dnoBiz

Just In & Around My BoX



kerana membebel

 

Kerana membebel – Dicerai kerana Membebel ‘gigitan cinta’

KUALA LUMPUR: Leteran demi leteran seorang isteri pertama yang inginkan penjelasan mengenai ‘gigitan cinta’ di leher suaminya membawa bencana apabila dia ditinggalkan di tepi jalan, dipukul suami dan madunya sebelum diceraikan dengan talak satu.

Insiden bermula jam 8.30 pagi semalam ketika mangsa yang berusia 24 tahun menikmati sarapan bersama suaminya di sebuah restoran di Rawang.

Sumber berkata, ketika bersarapan mangsa ternampak gigitan cinta di leher suaminya, lantas menyuarakan rasa tidak puas hati dan meminta lelaki berusia lewat 20-an itu memberikan penjelasan.

Menurutnya, apabila lelaki itu tidak memberikan penjelasan memuaskan hatinya, mangsa berleter dan mendesak menyebabkan berlaku pertengkaran.

“Malu apabila pertengkaran mereka menjadi perhatian ramai, mangsa diarahkan suaminya masuk ke dalam kereta dan mereka meninggalkan restoran itu.- MyMetro

Mungkin ada yang salahkan si Isteri kerana membebel tak kira tempat, sampai menjatuhkan air muka suami di khalayak ramai…

Dan Pasti ada juga yang salahkan si Suami kerana tak sensitif, tak pandai nak jaga hati isteri, senang cerita mungkin tak layak pun nak beristerui dua.. (kalau layak takan jadi macam gini :D   )

Tapi Aku salahkan Tuan Kedai…..

Kalau tuan kedai tu tak  berniaga pada hari tu, pasti mereka takkan bergaduh kat situ.. hehehheheh

Ps : Pesan Orang Tua Tua ( sebenarnya orang yang tak berapa tua)

” Tambat Ayam di sisi Katil sebelum tidur.., kalau boleh tidur nyeyak dan langsung tak rasa terganggu, baru boleh berangan nak kahwin dua”

Pss : kalau nak kahwin tiga mungkin kena test dengan Harimau hehehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: SANTAI

7 Responses so far.

  1. akubiomed says:

    Si isteri pun membebel didepan khalayak ramai memanglah suami terasa aib.
    akubiomed recently posted..3 Juta tonton Kuch Kuch Hota Hai

  2. tehr says:

    haha
    ayat las tu aku suka

    pernah ada kawan tanya aku, boleh ke tidak dia kawin dua
    aku kata, kalau telinga tebal dan pekak, rasanya boleh
    hahaha
    tehr recently posted..Selangor vs Kelantan

  3. titan says:

    ai..senangnya bercerai sekarang ye..
    titan recently posted..Ya. Gua Tahu..

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors