dnoBiz

Just In & Around My BoX



gejala rasuah

Gejala Rasuah – Rasuah Pemusnah Tamadun

Kalau Menurut Kamus Dewan, rasuah membawa maksud pemberian untuk menumbuk rusuk (menyogok, menyuap), (wang) tumbuk rusuk (sogok, suap). Istilah bermacam-macam ,  sering disebut ‘duit kopi’, ‘makan suap’, ‘tumbuk rusuk’, ‘korupsi (corruption)’. Dan apa sahaja istilah yang diberikan termasuk ‘pungli’, ‘duit bola’, ‘persetujuan sulit (under the counter)’, ‘kick back (duit kerana jasa meluluskan pembelaan sesuatu)’, semua istilah ini mempunyai pengertian yang sama; menerima imbalan sebelum atau sesudah sesuatu jasa diberikan

Definasi Rasuah dan Suapan  menurut SPRM

  1. Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain
  2. Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat
  3. Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya
  4. Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan
  5. Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga
  6. Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi
  7. Apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu

Rasuah Menurut Islam

Rasuah adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan) yang
sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan.
Di dalam sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan upah sehingga ada orang yang cuba menyatakan bahawa ‘ini bukan rasua(h, tapi upah’.

Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur’an dan Hadis. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

 

 ” Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang laindi antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan)harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada hartabenda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” ( Al-Baqarah : 188 )

Disebutkan dalam hadith :-

 ”Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)”
( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)

 

Sebenarnya aku nak berkongsi Video yang membincangkan tentang isu rasuah ni, perbincangan yang sememangnya hangat bila melibatkan wakil dari pembangkang YB NIzar dan juga mereka yang bertanggung jawab dalam mengendalikan kes yang berkaitan dengan rasuah, Senator Ezam dan Ketua Pesuruh Jaya SPRM Dato’ Sri Haji Abu Kassim bin Mohamed.

Apa yang menariknya pada aku ialah pendekatan yang digunakan oleh Karangkraf agak sesuai dengan keadaan sekarang ni, di mana banyak sumber yang tak berapa boleh nak pakai, akhbar pembangkang dengan cara mereka dan akhbar kerajaan dengen cerita mereka. Jadi pada aku ini adalah cara terbaik bagi membincagkan sesetengah perkara kerana kita boleh dengar dari kedua dua belah pihak pada masa yang sama, yang dituduh boleh terus menjawab dan yang menuduh kena tanggung risiko jika tuduhan tu tidak tepat…

Apa pun terima kasih kepada Perak Today kerana Kongsi Video Ni… Layannnnnn

Rasuah Pemusnah Tamadun siri 1 (Video)

 

Rasuah Pemusnah Tamadun siri 2 (Video)

Rasuah Pemusnah Tamadun siri 3 (Video)

Rasuah Pemusnah Tamadun siri 4 (Video)

 

Ps : Tonton dengan fikiran yang Natural… :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: SANTAI

17 Responses so far.

  1. benjy says:

    Masa darjah 5 dulu b3njy ada belanja ketua pengawal mee goreng agar tak beri tahu cikgu disiplin b3njy lambat masuk sekolah … tu kira rasuah juga ke ? …. hehehehe
    benjy recently posted..THIS IS MY TEAM

  2. benjy says:

    B3njy suka nengok gambar atas tu … sambil salam selit duit kat tangan … hahaha. Orang yg sambut salam tu mesti terkejut dengan wang kertas RM 100.00 lepas bersalamkan …. hahaha
    benjy recently posted..THIS IS MY TEAM

  3. Rajdev says:

    Kena buat resolution tahap atasan dulu,baru boleh control balik corupption bawahan ne
    Rajdev recently posted..Wordpres Update Crash

  4. shamizu says:

    Rasuah menjatuhkan tamadun bangsa. Tq bro sebab letak video ni. boleh lah dengar pandangan kedua-dua belah pihak.
    Pandangan kita sama. jangan fanatik. Letak diri ditengah-tengah baru kita nampak pihak mana yang lebih betul
    shamizu recently posted..Jumlah Penduduk Dunia tahun 2050 dan 2100

  5. Susah nak banteras rasuah selagi kerja kerajaan tidak mengamalkan pentadbiran secara terbuka.. buat masa skrg ni kepimpinan dr atas ke bawah, 1 hala… anak buah kena patuh segala arahan boss walaupun tidak betul dan betul.Arahan boss adalah SAYA YANG MENURUT PERINTA (SYMP)…perkataan ini lah yg membuat ramai Pegawai Kerajaan yg berkobar2 utk berbakti kpd negara di tindas dan difitnah sehingga longlai…
    aktechpage.com recently posted..Selamatkan Data Anda Yang Ada di Friendster

  6. wazy says:

    Rasuah memang tidak elok dari segi agama
    wazy recently posted..Minyak Enjin – Apa Yang Harus Diketahui

  7. tehr says:

    rasuah bukan dalam bentuk wang banyak juga berlaku, dno
    payah pulak nak kesan
    tehr recently posted..Untuk Ibu

  8. bEe says:

    Isshhhh2x
    Rasuah tu HARAM di sisi agama Islam…
    Kalau makan hasil rasuah jadi darah daging kita tu…. Nauzubilah….
    bEe recently posted..Dia tidak menangis…

  9. [...] Wacana Ilmiah Sinar Harian -  Rasuah Pemusnah Tamadun [...]

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors