dnoBiz

Just In & Around My BoX



Nasik dagang spesial

Nasik Dagang – Nasib baik aku Balik Cepat…. Tapi…

Fuhhh….

Nasik baik aku terus balik ke rumah tadi…………..

Kalau tak memang kempunan la nak merasa Nasik Dagang Hasil tangah Chef istimewa yang berasal dari Terengganu ni.

Walaupun aku sempat sampai tapi aku tetap terlepas peluang untuk merasa lauk ikan tongkol dan gulai Udang yang dah kehabisan, yang tinggal cuma gulai ayam dan telur je.. tapi takpe dapat kuah ikan tongkol pun dah cukup bagus dah hahahaha…

Apa pun Masakan Cik Za memang superb, gulai cukup rasa cukup perisa, dan nasiknya pun memang mantap tak keras dan tak terlampau lembut, sebenarnya chef yang aku maksudkan ti ialah kawan baik Mak aku,  walaupun dia berasal dari Terengganu tapi dia tinggal di kelantan dan tak jauh dari kampung aku…

Sejarah nasik Dagang

Nasik dagang merupakan makanan orang pantai timur dan Selatan Thailand, ada yang mendakwa nasik dagang berasal dari Terengganu tapi yang agak mencurigakan aku beras yang digunakan ialah beras Siam, samaada beras khas yang berwarna sedikit kemarahan ataupu beras siam yang dicampur dengan beras pulut.

Di Terengganu nasik dagang nya agak berbeza dengan nasik dagang Kelantan dan Siam, perbezaan yang paling ketara ialah dari segi beras yang digunakan dimana nasik dangang Terengganu biasanya mengunakan gabungan beras pulut dan beras Siam dengan kadar nisbah 1:3 atau 1:4 (beras Siam:beras Pulut) bergantung pada citarasa dan jenis beras yang digunakan.

Manakala nasik Dagang kelantan dan Siam pula menggunakan beras khas yang ada sedikit warna merah pada berasnya, biasanya beras ini dibawa khas dari Thailand. Manakala dari segi lauknya pula, nasik dagang asal hanya belauk Ikan, namun bagi mengikut selera si pemakan berbagai lauk disediakan.

Dan pada aku apa yang paling menarik tentang nasik Dangang ni ialah….. Untuk menyediakan nasik dagang ni perkataan memasak tidak digunakan tapi sebaliknya perkataan membuat digunapakai… contohnya ”Mak tengah Buat nasik Dagang “ ini adalah mungkin kerana untuk menyediakan nasik Dagang ni Tempoh yang panjag diperlukan dan cara juga agak rumit.

Ps : Imfo tentang Nasik dagang tu hanyalah dari apa yang aku dengar dari orang tua tua jadi kesahihannya tak pasti la pulak hahahah :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: INFO, SANTAI

18 Responses so far.

  1. zik says:

    lama tak makan nasi dagang.. ori dari sana (kelate mari)… biasa makan nasi dagang corner kampung baru kat kl tuh..sekarang sudah di johor… huhu…
    zik recently posted..Bahana minuman segera 3 dalam 1

  2. nuriz says:

    salam singgah,

    lama saya tak makan nasik dagang huhu teringin lak..kat kedah jarang jumpa nasik dagang

    • dino says:

      Salam Nuriz
      boleh lah datang kelantan, kelantan ngan kedah dah tak jauh dah tu :D

      Ps :terima kasih kerana sudi singgah sini :D

  3. decrewz says:

    Tengok jugak org yang memasak, kalau sedap sedaplah, kalau x, jamah sikit, banyak x abis..he3. Jai kalau bab makan mmg cukup sensitif, kalau x sedap, alamatnya makan sikit jelah sebab selera terus ilang, last2 pergi ekdai beli roti je…he3
    decrewz recently posted..Kenapa Mesti Entry SEO Search Engine Optimization

  4. suri says:

    sesekli rasa masakan pelbagai negeri bt kita terliur nak makan lagi sekli

  5. bEe says:

    Nyum nyum nyum…. SEDAP!
    burrrrrrrrppppppp….. ALHAMDULILAH ;)
    bEe recently posted..DONT NOTTY NOTTY YE

  6. tehr says:

    sayang sekali
    gulai ikan tu dah habis, dno
    nasi dagang ni bagi aku sedap dengan gulai ikan ‘aya’ je
    tehr recently posted..Kisah Meraba

  7. Ismail N says:

    he he.. kawe tetap fav mee bandung.. sori bro. Tapi kalau ada org sorong nasi dagang tu confirm abis gak! :D
    Ismail N recently posted..Beginikah Cara Melayan Orang Gaji

  8. Huh, Nasi Dagang salah 1 favourite kawe ni…
    Lamo jgak x pekena nasi dagang ni, duk sibuk sokmo je dgn kijo..
    aktechpage.com recently posted..RezekiMurahCom- Sangilapi Punya Blog

  9. titan says:

    kat banting ni, kalau pagi-pagi, ada gak orang jual nasi dagang dengan nasi kerabu. Baru je diorang jual. 20 tahun lepas, takde lagi yang buat lagi nih.

    kalau ngidam pagi-pagi, layankan aje nasi dagang atau nasi kerabu nih..memang kenyang sampai ke malam..
    titan recently posted..5 Benda Yang Aku Akan Buat Kalau Aku Boleh Ulang Masa Kembali

  10. akubiomed says:

    Nasi Dagang tidak berapa suka sangat tapi nasi Kerabu saya suka

  11. hafizmd says:

    sekarang, kedai mamakpun dah ada yg supply nasi dagang…rasa? bolehlah utk hilangkan rindu…nak puas hati..kena balik ganu jugok…hehee
    hafizmd recently posted..Pak Din Bolognese…

  12. adda syuhada says:

    sedapnya nasi dagang..kena plk ngn ikan ayo…
    tp hak sedap skali gk konpem2 la nasi kerabu…
    nk wat xsabar nk balik kg nih..
    adda syuhada recently posted..Ayam Masak Asam Pedas

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors