dnoBiz

Just In & Around My BoX

Insan Beriman

Qada Dan Kadar – Video Kemalangan di Kamdar Kota Bharu 24.1.2011

Kemalangan di Kamdar Kota Bharu 24.1.2011

Kemalangan Yang berlaku pada 24.1.2011 di simpang 4 jalan Tok Hakim Kota Bharu Betul betul dihadapan Kamdar. Kejadian ni telah mengorbankan nyawa seorang kakitangan HUSM, Mangasa yang berumur dalam lingungan 50 an merupakan penduduk Kg Chekeli, Dewan Beta yang bersebelahan dengan Kg aku.

Sebenarnya Rakaman ni telah lama aku tengok cuma cerita sahihnya aku tak pasti, dan berita kemalangan ni aku dapat tahu dari bapa aku kerana mangsa merupakan kenalan beliau semasa berkerja di  HUSM dahulu. Namun semalam aku baru dapat cerita sebenar kejadian, tu pun daripada salah seorang saudara arwah..

Mengikut beliau kemalangan tu adalah akibat dari pada serangan penyakit sawan yang menyerang Pemandu perempuan yang memandu Produa kembar tersebut dan memang telah ditakdirkan bahawa arwah yang menjadi mangsa…

Dari pada Video yang aku tengok tu aku terperasan satu perkara, iaitu Kekuasaan Allah SWT, berkaitan dengan salah satu Rukun Iman keenam iaitu Beriman pada Qada dan Qadar Allah.

Kalau korang perhatikan betul betul rakaman tu mungkin korang dapat kesan apa yang aku katakan, bahkan aku dah Spot kan tiga tempat dengan tanda merah pada rakaman tu…

Yang aku maksudkan ialah dalam Video tu menunjukan bahawa berapa hebatnya kekuasaan Allah SWT dalam menentukan nasib dan ajal maut setiap hambanya, kalau nak diikutkan logik akal, kejadian tu sepatutnya mengorbankan lebih dari satu nyawa, kerana pada masa tu keadaan agak sibuk dengan kenderaan, tapi kerana Qada dan Qadar Allah SWT semua nya boleh dielakan dan mangsa yang telah ditakdirkan hanya seorang sahaja..

Dari Rakaman tu juga aku lihat seperti kemalangan  itu hanya ditujukan kepada mangsa dan pada masa yang sama berjaya megelak dari melanggar mangsa yang lain, padahal dalam situasi tersebut terdapat beberapa lagi mangsa yang sepatutnya begitu besar kemungkinan terlibat dalam kejadian ngeri tu…..

Namun Yang pasti semuanya Qada dan Qadar Allh SWT yang menentukan semuanya, Dan kita harus mengambil iktibar diatas kejadian ini, Kerana setiap yang berlaku ada sebabnya pada masa yang sama video tu menjadi bukti dan juga tanda tanda akan Kekuasaan Allah SWT, Takziah kepada keluarga Arwah dan Al-Fatihah kepada arwah…

Maksud Qada Dan Qadar

(dipetik dari Blog Al-Islam)

MENGIKUT pandangan Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari mentakrifkan: “Qada merupakan kehendak Allah s.w.t .yang bersifat azali yang bergantung dengan sesuatu yang
berlaku.”

Beriman kepada qada Allah s.w.t. dan qadar-Nya adalah adalah salah daripada rukun akidah dan ia adalah rukun yang keenam daripada rukun-rukun iman.

Kesempurnaan iman seseorang bergantung rapat dengan kepercayaan dan keimanan yang tidak berbelah bahagi akan ketentuan Allah s.w.t. yang diterimanya.

Persoalan berkaitan qada dan qadar menjadi pertelingkahan dan perdebatan di kalangan aliran pemikiran agama Islam. Ia juga menjadi punca kepada perpecahan
sehingga lahirnya pelbagai aliran dengan pandangan yang sederhana dan pandangan yang ekstrem. Sehingga perbalahan itu menjadi punca kepada mengkafirkan
golongan yang tidak cenderung kepada pandangan mereka.

Para ulama berbeza pendapat tentang perbezaan antara kedua istilah tersebut (qada dan qadar). Sebahagian mengatakan bahawa qadar adalah ketentuan Allah
sejak zaman azali (zaman yang tak ada awalnya), sedangkan qada adalah ketetapan Allah terhadap sesuatu pada waktu terjadi.

Maka ketika Allah menetapkan sesuatu akan terjadi pada waktunya, ketentuan ini disebut qadar. Kemudian apabila tiba waktu yang telah ditetapkan pada sesuatu
tersebut, ketentuan tersebut disebut qada.

Masalah ini (qada) banyak disebut dalam al-Quran, seperti firman Allah yang bermaksud: Sesuatu itu telah diqada. (Yusuf: 41). Dan firman Allah lagi yang
bermaksudnya: Allah mengqada dengan benar. (Ghafir: 20). Dan ayat-ayat lain yang serupa.

Maka qadar adalah ketentuan Allah terhadap segala sesuatu sejak zaman azali, sedangkan qada merupakan pelaksanaan qadar ketika terjadi. Sebahagian ulama
mengatakan kedua-dua istilah tersebut mempunyai satu makna.

Pendapat yang dianggap rajih (kuat) adalah bahwa kedua istilah tersebut bila dikumpulkan (qadar-qada), maka mempunyai makna berbeza, tetapi apabila dipisahkan
satu dengan yang lain maka mempunyai makna yang sama.

Dr. Qahtan Abdul Rahman al-Duriy dalam kitabnya yang berjudul Usuluddin al-Islamiy membahagikan qada dan qadar kepada dua bahagian: Pertama: af’al al-idthirariyyah
(perbuatan yang dilakukan oleh manusia secara terpaksa). Perkara yang tiada daya usaha bagi manusia dan manusia tidak boleh memilih, atau dalam erti kata
yang lain tiada pilihan bagi manusia melainkan dihadapinya, seperti tangannya menggigil, bersin dan sebagainya.

Kedua: af’al Ikhtiyariyyah (perbuatan yang boleh dipilih oleh manusia) untuk melakukannya atau tidak melakukannya seperti bercakap, berjalan dan sebagainya.

Berhubung dengan perkara ini Imam Nawawi mentakrifkan maksud qadar dengan berkata: “Qadar atau takdir ialah semua perkara atau benda yang wujud di alam
ini telah ditentukan dan ditetapkan mengikut garisan yang telah dibuat oleh Allah s.w.t. sebelum sesuatu itu berlaku dan terjadi, di mana Allah mengetahui
apa sahaja yang akan berlaku dan yang akan terjadi ke atas sesuatu itu dalam masa dan waktu yang telah ditentukan Allah sesuai dengan garisan yang telah
ditentukan-Nya.”

Selalu kita dengar ungkapan “kita merancang Allah jua yang menentukan”. Kita selaku hamba yang diciptakan hanya mampu merancang, biar hebat sekali manapun
rancangan kita, namun keputusan muktamadnya daripada Allah s.w.t.

Cuma persoalannya apa yang kita rancang? Bagaimana kita merancang? Apa matlamat perancangan kita? Apa usaha kita untuk mencapai perancangan tersebut? Semua
ini dilihat oleh Allah s.w.t. untuk menetapkan keputusan. Adakalanya keputusan daripada Allah s.w.t. berbentuk musibah.

Ketahuilah sesungguhnya setiap sesuatu yang menimpa manusia sama ada yang baik mahupun yang buruk adalah kehendak Allah s.w.t. Jika ketentuan itu merupakan
nikmat wajib dia bersyukur dan sekiranya ketentuan itu merupakan musibah maka wajib dia bersabar. Ini kerana Allah menguji manusia dengan kenikmatan dan
musibah.

Kita masuk syurga dengan pilihan kita dan kita masuk syurga dengan pilihan kita juga. Yang dimaksudkan dengan tertulis sejak azali lagi ialah, ilmu Allah
s.w.t. mendahului perbuatan manusia. Contohnya, pada hari pertama seorang guru mengajar di bilik darjah, dia dapat menilai potensi kecerdikan seseorang
murid.

Justeru itu, pada hari peperiksaan pelajar itu benar-benar cemerlang. Guru tadi dapat menilai sebelum peperiksaan dan keputusan dikeluarkan. Ilmu guru dalam
menilai murid tadi adalah berdasarkan kemahiran dan pengalaman yang dimiliki oleh guru tadi. Bagi Allah lebih daripada itu.

