MU lamar Khairul Fahmi?
Berita ni aku baca dari utusan Malaysia, Pada awalnya aku cukup teruja dan seakan akan tidak percaya dengan tajuk berita tersebut, tapi dalm masa yang sama aku rasa cukup bangga dengan apa yang terdapat pada tajuk berita tu …
Untuk tahu lebih lanjut baca petikan berita dibawah ni
Manchester United Lamar Khairul Fahmi ?
Petikan : Utusan Malaysia
KOTA BHARU – Populariti penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang membantu skuad negara muncul juara Piala Suzuki AFF, kini menjadi fenomena luar biasa.
Kerana kagum dengan aksi tangkasnya terutama ketika menyelamatkan penalti Indonesia pada perlawanan akhir kedua di Jakarta minggu lalu, peminat amat berharap Khairul dilamar kelab bola sepak terkemuka dunia.
Malahan ada laman web yang menyiarkan laporan bahawa Pengurus Kelab bola sepak terkemuka dunia Mancester United, Alex Ferguson berminat untuk melamar penjaga gol Kelantan itu, bagi menggantikan penjaga gol utamanya Edwin Van Der Sar.
Sebuah laman web mirip laman web rasmi Manchester United, iaitu man-united.co.nr, menyiarkan laporan kononnya, selepas dua jam Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki 2010 buat kali pertama Rabu lalu, Ferguson mengarahkan pegawainya melamar Khairul Fahmi.
Laman web itu menyebut Khairul Fahmi merupakan individu penting membantu pasukan Malaysia menjulang kejuaraan.
Kecemerlangan dan ketenangan Kahirul Fahmi mengawal gawang gol Malaysia dengan menangkis setiap serangan yang dilakukan oleh Indonesia telah menarik minat pengurus kelab tersebut.
Ferguson melalui laman tersebut berkata, Khairul Fahmi adalah seorang pengaja gol terbaik yang pernah dilahirkan.
“Sekiranya dia (Khairul Fahmi) diberikan peluang untuk beraksi, dia mungkin sebaris dengan pengaja gol terbaik seperti Buffon (Italy), Cassilas (Sepanyol) dan Van Der Sar (Belanda).
“Van Der Sar merupakan salah seorang penjaga gol terbaik yang pernah kami miliki, tetapi apabila dia meluahkan hasrat ingin bersara, kami perlu seseorang penjaga gol dan dia (Khairul Fahmi) ialah calon terbaik masa ini,” katanya.
Bagaimanapun, berita yang disiarkan oleh laman web tersebut didapati tidak benar, kerana ia bukan laman rasmi kelab tersebut.
Begitupun, ia tetap menimbulkan keterujaan bagi Khairul Fahmi.
Menurutnya, sekiranya benar beliau sememangnya teruja jika diberikan peluang untuk bermain dalam kelab tersebut.
Ini kerana katanya, beliau masih perlu bekerja lebih kuat sekiranya mahu berjaya seperti penjaga gawang terbaik dunia.
“Saya masih muda dan perjalanan masih jauh untuk menjadi hebat seperti Van der Sar atau pun Casilas,” katanya.
Sebelum ini, Khairul Fahmi bukan sahaja menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkan dia pada kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia, bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.
Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan itu yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan Support Tim nas, yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.
Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.
Laman Facebook beliau mendapat 57,000 hit daripada peminat kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan.
Ps : walau apa pun aku tetap bangga dan kagum dengan kehebatan beliau dan juga pemain Malaysia yaang Lain…..
Pss : tapi kalau la betul la si Alex Ferguson tu nak lamar Khairul Fahmi ni, aku sokong 100%








Betul ke berita ini??
Macam ada yg guna teknik adobe photshop jee edit text story…
aktechpage.com recently posted..Selamat Tahun Baru 2011
hahaha
web tu klon web MU
gambar web tu aku yang ss dan edit denga Ps, tapi story tu memang ada kat website tu
ini mmg sudah pasti palsu…hohoho…tapi cukup bangga dgn si KFCM…tenang dan nampak matang jaga gawang….
kalau betul dia masuk Manu…habislah….semua fan chelsea ikut masuk manu…hehehhehe
hafizmd recently posted..Kamu yang terbaik…
Yang pasti semua orang Malaysia akan sokong MU heheh
waktu aku mula baca, perkataan mirip seakan2 tu aku dah pelik dah..hehehe..sajer jer yang buat cerita ni, tapi fahmimemang mantap!!
tu la pasal hari ni website tu dah takde dah hehehehe
kalau dah rezeki apek main kat MU nanti….perghhhh !!!
pendedahan dalam media massa ni sebenarnya ada membawa kesan jugak dalam kerjaya seseorang,kalau sering dilobi tentang bakat apek ni mau rasanya kelab-kelab besar termakan kata
sangilapi recently posted..bengkel blackberry
setuju….tapi jgn yg hodoh2 sudahlah…habis kerjaya bola nanti….
hafizmd recently posted..Kamu yang terbaik…
huhu jangan tersilap lobi dah
hahah
LOA tu jo
Kalau betul dia masuk MU, memang kita semua tumpang bangga. Lebih ramai orang akan kenal Malaysia nanti.
samdaddycool recently posted..Terima kasih Nuffnang
Itu sudah pasti dan pemain lain akan lebih bersemangat untuk bermain sebaik mungkin
harap beliau akan sentiasa cemerlang… wah kena rujuk dengan MU memang di sokong 100 peratus juga.. harapannya akan membawa pulang ilmu yang banyak…
tu lapasal Man…
Banyak faedahnya
insyaAllah..jika kecemerlangannya berterusan, tak ada sebab untuk kelab antarabangsa melamar beliau sebagai penjaga gol.
apek ni pun masih muda lagi. masa masih panjang untuknya
ada peluang remabat jer hee
itu sadah pasti,
Betul masih banyak peluang beliau untuk belajar dan menjadi lebih baik
Fahmi is a very good goalkeeper. No doubt about that. Aku suka cara dia baca game dan cross dari pihak lawan. very intelligent. Tapi he DEFINITELY won’t go to Premier League. Apa lagi pergi ke Man Utd. Masaalahnya ketinggiannya (or rather kependekkannya) akan menyebabkan dia sukar utk menghadapi penyerang2 tinggi lampai seperti Peter Crouch dan Dider Drogba.
Must a Malaysian webmaster trying to be funny yg buat website tu.. ho ho..
ko tengok la..ni baru menang kat asean je ni..kalau menang piala asia atau werl kap esok mesti macam-macam berita plik kuar..
pandai pulak admin website tu edit eh..da mcm berita btol pulak..haha
fitri recently posted..Malaysia Darul Sampah
hahaha
sampai wartawan akhbar pun nyaris terpedaya
Alhamdulillah jika itu sudah tersurat maka terima aja heee
hehe
kalau betul betul dan bukan dugaan memang la gempak
Apa salah Sir Alex Ferguson turun Malaysia uji Khairul Fahmi. Tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu
hooooo….mau jeles mane2 penjaga gol yang kena laser….hihihihi
hafizmd recently posted..Kamu yang terbaik…
mesti menyesal sebab dah mengadu domba hahahaha
heheh
betul tu..
mana tahu tuah beliau ditangan
aku peminat setia MU ni
bangga sangat kalau apek dapat sertainya
mungkin setahun dua lagi…
tehr recently posted..Nuffnang Beri Hadiah Tahun Baru
kena pulak dibuatnya Tony beli terus kelab tu
Ps : tapi jangan felda United
ingatkan betul2 tadi.
sayangnya, hanya main2 saja.
alahai. apa2 pun, KFCM memang terbaik.
RedBoys recently posted..Lirik Lagu Senyum – Malique feat Najwa