Kepada yang baru membaca Post ini diharap jangan salah faham, Kerana ini tiada kaitan dengan makhluk Ghaib atau hantu seram yang tak berapa menyeramkan seperti yang banyak terdapat di kaca TV atau lebih sesuai LCD Tv, Inni merupakan sambungan dari Post yang sebelumnya
“Makhluk Hitam – Yang bakal Mencabar Jo, Miji dan AkuBiomed“ Jadi Untuk memudahkan korang memahami ssituasi sebenarnya sila baca Post tersebut terlebih dahulu…
Ini Bukan Kisah Makhluk Ghaib atau Hantu Seram
Akhirnya pada pukul 4 petang tadi aku telah berjaya menguasai Makluk Hitam ni, itu Pun setelah hampir 8 jam bertarung tanpa henti dengan bantuan 7 orang pakar yang terbukti akan ketahanan mental dan Fizikalnya. walaupun begitu pertarungan pada siang tadi menyebab aku terlelap hampir 4 jam, dari lepas maghrib sampai la hampir pukul 12 tadi, kerana kehabisan tenaga.
Selain daripada tenaga pakar aku terpaksa mengunakan bebarapa peralatan tambahan bagi menjayakan projek menakluki Makhluk Hitam ni…
(Maklumat Lengkap tentang jenis dan speck Peralatan akan diterangkan di akhir Post)
-
Sebuah Master Proseser yang bersaiz cukup besar bagi memproses semua Program serentak
-
Power supply yang bersaiz besar bagi memastikan Master prosesor berfungsi dengan sempurna
-
Tujuh program tambahan
-
Satu masterpiece program buatan sendiri
Dan Ini lah dia Jenis dan nama makhluk Hitam yang bakal mengalahkan ketiga tiga Maharaja tersebut :
“Bubur Asyura Model Kelantan”
Maklumat Penuh Peralatan tambahan :
NOta Penting : Sebenarnya hari ni kami sekeluarga bergotong royong mengacau bubur asyura (versi kelantan), sempena mengingati peristiwa Nabi Allah Nuh As.
Disebutkan dalam kitab Nihayatuz Zain (halaman 196 Syeikh Nawawi Al-Banteni), Kitab Nuzhatul Majalis (halaman 172 Syeikh Abdur Rahman Al-Ushfuri), Kitab Jam’ul Fawaid ( halaman 132 Syeikh Daud Al-Fathoni) bahawasanya ketika mana bahtera Nabi Nuh as berlabuh di bukit Juudi pada hari Asyuraa maka berkatalah baginda kepada umatnya :
“Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba’ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak”
“Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”.
Petikan dari : Blog Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum
Ps : Cuba Bayangkan hampir 8 jam kami sekeluarga mengacaunya dan yang lelaki hanya aku dan Bapa KU……… mau tak tumbang
















alhamdulillah, syukur nikmat
~kalau manis sangat aku tak suka, payah nak telan
tehr recently posted..Bejimat Ka Driba Ba Jalai Alun
ni tak manis sangat sebab tak masuk gula tebu, cuma gula melaka je Tehr,
Ps : aku pun tak berapa suka kalau manis sangat
Salam bro,akhirnya terlerailah segala kekusutan yang melanda tentang apakah sebenarnya spesis makhluk hitam yang dimaksudkan.
Bubur asyura rupanya.Bikin saspen dahhhh…..
hehe
sebabtu aku kata lain dari yang lain
kalau masuk daging lagi best
memang akan lebih lain dari yang lain
ingatkan makhluk hitam mcm mijie, akubiomed atau bro joe. hehe. makhluk hitam ni sedap dimakan.
RedBoys recently posted..Keputusan Penuh ASK2010
makhkluk hitam yang ini boleh bertukar kpd banyak bahagian. mcm Zetzu dalam manga Naruto je.
lah bubur ker kisahnya adoooooooooooooi
ingatkan apa le kes itamnya tadi..
ini bro dno nak kena ni…
hafizmd recently posted..Bola dan Azwan Ismail…
Ampun Fiz heheheh
tangkap sama dia. hehe.
RedBoys recently posted..Keputusan Penuh ASK2010
hehe…
bubur saja
memang terliur juga melihat akan si makhkuk hitam ini
Kehkehkeh…buat suro doh deyh..ore mgu depe baru nok balik kappung. mok oyak, kalu ore denge adik pue balik baru nok kaca suro tahun nih..
ayat psiko molek mok kito tuh.hohoho..
kehkeh ..ku rindu mahu ber-loghat kelate. sedap tuh suro..hohohoho
haah..
buak sokmo tiak tiak tahon,
Ni mesti sebab lamo doh Ejon dok balik kapong ni, sebak tu la Mok keno Guno saikologibuat umpan dengan suro huhuhu
Ps: mesti gamai hok dok pehe ni
molek benar doh tu…kalu dok kate gitu..anok2 payoh nok kelik kapong…hehe
hafizmd recently posted..Bola dan Azwan Ismail…
anok dia degil tu hehehe
hahaha…owos. baru jah kelik rayo aji ari tu. Mok sokmo dop sabar-sabar.
Hahaha…tu la. maen saiko sokmo. buke payoh nok balik, keno wak perabis la keje hok ado dulu baru buleh tinggal keje meta. balik rumoh meme dop bukok doh laptop ni. dok derak jah .
kehkehkeh…..ni makhluk hitam ke makhluk hijau,dino ?
atau mata aku semakin rabun,sampai tak boleh bezakan warna hijau dengan warna hitam.
*mata aku memang tengok bubur tu warna hijau !
*
sangilapi recently posted..bengkel blackberry
Nik Hitam baik punya Jo heheh
Ahgak agak kau boleh lawan tak hehehe
kalau camni..mmg mane2 mahkluk hitm yg sama spesis ngn bro joe, habis rosak kalau masuk dalam super power sumber tuh..hehe
hafizmd recently posted..Bola dan Azwan Ismail…
kalau sapa berani nak lawan boleh cuba hahaha
awal-awal lagi aku menyerah kalah,dino
makhluk hitam aku tu kalau tercelup dalam kopi panas aku pun dah out apatah lagi kalau kena kacau dalam kuali tu !
sangilapi recently posted..bengkel blackberry
hahah walaupun tektik kotor tapi aku tetap menang
memang ngeri siot tengok kuali panas tu. nenek tu pun arwah kerana kuali (kes dodol tu), makhluk hitam yang lain sure arwah punye. tapi sure dpt ganti free kot under warranty
nampak macam hijau je, bukan hitam. ehe
Affan recently posted..Hukum meletakkan gambar mendedahkan aurat- khas untuk photographer dan blogger
sebenarnya hitam tapi kerana flash Hp meyebabkan nampak hijau
itu bubur ke dodol??
x pernah tengok.. hmm.. baru tau nih..
kt pulau borneo xda bubur color mcm tu.. paling2 pun bubuh kicap masin…lepas tu serbuk ikan bilis syok ooOoo…
ni ;ah yang dikatakan bubur ashyura versi kelantan Hafiz
yup betul tuh.. kat kelantan memang famous… nampaknya memang orang2 negeri lain banyak tak tahu nie bro..
zik recently posted..Malaysia harus menang- perlawanan akhir pertama menentang indonesia
heheh betul tu Zik,
dan warna dia sebenarnya hitam bukan hijau
Ps : Avatar baru tu…
huhuhu aku igtkan apa la tadi
mijie recently posted..Misi mencari Bulan guna Google Sky Map maxis10 -HTC Desire Z
hahaha hebat tak makhluk hitam aku tu miji
dalam hati..mijie mesti mengakui akan kehebatannya. oh..
Pergh.. sodap. Aku penah rasa kat umah mentua tahun lepas. Tapi x penah kena kacau lagi. Bila nak kena tatau la nie.
Anwar Osman recently posted..Celcom Xpax-The Everyone Sales
Baik makan je Nuar takpayah kacau, penat wooo
dah lama teringin nak makan bubur asyura ni… tak pernah makan bro… mana nak dapat erk?
mancai recently posted..apa itu kerja berpasukan
ada hari2 tertentu dia hee..
betul tu suri
Meh la Bro datang Kelantan aku belanja makhluk Hitam
datang kt kelantan dalam bulan Asyura nih. bulan muharam byk la.
sedapnya…sini susah nok cari bro..kalu kat ganu..senang nok cari…rindu sunggoh aku ke bubur sure ni…
insyaAllah tahun depan…
hafizmd recently posted..Bola dan Azwan Ismail…
heheh tau takpe…,
nanti kau tunjuk kehehatan makhluk hitam Terengganu pulak
Tak pasti penah makan ke tak bubur ni >.<
Affan recently posted..Hukum meletakkan gambar mendedahkan aurat- khas untuk photographer dan blogger
Sedap Fan…
rugi kalau tak cuba
bubur ni sedap. cuma aku tak suka jagung. hehe.
RedBoys recently posted..Keputusan Penuh ASK2010
kena cari pada waktu dan tempat yang betul utk menikmatinya
memang tertipu lah jawabnya.. hoho.. bubur nie memang sedap….
zik recently posted..Malaysia harus menang- perlawanan akhir pertama menentang indonesia
hehehe tau tak pe
Tak pernah melihat bubur Asyura warna hijau. Kalau ke Kelantan lagi mesti pekena
Warna dia hitam cuma efect cahaya je tu yang buat dia nampak hijau
oh. ingatkan warna hijau. hehe.
RedBoys recently posted..Keputusan Penuh ASK2010
kena pakai dslr lah jawabnya baru terserlah.
Bubur Asyura versi Kelantan aku memang suka..terasa rempahnya..
umat Nabi Nuh
sudah tiada kufur.
kita ni la generasi
dalam Bantera Nuh.
Ali ridha recently posted..Respect Ali-alridhacom
ini buka kisah
pasal telefon pintar kan.
Ali ridha recently posted..Respect Ali-alridhacom
makhluk hitam dari
alam ghaib.tertipu juga
aku.hehehe…
Ali ridha recently posted..Respect Ali-alridhacom
penat la kena bersilat
dengan bapa.untuk siapkan
bubur Asyura.
Ali ridha recently posted..Respect Ali-alridhacom
suka makan bubur ni. sedap.
RedBoys recently posted..Keputusan Penuh ASK2010
aku tak sure pernah makan ke tak.
walaupun aku dilahirkan di kelantan, aku membesar sebgai orang perak