Sampah – Masaalah pembuangan Sampah
Dalam masa tak sampai seminggu jika dikumpul kesemua sampah sarap di Malaysia , kita mungkin akan dapat melahirkan sebuah lagi negeri yang seluas negeri Perlis….
Itu baru Jumlah sampah sarap di Malaysia yang terkumpul selama lima hari, dan kalau dikumpul kesemua timbunan sampah sarap di Malaysia selama satu tahun pula timbunan sampah tersebut mampu mewujudkan sebuan negara yang berkeluasan seperti Semenajung Malaysia, dan amat sesuai sekali untuk dihuni oleh timbunan sampah masyarakat dan diperintah Oleh timbunan Ahli Politik Sampah yang hanya pandai berdebat dan memprovokasi Isu isu tahap sampah….
Intro yang dah lari dari tujuan asal aku……
Sebenarnya Isu pembuangan sampah ni dah lama diperkatakan , bukan setakat pembuangan sampah sarap sahaja tapi termasuklah isu tempat pembuangan sampah, Isu cara pembuangan sampah dan Isu pengurusan sampah di Malaysia.
Dan yang pasti semuanya berpunca dari pada Cara pembuangan sampah di Malaysia…., Cuba bayangkan gabungan usahasama oleh 28 juta penduduk Malaysia yang kebanyakannya megamalkan cara pembuangan sampah ikut sedapa tangan…, melibatkan 30,000 tan sampah sehari atau 10,950,000 tan sampah dalam setahun, Tak cukup dalam tong sampah, dalam sungai, parit, longkang dan mana mana saja tempat asalkan bukan dalam rumah atau halaman rumah sendiri mereka dengan begitu bijak boleh mengolah mana mana tempat untuk dijadikan Tempat pembuangan dan pelupusan sampah.
Yang lawaknya ialah bila berlakunya banjir kilat yang biasanya disebabkan oleh saliran longkang dan parit yang tersubat dek sampah mereka mula bising dan mengadu pada pihak yang kononnya bertanggung jawab dalam menguruskan sistem perparitan dan juga longkang tersebut,
Seperti apa yang berlaku dalam rancangan aduan rakyat baru baru ni…, sekumpulan penduduk taman perumahan membuat aduan pada Pihak Aduan Rakyat tengtang masaalah bau busuk dan banjir kilat yang sering melanda kawasan mereka, disebabkan oleh sistem perparitan yang tersumbat, kononnya kerana tidak diuruskan dengan baik oleh pihak yang bertanggung jawab, dan mereka juga marah dan tidak puas hati dengan pihak terbabit kerana gagal bertindak setelah aduan dibuat. yang bab gagal bertindak tu aku memang sokong penduduk taman tersebut, tapi apabila wartawan tu pergi ke tempat yang dikatakan punca kejadian… rupa rupanya punca longkang tu tersumbat ialah kerana dipenuhi dengan sampah sarap….
Tapi Nasib baik Wartawan tu bukan bermulut sampah, kalau tak mau je ayat ni yang keluar…
“Ni kes berat ni…, Kena buat aduan pasa pihak NASA ni…, sebab saya rasa ada makhluk dari Plenet Zuhal ataupun Marikh dan buang sampah kat sini…, kalau makluk bumi mereka takan buat kerja macam ni…”
Cuba bayangkan akibat dari cara pembuagan sampah yang tidak bersistem seperti kaedah kitar semula, maka wujud lah masaalah tempat pembuagan sampah yang tdah mencukupi kerana sudah terlalu banyak sampah sarap di Malaysia yang perlu dilupuskan dengan kaedah yang sama, padahal kalau diasingkan dengan cara yang betul hampir satu pertiga sahaja kawasan pelupusan diperlukan dan dalam masa yang sama dapat memanjangkan hayat tapak pelupusan tersebut.
Dan bila Longgokan sampah dah terlampau banyak dan sudah sukar dikawal maka wujud la pula masaalah dalam pengurusan sampah, masaalah, ketidak mapuan tapak kitar semula untuk menerima sampah baru, masaalah ketiadaan tempat yang sesuai untuk dijadikan tempat pembuangan sampah, dan masaalh untuk mencari kaedah yang paling paling sesuai untuk melupuskan sampah yang telah bercampur aduk tersebut.
Kerana masaalah sampah juga menyebabkan banyak pihak hampir terencat memikirkan cara terbaik bagi masalah tersebut. berbagai kempen telah dibuat termasuk kempen kitar semula, kempen cintai sungai kita yang akhirnya kempen tersebut juga umpama sampah yang dihanyutkan dek arus sungai, dan ada juga rangcangan untuk membinaan insinerator di beberapa lokasi di seluruh negara bagi melupuskan sampah secara moden dan lain-lain, yang pada aku merupakan kaedah yang paling sesuai dengan keadaan sekarang.
Namun masaalah lain pula timbul bila rancangan pembinaan insinerator bersaiz besar seperti di Kampung Broga, Semenyih, Selangor beberapa tahun lalu mendapat tentangan daripada penduduk dan diburukan pula oleh campur tangan Politik, yang akhirnya hanya insinerator mini dibenarkan dan sudah pasti ini tidak dapat menampung bebanan sampah yang semakin meningkat sejajar dengan pertambahan penduduk setiap tahun.
Akhirnya hari ini aku terbaca di akhbar tentang keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan untuk mewajibkan mewajibkan isi rumah di negara ini untuk mengasingkan sampah kepada dua kategori iaitu bahan yang boleh dikitar semula dan sisa pepejal sebelum ia dikutip oleh pihak berkuasa pada 2013 nanti, tapi sebelum itu pihak berwajib akan megadakan satu siri kempen bagi meningkatkan kesedaran orang ramai untuk mengasingkan sampah-sarap akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun ini… “Kempen Lagi ???”
Ps : Aku setuju dengan kaedah terakhir ni, dan dalam masa dua tahun ni pihak berwajib harus lah menyediakan apa apa kemudahan yang patut dalam menjayakan rancangan ini, dan juga tidakan yang akan dikenakan kepada mereka yang gagal mengikut arahan tersebut…… Namun Bab Kempen yang yang akan diadakan oleh kementrian tu aku harap mereka kaji dulu cara yang berkesan untuk menarik minat penonton supaya menonton kempen tersebut, kerana dari pengalaman yang lepas kempen yang mereka hasilkan memang tidak mesra penonton….. “sokong Kitar semula”
D








masalah sampah memang dari dulu ada sahaja yang tak kena.. cuma biasanya pihak yang berwajib mungkin jenis under table… tu yang payah tu… ish2… bagi masyarakat mungkin perlu di beri tindakan tatatertib.. sekadar pandangan…
Masalah yang tidak ada kesudahannya..
Ps: yang pasal bawah meje tu aku no komen heheheh
sampah sarap nie kalau betul caranya boleh diguna balik proses jadikan sumber tenaga…
zik recently posted..Siapa pencipta Penyangkut baju Hanger
betul dan kerana sampah juga ada yang dah jadi kaya raya
Ps : sampah pada kita tapi rezeki pada mereka
gara-gara sampah,aku membuang masa 3-4 kali seminggu membersihkan aliran longkang belakang rumah mak aku.
setiap kali membersihkan aliran tersebut,aku terpaksa mengorbankan masa 3-4 jam sebab kena buat sepanjang laluan longkang tersebut[4 buah rumah dan 2 bidang tanah terbiar]
tapi kalau aku masih kena saman dengan jabatan kesihatan[pembiakan nyamuk],aku pasti pengait longkang tu melekat kat kepala orang keluar saman tu…kahkahkah
jiran aku ni tak tau ke,kebersihan tu sebahagian daripada apa ?
susah mau cakap dengan lebai-lebai kedai kopi ni !
sangilapi recently posted..PR 2011 dah update
Bro Sangilapi kalau yang beriya-iya tidak menjadi kerana tanggungjawab menjaga kebersihan adalah tanggungjawab semua buka di letak seorang individu sahaja
Tu la masaalahnya bro…
mereka bukan tak tahu bahkan kalau diajak berdebat mungkin mereka lagi hebat dengan teori dan segala macam..
tapi masaalahnya mereka hanya tahu cakap je
aku kena buat jugak sebab rumah mak aku ni diapit kiri kanan kalau tak bersihkan longkang tu alamat halaman rumah akan bertakung air sekiranya hujan turun.
niat aku bila aku buat macam tu sekurang-kurangnya dorang boleh fikir namun keadaan masih tak berubah
sangilapi recently posted..PR 2011 dah update
betul tu…
kalau kita je yang ambil berat dan orang lain tahu senyum je hangin gak…
Ps: walau pun tu dikira amal tapi kadang kadang hati mendidih gak… tak gitu JO
hahaha…..dah tentu aku ni panas baran,dino
-bukan setakat mendidih lagi dah !
lepas aku kait sampah bila hari panas aku bakar sampah sepanjang longkang tu,tau pulak dorang ni bimbang rumah mereka terbakar…….kahkahkah
sangilapi recently posted..PR 2011 dah update
Sampah didalam longkang dikawasan rumah kita sendiri di perlu dibersih oleh kita sendiri kenapa perlu mengharap pihak Majlis daerah.
Kalau semua bertanggungjawab tidak membuang sampah yang tidak sepatutnyakan bersih kawasan perumahan kita.
Mengenai amalan pengasingan sampah dah buat masalah orang yang mencari barang lusuh menjadi sampat semakin berterabur walhal dah asing siap-siap macam tak reti bahasa sahaja.
Orang kita hendak beli tong sampah pun kedekut sanggup biar sampah berlonggok dan diselongkar anjing
Dari komen bro tu aku rumuskan puncanya ialah..
Mentaliti dan sikap pentingkan diri sendiri..
betul tak bro
Ps: aku sokong apa yang bro cakap
langkah utama untuk atasi masalah sampah ni ialah
bersihkan segala sampah sarap dalam kepala masing2
kawasan sekitar akan jadi bersih dengan sendirinya
hehe
tehr recently posted..Berani Membuat Pilihan
hahaha brain wash…
menarik tu Ther
bro tajuk typo “masaalah.. ” harap maklum…
zik recently posted..Adab menziarahi orang sakit- doa dan kelebihannya
cerita pasal sampah ni memang kadang2 buat aku angin.
bila tinggal di rumah banyak tingkat, selalulah ada hamba Allah yg sengaja tinggalkan sampah kat tepi tangga, kadang kala yg penuh dengan ulat.
mmg takde kesedaran sivik pasal ni.
dulu masa aku masih muda remaja, kawasan belakang perumahan orang tua tinggal adalah kawasan pngumpulan sampah bandaraya Ipoh. skrg ni hampir kesemua kawasan itu ditimbus dan telah menjadi kawasan perumahan.
secara jujurnya aku memang tak setuju bab kempen ni..sangat susah untuk timbulkan kesedaran..rasanya kena buat jugak insenerator..aku tgk brite kat jepun siap ley tanam padi lagi sebelah insinerator tu
fitri recently posted..Suggestkan Aku Laptop Yang Mana Satu!
marah betul la pasal buang sampah. kat sekolah aku ade pelajar Eropah belajar kat sekolah ni sbb nak melihat budaya di M’sia. Tapi yang memalukan ialah sampah terlalu byk di luar sekolah kesian dia tengok sampah2. Ee..malunya… Oleh itu saye sangat menyokong mana2 pihak yang bertindak dalam hal ni. 1MALAYSIA BERSIH