dnoBiz

Just In & Around My BoX



Azree Shahrel Ahmad Nazri

Melayu Boleh – Rakyat Malaysia pertama felo Universiti Cambridge

Ni lagi satu Berita yang cukup buat aku bangga sebagai rakyat Malaysia dan Orang Melayu..

Selepas kejayaan Nazmi terpilih untuk bermain di kelab kelab divisyen satu Portugal, kini muncul pula seorang lagi wira Melayu rakyat Malaysia dan paling penting beragama Islam……

KUALA LUMPUR: Tutor Universiti Putra Malaysia (UPM), Azree Shahrel Ahmad Nazri (gambar) menjadi rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai felo penyelidik bidang matematik gunaan di Universiti Cambridge, United Kingdom.

Pelantikan di Trinity College itu adalah hasil pencapaian beliau yang menakjubkan sepanjang sesi pengajian doktor falsafah (PhD) dalam bidang matematik di universiti terkemuka dunia berkenaan sejak 2008. Anak muda kelahiran Terengganu berusia 32 tahun itu adalah tutor Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM. Seingat saya tiada pelajar Cambridge berbuat demikian. Saya amat terkejut dengan kebolehannya yang boleh menggabungkan ilmu statistik dengan bioinformatik untuk menyelesaikan persoalan biologikal yang rumit. – Dr Pietro Lio’, Pensyarah kanan Universiti Cambridge Pensyarah kanan Universiti Cambridge, Dr Pietro Lio’ dalam surat sokongannya kepada UPM menyifatkan Azree sebagai pelajar berbakat.

Beliau menyifatkan kebolehan Azree yang menjalani latihan berkembar di makmal biologi dan molekular serta sistem biologi statistik sebagai jarang berlaku di Universiti Cambridge.

“Seingat saya tiada pelajar Cambridge berbuat demikian. Saya amat terkejut dengan kebolehannya yang boleh menggabungkan ilmu statistik dengan bioinformatik untuk menyelesaikan persoalan biologikal yang rumit,” katanya.

Beliau juga berkata, jawatan itu hanya ditawarkan kepada penyelidik yang berkebolehan serta bijak dan sebagai penyelidik, Azree boleh menumpukan penyelidikan dalam bidang matematik gunaan tanpa beban mengajar, seterusnya memulakan kariernya ke peringkat lebih tinggi.

Azree ketika dihubungi di London bersyukur dengan pelantikan selama tiga tahun yang akan bermula Ogos depan.

“Alhamdulillah. Terima kasih kepada ibu, Junaidah Embong dan ayah, Nazri Ahmad serta isteri Azwanis Abdosamad kerana sanggup berkorban. Saya akan membuat penyelidikan sepenuh masa di sini,” katanya menerusi SMS.

Menyifatkannya sebagai tugasan berat, Azree berkata tawaran itu adalah titik permulaan baginya untuk menyokong hasrat negara mencapai Wawasan 2020.

“Cabaran ini amat berat kerana saya terpaksa bersaing dengan penyelidik antarabangsa lain. Saya juga yakin di luar sana ramai lagi penyelidik yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa, cuma mereka mungkin tiada peluang seperti saya,” katanya yang baru menamatkan PhD dalam bidang matematik – Berita Harian

Ps : Tapi kalau bab menyaingngi kehebatan orang barat, pada aku golongan yang paling berjaya dan tak keberatan kalau nak dikatakan lebih hebat dari pada orang barat ialah ARTIS kita, terutama Bab dedah dedah dan melakonkan aksi terlarang…. tapi tak semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: SANTAI

6 Responses so far.

  1. akubiomed says:

    Sudah tentu menjadi kebanggaan ke atas pengiktirafan tertinggi yang diberikan.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Uncle Gedek Protege

  2. Shaiful says:

    Membuktikan Malaysia juga mampu melahirkan ramai pakar ilmuwan beragama islam.
    Shaiful recently posted..Bapa Penggal Kepala Anak Perempuan

  3. aimannajmy says:

    pesanan terakhir tu memang aku sokong huhu.. bab rancangan tv pun sama.. suma nak berusaha tiru style barat
    aimannajmy recently posted..Mari melukis dengan Samsung Galaxy S2 part 2

  4. adamfaiz says:

    melayu memang boleh berjaya dlm apa jua bidang.. cuma tak ramai yang mcm ni sebab tu keyword melayu boleh lebih kepada aksi-aksi panas yang dirakam
    adamfaiz recently posted..Aku Kuli-kuli Sahaja

  5. Oh! budu says:

    Alhamdulillah. semoga lebih ramai lagi kaum kita maju ke depan.
    Oh! budu recently posted..Jana wang dengan hanya jawab survey

  6. hafizmd says:

    Alhamdulillah. Moga beliau akan berjaya dgn cemerlang. Tumpang berbangga =)
    hafizmd recently posted..Akhir Euro 2012:Italy Benam Spain?

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors