dnoBiz

Just In & Around My BoX



 

Memalukan – Anugerah Lagu Terbaik Yuna Dibatalkan…

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer muda, Yuna yang ditarik kemenangannya dalam kategori utama Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) menganggap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan tidak bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang.

Dia yang bakal memasarkan album Inggeris untuk pasaran Amerika Syarikat berkata, penjelasan sepatutnya bukan daripada pihaknya sebaliknya Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur perlu mengadakan sidang akhbar dan menjelaskan dengan terperinci bagaimana masalah itu berlaku.

“Pada saya perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ia membabitkan majlis anugerah berprestij. Apatah lagi AIM itu sendiri mempunyai tanggungjawab besar untuk mengangkat industri muzik tempatan.

“Saya membesar dengan mengagumi penganjuran AIM sebelum ini. Apabila memenangi anugerah yang amat saya hargai dan ditarik balik atas kesilapan yang dikatakan sudah tentu rasa terkilan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Harian Metro difahamkan RIM dijadualkan mengadakan sidang media bagi menjelaskan mengenai kesilapan teknikal yang berlaku itu pada petang ini. “Saya diberitahu mengenai kesilapan itu dua hari lalu,” kata Yuna.

Pada AIM18 yang berlangsung 12 November lalu Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai diumumkan pemenang Lagu Terbaik menerusi singlenya, Penakut.

Selain Lagu Terbaik, pada majlis anugerah berprestij yang mengiktiraf karya terbaik karyawan muzik tempatan itu, Yuna turut memenangi anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Anugerah Kembara.

Yuna berkata, kesilapan yang berlaku akan menyebabkan ramai pihak akan hilang keyakinan terhadap RIM dan penganjuran AIM itu sendiri.

Menurutnya, lebih membimbangkan kemenangan bagi kategori lain dimenangi penggiat muzik tempatan turut dipertikaikan kerana mungkin kesilapan berlaku. Katanya, sejak awal lagi dia mengikuti segala syarat diberikan RIM untuk mempertandingkan karya dihasilkan dalam AIM, terutama membabitkan pencalonan karya dihasilkan harus 100 peratus anak tempatan.

Syarat ditetapkan juga menyebabkan albumnya tidak dipertandingkan kerana tiga daripada lagu dihasilkan dikatakan tidak layak kerana ia untuk pasaran luar.

“Saya akur dengan setiap syarat diberikan, tetapi apabila kemenangan ditarik balik sudah tentu timbul kekeliruan. Bukan saja kepada saya, tetapi seluruh penggiat industri muzik tempatan.

“Tidak keterlaluan jika dikatakan ada pihak melihat apa yang berlaku sinis dan kelakar. Apatah lagi penganjuran AIM membabitkan dua entiti besar iaitu RIM sendiri dan jabatan audit diiktiraf,” katanya.

Kata Yuna lagi, sebenarnya sewaktu diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Lagu Terbaik, dia sudah berasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku, kerana syarat untuk memenangi anugerah utama itu, lagu dihasilkan dan didendangkan haruslah menjuarai kategori dipertandingkan.

“Ketika majlis sidang akhbar perkara sama turut ditanya wakil media, bagaimanapun pihak penganjur mengatakan untuk kategori Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik dinilai juri berbeza. Perkara itu sudah dimaklumkan dan semua pihak faham.

“Saya sendiri akur dengan penjelasan itu memandangkan untuk tahun ini ada beberapa perubahan dari sudut syarat dibuat RIM mahupun Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi),” katanya

MANAKALA DI SUATU TEMPAT DAN NEGARA YANG LAIN………

Disebuah Negara YANG BERNAMA DNOBIZ…..

Yang Mana  Jawatan Perdana Menteri, Raja, Menteri Besar, Menteri, Wakil Rakyat, Penghulu semua dipegang Oleh DnoBiz sendiri…

Nak dijadikan cerita… maka terdapatlah segolongan Rakyat di negeri tersebut Yang Merasakan dirinya berbakat dan cukup mahir dengan aktiviti seni sepetri MUZIK, LAKONAN dan sebagainya…..

Walaupun Hakikat sebenarnya hanya segelintir dari mereka sahaja yang betul betul berbakat, dan yang lainnya hanya terlebih publisiti dan sensasi…, seperti terlebih dedah, terlebih dadah, terlebih Kurang ajar dan terlebih perasan…

Namun Dek Kerana mereka yang menceburkan diri dan bergiat  dalam industri seni negara tersebut makin meningkat dan bertambah, walaupun dari segi kualiti makin melongkang…, maka mereka pun mula la berpesatuan dan menubuhkan berbagai jenis pertubuhan SEPERTI “RID” atau ”persatuan industri Rakaman DINOBIZ” dan banyak lagi… yang kononnya bagi memertabatkan lagi Industri seni Negara tersebut…

Dan Wujudlah berbagai pertandinggan dan Anugerah seperti “AIMDAnugerah Industri Muzik DnoBiz… yang kononnya begitu berprestij, dengan alasan untuk menghargai dan mengiktiraf hasil seni dan artis artis yang ada..

