Mitos Petua tentang Dara – Panduan mengarut untuk kenal pasti DARA
Aku rasa korang pun pernah dengar petua petua macam ni, biasanya keluar dari mulut pakar yang tak bertauliah… terutama bila dah berlonggok ditepi tembok atau longkang, tapi jangan ingat hanya kaum lelaki je yang suka buat analisa macam ni, kaum hawa pun tak kurang juga hebatnya lebih lebih lagi kepada individu yang tidak digemari mereka….
1. Orang yang tidak perawan jalannya mengangkang
Hal ini sama sekali tidak berhubungan dengan perawan atau tidak perawan. Kerana cara berjalan seseorang dipengaruhi oleh pertumbuhan dan perkembangan fiziknya, seperti lebar tulang pinggul dan juga banyaknya lemak di sekitar peha.
2. Orang yang tidak perawan punggungnya Jatuh
Bentuk punggung yang kendur dan jatuh atau berkurang elastik (melentik ) tidak berhubungan dengan perawan atau tidak perawan. Seseorang yang kurang berolahraga atau aktiviti fizik boleh membuat punggungnya kendur, kekurangan kologen dan hormon juga boleh mengakibatkan keadaan demikian.
3. Orang yang tidak perawan payu daranya besar sebelah ???
Hal ini boleh membuat orang beranggapan perempuan dengan payudara cukup besar sudah tidak perawan. Padahal payudara seseorang memang boleh membesar ketika terangsang, tapi umumnya ia akan kembali ke bentuk semula dan tidak berkekalan, ini juga ada kaitan dengan kesilapan dalam memilih dan memakai Baju dalam. Selain daripada itu Kologen juga ada kaitan dengan keadaan ini.
4. Orang yang tidak perawan air kencingnya jernih
Kauliti air kencing atau Urain ditentukan oleh kadar air yang masuk kedalam badan, semakin banyak air yang diminu maka semakin jernih lah air kencing nya, yang pastinya seandainya air kencig berwarna terang atau kuning itu menunjukan mereka kekurangan air dan mungkin ada penyakit tertentu seperti jankitan pundi kencing…. jaga jaga
5. Tiada berdarah ketika pertama kali berhubungan seks menunjukan gadis itu sudah tiada Dara
Darah terhasil semasa melakukan hubungan seks ada lah kerana berlaku koyakan pada selaput dara, tapi perlu diingat !!!!!!
Selaput dara boleh terkoyak bukan hanya kerana hubungan Seks, koyakan selaput dara boleh terjadi kerana beberapa faktor seperti, kegiatan fizikal dan sukan seperti berbasikal, terjatuh, senaman yang berlebihan dan aktiviti lasak.
Selain itu ada juga kes yang mana terdapa gadis yang memiliki selaput dara fleksibel sehingga tidak mengeluarkan darah ketika pertama kali berhubungan seks.
Ps : Zaman sekarang ni rasanya tak sukar untuk menentukan seseorang gadis itu masih suci atau tidak, sebabnya ramai yang tanpa segan silu mengaku mereka sudah tiada dara…. Tapi bukan semua macam tu…




