Mad hop – SkyRunner @ Mad Hop Bakal jadi kegilaan Remaja (Video)
Korang pernah dengar tak pasal Mad Hop atau pun Skyrunner ni…
Sebenarnya aku pernah tengok kat tv tapi baru tahu benda alah ni dipanggil Mad Hop atau pun SkyRunner…
SkyRunner atau Mad Hop ni sebenarnya sejanis alat permainan Outdoor yang baru je kat pasaran Malaysian ni, kalau tak silap aku alat yang digunakan ni asalnya digunakan oleh atlit kurang upaya dalam sukan lumba lari…
Apa Itu Mad hop /SkyRunner
“Skyrunner” secara asasnya merupakan satu spring yang dikawal melalui tekanan dan hasilnya adalah satu pergerakan menegak di atas tanah. Dengan pertambahan beban, pengecutan spring dan pembalikan pergerakan tekanan semasa spring ditekan akan dicapai. Ini akan membantu tekanan natural pada hujung tapak kaki untuk bertambah dan membolehkan pelari untuk mencapai tahap lompatan yang optimum. Dengan kata yang lebih mudah, anda benar-benar boleh terbang!!
Selain Skyrunners atau Mad Hop alat ni juga dikenali sebagai Kangaroo Shoes, Jumping Stilts, Powerisers dan Fly Jumpers
Kelebihan Skyrunner
•Lompat setinggi 2 meter!
•Mampu melangkah sejauh 3 meter!
•Berlari sehingga 30 km/h!
•Bermain sambil bersenam.
Harga : Dewasa Rm 899 (mengikut berat badan pengguna)
Kanak Kanak Rm 799






Mmg boleh buat remaja gila…
Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Wordless Wednesday – Lunch Time!
jangan sampi gila betul dah la hehehe
harganya boleh tahan jugak kan..
naimulfirdaus recently posted..kenapa perhimpunan bersih diharamkan
bukan boleh tahan je naim..
dah masuk tahap mengeletar dah tu hehehe
hoho..macam best aje main benda nih..
Sama la Cikgu..
teringin gak nak mencuba
Baru je tgk pasal menda ni kat majalah 3 tadi..hehe..
Bukan Majalah 3 dik Non tetapi 360
. Bagus juga guna di kebun petik buah-buahan tidak payah pakai galah. Kalau rumah yang tinggi tidak payah guna lif, lompat sahaja
jangan ada yang tersangkut katdahan dah la bro…
heheh 360 jon
oh dah pernah nampak ni..tapi rollerblade dgn ice skating pun TE tak lepas lagi haha
yang tu susah nak mahit tu TE.. yang ni main lompat je, tak susah kot
Ps : kalau jatuh… tinggi gak tu heheheh
Emmmmmmmm…. ade x saiz untuk org berbadan XL?
Dia ikut berat badan chip… heheh
Uiikkk….
Mcm seronok aje…. hihi
Baru tahu psl mainan ni. Kalau tak bEe pun tak tahu menahu
memang best bee, lagi lagi kalau main kejar kejar nga suami tersayang ngee…
Wah,permainan baru yang masuk pasaran Malaysia ni.Tapi dia ta jatuhke kalau lompat tinggi-tinggi?
jangan cakam macam tu bro IBP seram aku hahahaha
dia orang jual kat maner benda alah ni????
Sila layari http://www.lamuning.com untuk info skyrunner di Malaysia.
Aku ada jumpa supplier terbaru…harga lagi cantekkkk. kualiti pun ok….tengok komen gadget tv kat http://blogr.my/teknobit website diaorang tak silap aku http://www.xhopper.com.my