dnoBiz

Just In & Around My BoX



Aku rasa hukuman ni sesuai dijadikan hukuman tambahan kepada mat rempit, dan lebih sesuai jika dilakukan di khlayak ramai.

Berita ni aku petik dari MyMetro.com

GEORGETOWN: Seorang wanita memberi pengajaran kepada adik perempuannya dengan menampar remaja bawah umur itu sebanyak tujuh kali di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, dekat sini, kerana marah berikutan adiknya terbabit dengan kegiatan samseng jalanan.

Wanita berusia 20-an yang tiba bersama ibunya itu tidak tahan dengan sikap adiknya yang kerap ponteng sekolah dan menyertai kegiatan tidak bermoral lalu menampar adiknya sebelum mereka pulang ke rumah di Sungai Ara jam 10.15 pagi semalam.

Adegan itu antara rentetan penahanan 122 samseng jalanan, termasuk enam remaja bawah umur, yang dikerah menolak motosikal masing-masing kira-kira 15 kilometer ke IPK sebaik ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan di Jalan Bukit Gambir, awal pagi semalam.

Pada pandangan aku hukuman yang ada sekarang ni sebenarnya dah cukup untuk menjadi pengajaran kepada mereka, tapi apa yang menjadi masaalahnya sekarang bukan mereka tidak takut kepada hukuman tapi perasaan dan kepuasan yang mereka perolihi daripada aktiviti ni membuatkan mereka nekad dan sangup mengambil risiko.

Mungkin Bagi mereka yang tak pernah merempit mereka takan paham dan tak boleh menerima alasan yang diberikan, bahkan aku sendiri pun sebenarnya tak boleh terima alasan yang aku anggap bodoh ni, manataknya mereka merempit bukan kerana nak kan habuan atau pertaruhan seperti yang boleh mereka dapat bila lumba haram., tetapi hanya kerana keseronokan dan kepuasan dan kadang kadang penghormatan yang kan diberikan kepada mereka oleh golongan rempit ni, dan hanya kerana semua itu mereka sanggup mengadaikan nyawa, dan mengambil risiko ditangkap pihak berkuasa dan dipenjarakan (walaupun mereka sebenarnya cukup takut pada semua tu ).

Mungkin pada kita mereka semua ni amat bodoh kerana sangup mempertaruhkan semua tu semata mata untuk ganjaran yang tak bermakna, tapi pernahkah kita terfikir apa sebenarnya yang diperlukan oleh golongan ini…?

Adakah Dengan menyediakan Litar lumba akan menyelesaikan masaalah ni ?, bagai mana pula dengan hukuman ? , atau pun halal kan saja AKA jadikan aktiviti rempit ni sah disisi undang undang ?…

Pada aku semuanya takkan berkesan… Mengapa..?

Aku sebenarnya mempunyai ramai pelanggan dari golongan ni jadi kerana sikap ingin tahu aku sering bertanya sebab mereka merempit dan pendapat mereka tentang hukuman dan cara yang dilakukan oleh kerajaan bagi mengatasi masaalah ni? Pada mereka Hukuman yang ada sudah cukup untuk menakutkan mereka tapi masih tidak mampu untuk menghentikan tabiaat Rempit mereka, Penyediaan litar pula pada mereka hanya sebagai kemudahan tambahan dan sekadar tempat suka suka, makna nya jika mereka inginkan kepuasan sebenar mereka tetap kembali ke jalan raya, kerana disitu meraka akan mendapat kepuasan dan cabaran mutlak tidak seperti dilitar. dan cara terakhir hanya akan mampu megurangkan cabaran yang mereka rasai dan takkan dapat menghentikan aktiviti mereka bahkan hanya akan membahayakan penguna jalan raya yang lain. Jadi apakah cara yang akan membuatkan mereka berhenti merempit…?

Jawapan Mereka senang je.. selain daripada mereka mati kemalangan dan cacat sehingga mereka tak mampu merempit, hanya masa yang akan buat mereka berhenti, maksudnya bila tiba satu masa secara sendiri mereka akan berhenti merempit, tapi pasti akan ada genarasi baru yang akan mengantikan mereka.

Kesimpulannya aku buntu dengan gejala ni!!!!.

Tapi bila aku pikir balik…. kalau nak diikutkan sikap mat Rempit ni tak jauh bezanya dengan sikap sesetengah golongan Profesional…. seperti Ahli politik, Peniaga, dan juga Jutawan jutawan yang terdapat di dunia, mereka sanggup melakukan apa saja demi untuk pangkat harta, nama, dan penghormatan. Sehingga ada yang sanggup mengadaikan maruah diri dan lawan, ada yang sanggup memfitnah, membunuh dan apa saja untuk mendapatkan apa yang mereka hajati…. Jadi apa bezanya Mat rempit dan golongan INI?

Pada aku bezanya cuma tujuan, cara, tempat dan status….

Dan Apa yang patut dilakukan untuk membendung kegiatan ini ????, Yang bermain di fikiran aku hanya lah Perkukuhkan Intitusi kekeluargaan supaya jenarasi akan datang tidak akan menjadi pelapis kepada Mat rempit yang ada sekarang ni, dan paling penting terapkan keimanan dalam diri Anak anak kita, bukan sekadar diberikan didikan dan pengetahwan Agama tapi Iman haruslah diterapkan supaya tak terjadinya budaya ” Tahu baik tapi tak ikut dan tahu salah tapi tak kisah ”

Apa yang aku tulis ni hanyalah padangan dan rumusan aku semata mata… tampa niat menyetuh atau menghina mana mana pihak

Harap korang semua sudi sumbangkan padangan korang di ruang koment di bawah ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: SANTAI

41 Responses so far.

  1. tehr says:

    satu perbandingan yang amat jelas dan tepat
    TIADA BEZANYA!

    moga2 mat rempit dan golongan tamak haloba ni akan sedar dan bertaubat
    tehr recently posted..Kelantan Juara Baru Piala Malaysia 2010

  2. Mohd Hafiz says:

    hmm…nak tau x ape ubat utk mat2 rempit nih???
    rejam sampai mati kot…

  3. wazy says:

    salam bro
    cerita pasal mat rempit ni memang tak pernah habis
    ada yang kurang jara apabila berada di jalan raya,saya pun ada buat entri pasal mat rempit ni ,bro boleh tengok di sini :-

    http://www.wazy84.com/mat-rempit
    wazy recently posted..10 Sebab Kenapa Komputer ‘Hang’

  4. etomyam says:

    memang betul tu, pelbagai cara dah dibuat namun kesan tidak jelas..sudahnya yg merempit berhenti dengan sendiri bila umur meningkat…lepas tu puak2 yg lain pulak ambil alih… huhu
    etomyam recently posted..Sejarah Baru Bolasepak Kelantan

    • dino says:

      betul tu bro,
      jadi biar kan aja yang dah terjebak tu tapi jaga yang bakal jadi pelapis…

      Ps : mesti seronok bila dapat bersama lautan merah menyaksikan perlawanan akhir piala FA kan Bro

  5. fendidahada says:

    betul tu bro…sukar nak bendung..lagi dikejar lagi suka mereka…harap cepatlah sedar sebelum nyawa meniggalkan jasad…
    fendidahada recently posted..Exam Fever

  6. Sir Marcello says:

    biarlah disediakan litar serba cangih dengan percuma…takmau nya depa nie nak race kat dalam tue…diluar lebih menyeronokkan…
    Sir Marcello recently posted..Piala Malaysia Milik Red Warriors

  7. sangilapi says:

    gejala sosial yang sukar dibenteras sebab saling berkait dengan jenayah,pergaulan bebas,penyalahgunaan dadah :(

    kereta – ada yang merempit
    motor – ada yang merempit.
    yang aku pelik sekarang ni budak-budak sekolah rendah dah ada yang merempit dengan basikal !

    *ko berniaga apa,dino ?*
    sangilapi recently posted..sebatang rokok

    • dino says:

      Tu bakal pelapis la tu Bro..
      pastu masuk sekolah menengah Ibu bapa belikan motor.. (kononnya senang nak kesekolah)

      Ps: macam macam bro, pakaiyan,MLM,macam macam ada hahaha

  8. donha says:

    aku gila sokong entry ni. cayalah. aku lah anti remmpit sejati. hingga aku menanam hajat, kalau aku kaya, aku nak beli kereta banyak2, langgar semua rempit jalann yg ada!
    donha recently posted..Kesal dan ulasan tidak patut ada selepas ini

  9. suri says:

    salam kawan..

    ha baru sikit tu baik tak ke aangka genap 20 huhu..sure melepuh..

    aplah anak2 muda sekarang ni dha tak sayang nyawa ko apo? pelik ajaib..

  10. mankuchai says:

    Masalah Rempit tak akan habis,dah disediakan litar pun masih lagi sama.
    Cuma boleh diperbetulkan aktiviti mereka, nak hapuskan mmg susah :)
    mankuchai recently posted..Tip -Menempuh alam pekerjaan

  11. zik says:

    mat rempit ramai golongan remaja…. tak tahu siapa the founder… susah betul lah dibanteras…
    zik recently posted..Mereka yang sempoi oktober 2010!

  12. dnoBiz says:

    gejala ni dah lama cuma baru di rebranding

  13. madlut says:

    apa kita..sebaik saja polis tangkap mat rempit tue, terus bakar je motor mereka..hahaha

  14. dedoku says:

    satu je..cuba dorang fikir kalau ada rempit lain terlanggar mak,adik,ayah si rempit ni kat jalan raya.

    Sebab tu kalau betul ikut ajaran islam xde gejala2 macam ni. Lagipun banyak sangat pengaruh dan contoh yang tak baik.
    dedoku recently posted..Tutorial- Cara Install Driver Genius Full Version

  15. Affan says:

    hahah. lol.
    takleh blah gila gambar
    Affan recently posted..Tutorial Blogspot – Mashable Style Social Sharing Button

  16. kulanz says:

    elok juga tu pandangan pasal sediakan litar lumba tu.. ada juga tempat peminat2 motor berkumpul.. mungkin boleh kurangkan aktiviti merempit di jalan raya
    kulanz recently posted..Keputusan Pilihanraya Kecil Batu Sapi dan Galas

  17. ardzham says:

    Bila umur meningkat, mat rempit pasti akan berubah. Masa muda hidup mencari keseronokkan, kalau hukuman mati mandatori sekalipun untuk mat rempit, pasti ada lagi yang merempit.

    Dulu masa remaja aku pun merempit jugak, tapi taklah macam sekarang ni caranya.
    ardzham recently posted..Mengapa ini semua harus terjadi

  18. ejoncb says:

    Saya rasa salah mak ayah dorng, dari kecik tak ajar anak betul2. Dah besar nk melarang anak takut pulak.

    • dino says:

      tu la pasal suri,
      intitusi kekeluargaan yang longgar menyebabkan ramai remaja terjebak dengan kegiatan sosial

  19. sud@is says:

    Menjadi lumrah kesalahan bilis di’highlight’ untuk tontonan, apahal kebebasan jerung2 …tutup bukan sebelah tapi kedua2 belah mata..pada hal sume bersalah…
    sud@is recently posted..3 in 1

    • dino says:

      bukan tutup bro,
      sebebnarnya jerung ni cukup pandai dan profesional dengan aktiviti mereka, mereka mempuyai sumberyang cukup bagi mendapatkan nasihat guaman profesional untuk memanipulasi undang undang bagi menghalalkan kegiatan yan mereka lakukan, jadi ini akan memakam masa bagi pihak berwajib untuk menjalankan siasatan dan mengumpul bukti untuk digunakan sebagai alibi untuk mendakwa mereka, dan untuk mendapatkan cort order bagi menghentikan kegitan mereka, jika bukti dan dakwaan dibuat tergesa gesa kemungkinan mereka akan terlepas cukup tinggi, dan peluang yang ada akan digunakan mereka untuk mengubah segala bukti yang ada,
      lagi satu..
      sebenarnya banyak kes high profile yang sedang disiasat,tetapi tidak didedahkan kerana,mereka masih lagi dalam sisatan, dan jika didedahkan ini akan membolehkan pihak yang disiasat akan membuat saman balas kepada pihak terbabit kerana menjajaskan kredibiliti dan reputasi yang disiasat

      Ps: pendek cerita jerung ni ada akal dan duit,

  20. Hadi Rofiee says:

    Mencegah lebih daripada mengubat. Mungkin didikan di rumah perlu diutamakan.
    Hadi Rofiee recently posted..Syukur perkataan &amp perbuatan

  21. [...] Saya bukan seorang penyokong aktiviti merempit apa lagi aktiviti menarah bukit. Idea untuk membuat entri merapu berbalas pantun ini datangnya dari blog sahabat dnoBiz. Baca pandangan dnoBiz di sini. [...]

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors