Orang Minyak – Dinoda dalam tidur
KAJANG: Kejadian seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa rogol di rumahnya di Taman Tenaga di sini, Khamis lalu, mencetuskan tanda tanya berikutan berlaku tanpa disedari mangsa yang tidur.
Difahamkan, mangsa yang terjaga kira-kira jam 8 pagi terkejut apabila mendapati dirinya dalam keadaan bogel manakala dada dipenuhi cecair pekat keputihan dipercayai air mani.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa yang berusia 20-an dikatakan tinggal bersendirian di rumah berkenaan dan tidak bertemu sesiapa malam sebelum kejadian.
“Mangsa sendiri tidak tahu punca ditinggalkan dalam keadaan begitu kerana pada malam kejadian, dia mendakwa terus pulang ke rumah selepas tamat bekerja,” katanya.
Katanya, mangsa memberitahu ketika terjaga, seluruh badannya sakit dan keletihan selain sakit kepala menyebabkannya terus ke klinik berhampiran mendapatkan rawatan.-MyMetro
Orang Minyak….
Bukan orang yang menjual minyak, memproses minyak, seludup minyak atau yang jenis Tahik minyak dan naik minyak, tapi kalau mengikut cerita orang tua tua (sebenarnya ikut cerita Sumpahan Orang Minyak arahan P.Ramlee pada tahun 1956), orang minyak ialah..
Orang Minyak adalah seorang lelaki yang terkena sumpahan dalam usaha untuk memenangi kembali cintanya dengan sihir. Dalam cerita ini, syaitan telah menawarkan bantuan untuk membantu lelaki tersebut dengan memberinya kuasa ilmu hitam, tetapi hanya jika Orang minyak tadi bersetuju menyembahnya dan sebagai syarat, orang minyak tadi mesti merogol (bukan dirogol) 21 perawan dalam masa seminggu.
Komen Aku : Dalam dunia sekarang ni adalah satu yang mustahil untuk seseorang itu merogol 21 orang anak dara dalam masa seminggu
Manakala dalam versi yang lain pula , Orang minyak adalah seorang lelaki yang telah menjadi mangsa dan dikawal oleh dukun atau bomoh yang jahat. Ini pula adalah versi filem yang dihasilkan pada 2007..
Menurut legenda, pada tahun 1960-an Orang Minyak tinggal di sekitar beberapa buah bandar di Malaysia. Pada 1960-an Orang Minyak digambarkan sebagai manusia, telanjang dan dilindungi dengan minyak (kononnya akan menyukarkan dia dari ditangkap). Walau bagaimanapun, terdapat juga cerita-cerita yang mana orang minyak dikatakan boleg ghaib dan tidak dapat dilihat oleh wanita yang sudah tiada dara ( ada juga yang kata semua perempuan tak dapat melihatnya). Lagenda orang minyak ini juga turut menyebabkan ketakutan pada wanita terutama yang belum berkahwin suatu masa dahulu, terutama mereka yang berada di asrama, sehinggakan ada yang terpaksa meminjam pakaiyan lelaki yang berbau peluh untuk dibuat tidur dengan harapan Orang minyak akan menyangkakan mereka adalah lelaki , antara petua lain untuk mengelakan ganguan Orang minyak ialah dengan menggigit ibu jari kanan dan berselimut dengan Kain batik semasa tidur…
Ps : Kenapa tak ada Orang minyak Perempuan ???
Pss : Mungkin tak lama lagi akan muncul Orang minyak Versi Ron 95, Ron 97, Diesel, Minyak angin dan minyak kelapa sawit





seram betul dengar nama orang minyak ih..haha..
dzuandiey recently posted..Tahniah Artis Power Rangers
Kali terakhir mendengar orang minyak menganas di kawasan Bentong.
akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Hak golongan OKU
yeah..orang minyak dh kembali mengganas