Allah s.w.t. menetapkan demikian kerana ilmu Allah telah mendahului perbuatan manusia. Untuk itu manusia tidak boleh berserah kepada takdir bulat-bulat
tanpa berusaha ke arah mencari kebaikan untuk memanfaat di dunia dan di akhirat 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: KEAGAMAAN, SANTAI, Video

30 Responses so far.

  1. Subhanallah….
    Maha besar kuasa tuhan. Itu kerja dia, yang penting kita suruh apa yang dia suruh kerjakan dan jauhi apa yang di larang.
    Sabahan Bloggers Club recently posted..Who remove you from Facebook

  2. Video ni amik mano boh???
    Sapo amik video ni ??
    aktechpage.com recently posted..Komentar Daripada Penyokong Indonesia Yang Waras

  3. saiful says:

    Ajal maut dah ditentukan Allah.Tidak sesaat didahulukan atau dikemudiankan.Nampaknya jpj perlu kuatkuasakan org yg mempunyai penyakit mcm sawan ni tak dibenarkan memandu.Membahayakan diri sendiri dan org lain.
    saiful recently posted..Ubuntu 1010

  4. mancai says:

    al-Fatihah…

  5. deCrewz says:

    Ajal maut ditangan Tuhan.. Walaupun ajal belum samapi, letakkah org tu dalam perut ikan paus pun xkan mati..
    deCrewz recently posted..Review Ke-2 Dari Ar-Rifke

  6. fitri says:

    alamak..aku da la bawak motor..cuak pulak..senang-senang je kena langgar daripada belakang..

    yang bawak kete tu cane?injured teruk ke?
    fitri recently posted..Album H I J R A H UNIC-HPA Dilancarkan Hari Ini!

    • dino says:

      Yang bawak keta tu tak pasti la pulak, tapi dia selamat,
      Kalau dah ajal terpijak semut pun boleh mati Fit :D

  7. zik says:

    innalillah.. yang pergi ia takkan kembali… aku ucapkan takziah kepada keluarga mangsa..
    zik recently posted..Lembu berenang

  8. mijie says:

    dah sampai masanya kan, kalau perhati betul2 kat video tu, ramai je orang lain, tapi sorang je yang maut
    mijie recently posted..Teknik gambar gunakan kamera filem

  9. ardzham says:

    Al Fatehah untuk arwah mangsa, takdir telah ditentukan, semoga ahli keluarga mangsa dapat menerima kenyataan ini dengan tenang.

    kalau ada penyakit sawan macam ni sepatutnya tidak dibenar memandu.
    ardzham recently posted..Comment on Anak meragam dan ragam ibu bapa by Ardzham

    • dino says:

      Tu la pasal,
      mungkin kena buat peperiksaan lanjut untuk bakal pemilik lesen baru dan lama..

      Ps : duit lagi tu

  10. akubiomed says:

    Al Fatihah kepada mangsa. Sedih cara pemergian arwah mingingatkan pemergian arwah mentua saya 7 hari sebelum berpuasa 2 tahun lepas.

    Dia penumpang duduk hadapan manakala kereta yang dinaiki terlibat kemalangan terposok dibawah lori.
    akubiomed recently posted..Jom Review izwanyusofdotcom

  11. tehr says:

    rukun yang utama ni
    umat islam wajib percaya
    semua dah ditentukan oleh allah
    dari mana kita datang, ke situlah kita akan pergi
    tehr recently posted..Thumbnails Untuk Website

  12. hafizmd says:

    allahuakbar…

    semoga arwah ditempatkan dikalangan hambaNYA yg soleh…ameen…

    al-fatihah
    hafizmd recently posted..Review Januari sambil jaga anak isteri…

    • dino says:

      Begitulah hendahknya..
      dan yang lebih menariknya aku dengar keluarga arwah begitu tabah dan sikit pun tiada perasaan marah atau dendam kepada pemandu yang merepuh mangsa… mereka menganggap itu semua sudah suratan..
      Ps: jarang ada orang setabah mereka

  13. ejoncb says:

    dah takdir macam tu kan jadinya dno. Pemandu kembara pun tak tahu yang dia akan kena sawan tapi dia sepatutnya tahu, kalau dia ada sawan dia tak boleh memandu sebab boleh bahaya kan keselamatan orang lain – contohnya, mcm kemalangan ni lah. tapi dah takdir nya mcm tu kan. Dah sampai ajal dan jadi pengajaran kat semua. Al Fatihan untuk Allahyarham.(bukan ker org yg ada sawan tak boleh dpt lesen memandu?)

  14. wazy says:

    Hmm dah tengok video ni kat youtube
    ajal datang menjemput tak kira masa dan tempat
    wazy recently posted..ISTILAH YANG SERING KITA GUNAKAN DALAM BIDANG IT

  15. Frames says:

    Does anyone know from what person in the Bible that Islam indirectly came from.Thanks
    Frames recently posted..Houses in 3D Box Frame

Leave a Reply

CommentLuv badge

Site search

Sponsors

    TAG

    VISITOR

    Personal blogs

    Alexa Rank