenyepkan perasaan takabur & angkuh, dan akhirnya menerima ganjaran amalan yang berkekalan dan berterusan ”
Kebaikan dan kelebihan Sedekah
Sebahagian ulama berkata : Sedekah itu 10 Kebaikan dan kelebihan - lima di dunia dan lima di akhirat.
Lima di dunia:
1. Mencucikan hartanya
2. Mencucikan badannya
3. Menolak daripada penyakit
4. Menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal
5. Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekeinya
Lima di akhirat:
1. Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari qiamat ketika sangat panas
2. Ringan hisabnya
3. Berat timbangan (amalan) di akhirat
4. Mudah melalui titian siratulmustaqim
5. Bertambah darjatnya di dalam syurga
Sumber : Blog Restu
Pahala Dan Ganjaran Sedekah
Rasullullah s.a.w. telah bersabda
“Sedekah seseorang kamu yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan. Sedekah seseorang kamu itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. dengan 4 jenis pembalasan iaitu :
1. Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin.
2. Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak saudara.
3. Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman.
4. Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah
Hadis-hadis Rasulullah Tentang Kelebihan Bersedekah
(Susunan: Ibnu Umar Asseluluni)
Sumber : Darussyifa Online
[Mafhumnya] Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
[Mafhumnya] Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)
[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah.” Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?” Nabi menjawab: “Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya” Mereka bertanya: “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” Nabi menjawab: “Menyuruh berbuat ma’ruf.” Mereka bertanya: “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” Nabi s.a.w. menjawab, “Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah.”
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)
[Mafhumnya] Orang yang membatalkan pemberian (atau meminta kembali) sedekahnya adalah seperti anjing yang makan kembali muntahannya.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
[Mafhumnya] Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkam kedua rahangnya seraya berkata, “Aku hartamu, aku pusaka simpananmu.” Kemudian nabi s.a.w. membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: “Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi.”
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
[Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, “Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka.” Nabi s.a.w. lalu berkata, “Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah.” Para sahabat lalu bertanya, “Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?” Nabi menjawab, “Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala.
(Hadis Riwayat: Imam Muslim)
[Mafhumnya] Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)









subhanallah…
terima kasih bro atas perkongsian ini…cukup menginsafkan dan memberi pengajaran…bhwa tiada apa yg boleh kita banggakan dgn kemewahan yg kita miliki andai kesengangan itu, tidak dikongsi dgn mereka yg berhak…
tntg soalan bro tuh…ayuh sama2 kita beramal jariah…mudah-mudahan…diterima Allah jua…
pssst…1st ke ni?hehehe
hafizmd recently posted..3 banner jurukomen paling mesra…
heheh.. 1st la tu
sekadar berkongsi je Fiz
sambil sambil mengingatkan diri sendiri
Saya rasa penduduk tempat terasa kerana teguran ikhlasnya maklumlah mana orang suka ditegur walaupun terang-terang diri salah tapi masih hendak tegak benang yang basah.
Syukur Allah Maha Mengetahui apabila urusan pengkebumian menjadi mudah dan merubah persepsi masyarakat terhadap arwah
akubiomed recently posted..Kembali ke tenaga hijau
memang jarang yang boleh terima teguran, terutamanya teguran yang secara terus macam tu
teringat hadith, apabila mati anak adam, maka terputuslah semua amalan kecuali tiga, sedekah, ilmu yg di manfaatkan dan doa anak soleh
Betul t Din
alhamdulillah, ini post pertama tentang ilmiah ke?
bagus tu bro, sedarkan kita semua
syahrilhafiz recently posted..One Republic – Secrets OST The Sorcerer’s Apprentice
Bukan sedar kan Syah cuma sekadar berkongsi apa yang dilalui
ya la kot, munkin ini yang pertama..
Ps : tapi ilmiah ni perkara yang subjektif, bergantung kepada berapa sempit lingkum ruang pemikiran kita, sempit fikiran kita sempit lah makna Ilmiah tu, kalau luas skop pemikiran kita luas la makna Ilmiah tu..
hatta batu sekalipun boleh dijadikan sumber ilmiah
terbaik sekali entry ni bro..steady
pengalaman memasukkan arwah bapa aku ke dalam liang lahad tiga tahun lepas masih jelas lagi…masa tu aku sungguh terasa sekali “tinggalah semua apa yg ada di dunia ni, yg di bawa hanyalah bekalan ilmu, amal dan anak yg soleh.”
semoleknya ceritalah tentang kebaikan simati
etomyam recently posted..Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter
betul tu Jaz,
cuba bayangkan keadaan kat dalam tu yang sempit dan kepala hanya beralaskan ketulan tanah…
semoga kita dapat mengambilnya sebagai iktibar..
memang ada orang yang menyembunyikan kebaikannya dengan hasrat tidak ingin menunjuk.. begitu baiknya hatinya. sukar kita nak jumpa insan seperti ini..
Betul tu MZ,
sebab tu ramai yang tak tahu sedekah yang dia buat, tapi yang pasti rezeki dia cukup murah,
tak silap aku tahun lepas je dia dapat kontrak hampir RM 3 juta
banyak kelebihan bersedekah..bersedekah memang memberanakkan harta..sebab kalau kita bagi Allah akan ganti balik berganda-ganda daripada apa yang kita bagi..
mengimpikan mati dengan husnul khatimah ^^
fitri recently posted..AJL 25- Debaran Atau Kontroversi Freemason Lagi
Betul tu,
tapi jangan lupa akan sikap riak yang boleh menghilangkan hikmat sedekah tu
sungguh mulia hati arwah….ya. kadang kata-kata teguran yang diberikan tu mungkin agak menyakitkan jika ianya adalah bertujuan untuk kebaikan.cuma ego yang menjadikan kata-kata tu sakit didengar..biasalah manusia…
betul tu,
cuma dari yang aku perhatikan yang menjadi kelemahan dia ialah bila dia menegur terlampau straight ti point, tu yang ramai berasap telinga tu hehehe
dulu ko ada buat entry sebuah masjid dinaiktaraf kan ? adakah aruah ini yang dimaksudkan menderma secara rahsia tu ?
atau sehingga hari ini penderma tersebut masih menjadi tanda tanya?
mati itu pasti !
sangilapi recently posted..bengkel blackberry
Yang tu bukan dia, Jo.
yang tu sampai sekarang ni pun tak tahu siapa,
tapi dari aku dengar hampir 20 pratus kos naiktaraf masjid ni hasil sumbangan arwah
bagus artikel ni. peringatan untuk kita.
Khidhir recently posted..Install WordPress menggunakan Installatron
terima kasih Dir..
sekadar berkongsi pengalaman
Selalu dengar orang cakap, dia ni mulut je macam tu tapi hati baik. Betul ke ada org yang macam tu. Ustaz saya kata dulu, segala yang kita tunjukkan diluar itulah sebenarnya dalam hati. Kalau orang yang hati jahat tapi berlakon baik memang banyak.
Norasikin recently posted..Cream of Mushroom Soup Resepi Sup Cendawan
Hati dalam hanya tuhan yang tahu
bersedekahlah kpd yg memerlukannya walaupun sedikit. Sedekah tidak semestinya wang ttp juga ilmu dan pertolongan.
aktechpage.com recently posted..BeritaSemasacom- Berita Harian Terkini Utusan Malaysia
Btul tu Mal, hatta senyum sekalipun jika iklas dianggap sedekah
mulianya arwah. tak suka menunjuk-nunjuk pemberiannya. sekarang ni semua yang nak bagi menunjuk-nunjuk.
teguran arwah mungkin suka direct dan tidak berlapik. tapi tu lah masalah masyarakat kita sekarang, tidak suka menerima teguran.
RedBoys recently posted..Senarai Pemenang AJL25 TV3
Itu la biasanya RB, kalau derect sangat dikatakan tak berlapik, kalau sipi sipi dikatakan menyindir
sedekah itu besar nilainya…biarpun hanya senyuman
Sir Marcello recently posted..Petrol Naik Sepuluh Sen- Minyak Masak Kena Sorok
mati itu pasti… takut juga.. amalan yang terlalu sedikit… tapi bukan amalan yang membawa kita ke syurga… ia adalah atas redha dari Allah..
zik recently posted..Open Malaysia badminton 2011- Lee Chong Wei mesti juara!!
sedekah sebenarnya antara amalan yg Allah tunjukkan ganjarannya semasa di dunia ni. Di akhirat bertambah lagi lah.
teringat kisah Iman Ali Zainul Abidin b. Hussain ra, beliau bersedekah secara rahsia di Madinah, hinggakan hampir kesemua orang miskin mendapat bantuan beliau. Tiada siapa yg mengetahui perkara ini.
Bila Iman Zainul Abidin meninggal dunia, barulah bekalan bantuan itu terputus..barulah penduduk Madinah mengetahui siapakah gerangan yg bersedekah tersebut. wallahualam
[...] more: http://dnobiz.com/santai/setelah-mati-apa-kisah-tentang-kita-yang-di-bualkan/#ixzz1a6kAhpXa Like this:LikeBe the first to like this [...]