dnoBiz

Just In & Around My BoX



wajah seran dan ngeri

Seram dan Ngeri – Wajah dirakam bertukar ngeri

IPOH – Seorang pemandu lori tidak sangka gambar yang dirakam untuk kenangan menjadi sebaliknya apabila muncul lembaga berambut panjang menggantikan wajah adiknya.

Menceritakan kejadian pada malam Jumaat minggu lalu, La’aba Lata, 38, berkata, gambar tersebut dirakam atas permintaan adiknya, Belly Lata,22, untuk mengabadikan perkataan ‘IPOH’ sebelum pulang ke Sabah.

Menurutnya, gambar tersebut dirakam pada jam 9.30 malam di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Kawasan Pelancongan dan Rekreasi Gunung Lang.

“Ketika merakamkan gambar, saya tidak nampak apa-apa namun, ketika Belly memeriksa kamera digital dalam kenderaan, dia terus menjerit sambil kata tidak mahu lihat lagi.

“Mulanya saya berasa pelik.

Setelah melihat dengan mata sendiri, kami lihat lembaga perempuan berambut panjang seolah-olah mahu terkam adik.

“Dalam gambar itu, wajah adik tidak kelihatan langsung,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

La’aba berkata, mereka juga turut diganggu sepanjang malam selepas tiba di rumah di Taman Chepor Impian.

“Saya pernah dengar kawasan tersebut tidak sesuai untuk anak-anak kecil kerana sering diganggu sehingga menangis tapi tak sangka, saya pula yang terkena.

“Namun, malam tersebut, rumah kami pula diganggu dengan bunyi orang berjalan di atas bumbung selain bunyi orang buka pintu. Nasib baik, kami diganggu malam itu sahaja,” katanya.

Katanya, semua rakan yang melihat gambar tersebut berasa terkejut dengan imej wajah lembaga tersebut yang jelas kelihatan apabila dibesarkan.-Sinar Harian

 

 

wajah seram

wajah bertukar ngeri

Ada yang kata mungkin itu memang muka dia :D , dan ada juga yang kata itu makhluk halus…. yang pasti macam macam boleh jadi..

PS : Mungkin itu kesan yang diakibatkan oleh cuaca, jarak diambil, pencahayaan dan juga kualiti gejet yang digunakan.. Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: SANTAI

5 Responses so far.

  1. Amry says:

    meremang bulu roma aku baca berita ni….ish
    Amry recently posted..Gambar Awan Pelik Di Kota Kinabalu

  2. akubiomed says:

    Menyeramkan apabila perkara ini berlaku.
    akubiomed recently posted..Abang Ensem di Mata Aku

  3. Shaiful says:

    tak mustahil perkara misteri mcm ni terjadi.
    Dah mcm rupa two face (Batman) :)
    Shaiful recently posted..Kotak Sembang ChatWing

  4. azman says:

    nampak “orb” banyak kawasan situ..

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors