dnoBiz

Just In & Around My BoX



berita gembira

Pagi yang Ceria – Berita Gembira dari Pelanggan [Video]

Bangun pagi je terus aku dapat dua panggilan yang mampu buat aku tersenyum untuk sepanjang hari ni…

Pangilan pertama datang dari Pengedar aku di Ibupejabat Giat Mara di Kota Bharu meminta aku menghatar stok baru, kerana stok dua hari lepas sudah habis… Alhamdullilah.

Tapi yang lebih mengembirakan aku ialah Panggilan kedua yang aku terima semasa sedang bersiap untuk ke Permis perniagaan ku, panggilan dari Anak salah seorang pelanggan aku yang mengalami masaalah strok, dan menyebabkan separuh badannya gagal berfungsi, Pakcik ni mengalami strok dari Bulan Mei tahun lepas dan sudah bemacam macam cara dan ubat digunakan namun masih tidak menampakan perubahan.

Dan pada awal Jan 2011 (aku lupa berapa haribulan) aku telah dibawa berjumpa dengan pesakit ni, dan aku pun tak tahu kenapa pada masa tu mungkin kerana kasihan dengan keadaanya aku jadi ringan mulut dan memberi jaminan jika produk ni tak membawa sebarang perubahan dia tak payah bayar…., kebetulan harga produk ni memang agak mahal jadi aku tak sampai hati nak ambil bayaran jika produk ni tidak mendatangkan sebarang kesan padanya ( atau mungkin masa tu aku pun tak berapa nak waras kot heheh :D  )

Tapi Alhamdulillah dengan izin Allah SWT dan juga mungkin sudah ditakdirkan itu rezeki aku, Produk ni telah memberi kesan dan serasi dengan pesakit, dalam masa tak sampai sebulan mengunakan produk beliau sudah berjaya mengangat dan mengerakan kakinya, dan tangannya juga sudah mula ada perubahan tidak lagi sejuk seperti dahulu…

Tadi dia telah membuat bayaran untuk produk itu dan membeli satu lagi produk yang sama….

Tadi aku sempat rakam kisah beliau…. (tapi dengan Hp Cikai je)

Video  Testimoni pesakit Strok

Ps : Dan seperti biasa memang sudah jadi lumrah dalam perniagaan bila ada je sesuatau produk yang dipuji oleh pengguna pasti ada cerita yang yang direka…, mahal la…., dia boleh bagi lagi murah la…..,  dan produk dia lagi baik la….., yang pasti janga takut dan jangan gentar rezeki Tuhan dah Tetapkan :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: SANTAI

13 Responses so far.

  1. zik says:

    Alhamdulillah… syukur kepada Allah.. ku panjatkan..doa
    zik recently posted..Selamat Datang IdeadanLampucom

  2. tehr says:

    memang seronok kalau pagi2 dah dapat rezeki
    dalam dok cari rezeki, dapat pula membantu orang yang memerlukan
    memang puas hati kalau macam ni, bro
    tehr recently posted..Kisah Ibu mengandung

  3. Ladfe Amir says:

    bagus..satu usaha yg baik akan mendatangkan rezeki yg baik juga.

    yg penting, setiap usaha perlu disertakan doa kepada Allah

  4. Amry says:

    bagus bro.tahniah. ini baru betul meniaga. setengah orang fikir nak untung jer. tak pikir produk. tul tak. moga berkembang lagi perniagaan bro ni.

    mana video nya bro?. blank jer. hehe

    • dino says:

      Alhamdulillah bro setakatni masih mampu bertahan.. harap akan terus mendapat berkat darinya..

      Ps: rezeki tak semistinya banyak tapi yang penting berkat…

  5. Alhamdulillah… biasalah tu adat perniagaan…ada yg puji dan ada juga yg keji…
    Nampaknya produk itu semakin mantap, x sabar kawe nak meraso plok step by step…
    aktechpage.com recently posted..Alahai…Jadi Blog Mencari Jodoh Pulak

  6. fitri says:

    kadang-kadang payah nak percaya produk kesihatan ni..tapi ikhtiar jela
    fitri recently posted..Suggestkan Aku Laptop Yang Mana Satu!

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors

    TAG

    VISITOR




    Personal blogs

    Alexa Rank