Tetapi MALANGNYA.. dek kerana dalam industri tersebut dipenuhi dengan kaki ampu, kaki bodek dan mereka yang BODOH SOMBONG  maka terjadilah kejadian bodoh lagi bangan tahap tangki najis….

Kisahnya bermula bilamana dalam “AIMD ke 18 tiga suku“ Anugerah lagu terbaik seorang artis baru yang memang mempunyai bakat dan berpotensi untuk pergi jauh dan memecahkan tempurung yang membelengu katak katak yang selama ini syok sendiri telah ditarik balik, Kemenagan tersebut ditarik balik dengan alasan kesilapan teknikal dan salah faham…. walau pun alasan kesilapan teknikan dan salah faham dijadikan alasan namun rakyat negara tersebut memang tahu yang sebenarnya kesilapan tersebut adalah kerana kebodohan, dan cetek akal serta ketidakmatangan kebanyakan seniman senimangkuk yang kononya pro lagi arif tentang seni…

Bahkan perkara yang sama juga berlaku dalam industri perfileman negara itu, kejadian yang hanya selang beberapa minggu itu terjadi bilamana seorang pengarah yang perasan hebat telah melakukan protes dengan cara paling Kurang ajar dalam sejarah negara DnoBiz…, bilamana pengarah yang sebenarnya lebih cenderong dalam mengarah filem porno tersebut telah bangun dan meninggalkan majlis yang turut dihadiri oleh tuan punya Negara iaitu DnoBiz sendiri, tindakan itu dilakukan kononya sebagai tanda protes kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pada malam itu….

KERANA kejadian kejadian bodoh lagi bangan yang telah terjadi Maka… DnoBiz dengan Kuasa yang ada telah mengeluarkan arahan kepada semua industri seni yang ada di negara itu supaya membuang sebarang perkataan yang berkaitan dengan Negara DnoBiz Di dalam sebarang persatuan dan pertandinggan yang mereka lakukan atau adakan… maka berkuat kuasa serta merta sehingga satu masa yang diberikan kelak, semua perkataan seperti “KEBANGSAAN” ,”NASIONAL”, “TANAH AIR”, “NEGARA” dan nama negara “DNOBIZ”, kerana dari bancian dan kajian yang dibuat menunjukan persatuan dan anugerah tersebut lebih banyak memalukan Negara dari mengankat martabat Negara…

PS : ini cerita, kaitan tiada dengan hidup dan mati punya ORANG…..

PSS : Dah lama tak dengar lagu….

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: SANTAI

17 Responses so far.

  1. tehr says:

    aku tak tahu nak kata apa
    kesilapan manusia yang memalukan manusia lain
    payah… payah

    setakat memalukan diri sendiri tu, biar je la

  2. titan says:

    entahlah..aku malas nak cakap. nak kata bodoh..dah sekolah..nak kata bangang..memang bangang sungguh..huh. ramai betul orang macam ni zaman akhir zaman nih..

  3. TAK PATUT diaorg buat begitu..
    mentang-mentang lah si Yuna tu PENAKUT! :D

  4. b3njy says:

    Alahai kesiannya c yuna tu … awat jadi cam tu ? kesilapan teknikal ? Yang peliknya bukan keputusan tu dibuat sejam dua, mungkin dah seminggu ataupun dah sebulan… kalau keputusan tu dibuat dalam tempoh 2-3 mintak logik juga … mungkin ini hanya strategi AIM untuk menjatuhkan diri mereka sendiri … maka AIMD akan mengantikan mereka tahun hadapan :D

    • dino says:

      hahahah
      AIMD sudah diharamkan penggunaan D nya..
      jadi kena tukar pada nama AIM (nama ayah atau saudara mara dia sendiri)

  5. chii says:

    kalau sblm ni..muzik2 pernah lakukan perkara yg sama..kali ni lagi la..satu anugerah yg agak berprestij melakukn kesilapan yg mcm ni..x sepatutnya terjadi lagi..aduhaii

  6. suri says:

    dh dapat tarik balik sian yuna lagu2 dia sedap..

    klu aizat sama juga tandingnya dua2 penyanyi ini mantaap ada kelas yg tersendri..

  7. bujang3 says:

    Kesian kat Yuna.. kesilapan orang lain tapi Yuna yang kena tanggung malu… ishk … ishk…

  8. Mejuez says:

    Inilah Anugerah AIM paling memalukan…. Yuna boleh buat saman malu dan minta ganti rugi sebab memalukan diri dia tentang penarikan balik anugerah tersebut…

    apa ke bangang sangat pihak AIM ni? kalau letak syarat tah pape jangan la invite penyanyi yg tak cukup syarat… pi la cari penyanyi plastik mee maggie tuuuu.. belambak ada…

    bagi aku yuna memang champion untuk negara.. sebab dia naikkan nama negara… kalau setakat AIM terlampau ikutkan syarat lama memang tak kemana… aim wehhh la ni zaman sosial network.. media youtube sekarang ni jadi medium cari org berbakat…

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors