Salah Ke ? – Kopiah dan kain pelikat
Kisah ni terjadi malam semalam….
Macam biasa .. (tapi aku kadang kadang je ke masjid)
Lepas je habis solat Isyak, aku dan beberapa orang kawan akan berkumpul @ bersidang di meja batu bawah pokok cheri yang terdapat di hadapan masjid kampung aku..
Antara topik yang sering dibualkan ialah bola dan masalah dalaman yang berlaku di kampung aku… dari kes curi kabel talifon sampaila kes pil Kuda yang memang ada kaitan antara satu sama lain…. dan nampaknya seakan tiada kesudahan.
Tapi tah mengapa malam ni tajuk perbincangan yang biasa telah tersasar… dan paling aku tak selesa bila ianya berkaitan dengan individu yang juga merupakan salah seorang jemaah di masjid tu…
Pada aku apa yang terjadi tak sepatutnya menjadi persoalan, tapi umpama lumrah manusia.. makin banyak bercakap makin banyak benda yang tak sepatutnya diperkatakan mula di perkatakan…
Dan benda yang menjadi Topik ialah Kopiah dan Kain Pelikat….
Kisahnya terjadi hanya kerana terdapat seorang kenalan telah mula rajin datang berjemaah ke masjid sejak kebelakangan ni, bahkan boleh dikatakan dia jauh lebih banyak dilihat di masjid berbanding aku dan sesetengan daripada kawan kawan aku yang lain, yang menarik dan menjadi isunya ialah penampilan dia setiap kali ke masjid…
Setiap kali ke masjid aku tengok cara pemakaian dia cukup rapi dan dia akan sepadankan warna , antara kopiah, pelikat dan juga baju melayu atau jubah yang dipakainya…, dan yang paling menarik perhatian aku ialah bentuk dan corak kopiah yang dipakainya sentiasa berubah rubah…
Pada aku, aku cukup seronok dan kagum dengan cara beliau kerana caranya seakan akan beliau begitu seronok untuk ke masjid dan dari cara beliau seakan beliau menganggap masjid adalah satu tempat penting yang membuatkan beliau begitu menjaga penampilan semasa berada di rumah Allah ni…
Tapi malangnya ada pula yang berburuk sangka dengan penampilan beliau… ada yang kata, itu hanyak nak menunjuk nunjuk.., bahkan ada juga yang beranggapan itu lakonan semata mata….
Awalnya aku malas nak nak ambil kisah dengan mulut mulut mereka ni.. tapi bila nampak keadaan makin tak terkawal aku jadi ringan mulut…. maka terkeluarlah satu ayat yang agak keras dari aku ……
Sejak bila pulak kita semua ni jadi Raqib dan Atid, sampai mampu nilai niat Orang lain…
Sambil menyapu nyapu punggung aku berlalu pulang kerumah………
Ps : Pagi tadi aku terserempak dengan tuan punya badan yang jadi mangsa salah sangka semalam… dari apa yang budak ni cakap, memang boleh dikatakan setiap minggu dia beli Kopiah dan dalam dua atau tiga minggu sekali dia akan beli kain pelikat…, dia buat macam tu adalah kerana.., dia sebenarnya cukup malas nak ke masjid, sebabtu sebelum ni dia tak pernah dilihat dimasjid kecuali hari Jumaat… tiap kali dia nak ke masjid dia rasakan cukup berat, penat dan macam macam… jadi untuk atasi masalah tu, buat sementara waktu ni setiap minggu dia akan beli peralatan baru bagi memberi dia semangat ke masjid,
Dan tadi masa perjalanan pulang aku telah beli satu Kopiah baru…. memang betul kata budak tu… aku lebih bersemangat untuk ke masjid tadi… Cuma harapnya ini tidak menimbulkan perasaan riak pada diri aku…








Sama macam raya jugak,kalau baju raya baru rasa semangat nak raya dan nak gi masjid
azman recently posted..Panggilan Untuk Kontest Pertama Blog http://www.azmanisma.com
tak salah. tak salah. aku lagi suka pakai kopiah berbanding songkok.
titan recently posted..Jual air jus buah, dapat RM500 sehari.
aku rasa x salah dengan tindakkan budak tu, tgk niat dia pon dah tau niat dia ok, sebab dia nak naikkan semangat utk ke masjid, bukan atas sebab menunjuk nunjuk, cuma kalau boleh selepas itu biarlah bersederhana
Juan recently posted..Side Income 2012 | Passive Income – Perlu atau Tidak
Kain pelekat berangin bro.
akubiomed recently posted..Senyum sampai ke telinga bila dapat
tahniah kepada budak tu
dan tahniah untuk bro dno kerana ‘ayat penutup’ mesyuarat tu
mulut manusia ni memang ikut sedap cakap je
tehr recently posted..Pantun Tahun Baru Cina