dnoBiz

Just In & Around My BoX



Karam Singh Walia terlepas Cakap

pemberita tv3 karam singh walia

Siapa tak kenal Karam Singh Walia..? belia merupakan seorang wartawan sinior di  TV3 , yang memang terkenal dengan keberaniannya dalam mendedahkan berita berita panas berkaitan dengan alam Sekitar, beliau juga terkenal dengan pantun dan pepatah yang sentiasa menjadi peneman didalam setiap lapuran yang dibuatnya.

Karam Singh Walia juga cukup dikenali dihormati oleh semua kaum dan segenap lapisan masyarakat kerana pendedahan yang boleh dikatakan berani mati yang sering beliau lakukan…

Hanya Kerana Arak…

Hanya kerana Arak, kini Karam Singh Walia telah meletakan bukan saja dirinya tapi juga keluarga, kreadibiliti, kerjaya dan juga sumber pendapatan beliau dalam situasi yang pada aku cukup sukar…

Bangkit kemarahan, sekumpulan lelaki kepung wartawan TV

SHAH ALAM 2 Jan. – Wartawan terkenal sebuah stesen televisyen swasta terpaksa melalui saat-saat mencemaskan apabila ‘dikepung’ oleh sekumpulan lelaki yang naik berang ekoran tindakannya mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan kepada orang Melayu.

Dalam kejadian di sebuah restoran di Klang dekat sini beberapa hari lalu, wartawan yang sering muncul di kaca televisyen dengan laporan isu alam sekitar itu mengaku telah mengeluarkan beberapa perkataan boleh membangkitkan isu perkauman.

Antaranya dia mengaku ada menyebut orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia serta tidak pintar.

Dia yang dipercayai mengeluarkan perkataan tersebut ketika sedang mabuk mengakui, telah tersalah cakap hingga boleh menimbulkan salah tafsiran.

Berikutan itu dia memohon maaf daripada kumpulan lelaki tersebut serta seluruh masyarakat Melayu di negara ini….

Petikan daripada Utusan Malaysia

Tapi apa yang aku nak katakan disini bukan mengenai ketelanjuran kata kata yang dikeluarkan oleh  Karam Singh Walia, Namun itu tidak bermakna aku sokong apa yang beliau cakap. cuma sekarang ni aku belum mampu untuk memberi sebarang pandagan kerana aku masih belum mendegar atau membaca apa apa kenyataan dari Pihak Karam Sing.

Fokus aku disini ialah Arak dan Mabuk, Kesan dari sejenis Minuman yang menyebabkan mabuk dan dikenali sebagai Arak…,

 Hanya kerana Arak seseorang yang sebelumnya cukup dihormati dan dikenali dan telah banyak berbudi bila sanggup membahayakan diri sendiri bagi mendedahkan kebenaran tiba tiba bertukar menjadi seorang yang mungkin akan dibenci di kutuk dan dihina hanya kerana telah terlanjur kata semasa beliau mabuk..

Kerana keadaan mabuk beliau telah tersilap percakapan dan telah menyebabkan kemarahan kaum lain, hanya kerana mabuk kreadibiliti yang dibin selama berbela tahun melayang begitu sahaja dalam masa tak sampai 1 jam.

Jadi kepada Orang melayu ( aku tak cakap Islam kerana Orang Islam tak Minum Arak ) yang minum Arak fikir fikirkan lah.. jangan kerana sebotol Air Kencing syaitan kita merana sepanjag hayat…

 surah al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud:

 Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya…

  

ayat 43 surah an-Nisaa yang bermaksud:

 Jangan kamu menghampiri solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu sedar apa yang kamu ucapkan

  

firman-Nya bermaksud:

 Wahai orang beriman, sesungguhnya arak, judi, asnab (berhala dan merenung nasib itu adalah kerja kotor (dan keji daripada amalan syaitan maka tinggalkannya semoga kamu berjaya. (al-Maidah: 90)

  

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan.” (Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis no. 3371)

 

Karam Sing Walia hina melayu – Terlepas Cakap kerana Mabuk

 

Ps : Apa pun aku harap perkara ni dapat diselesaikan degan cara yang terbaik, dan Harap Karam dapat perjelaskan situasi sebenar dalam keadaan beliau yan dah normal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: BERITA PILIHAN, INFO, SANTAI

55 Responses so far.

  1. etomyam says:

    dengan perkembangan teknologi sekarang ni semua benda boleh di saksikan oleh semau pihak
    etomyam recently posted..Memahami Dan Menangani Disleksia

  2. huh.. x sangka… amat MENGEJUTKAN!!!
    Oleh itu janganlah cuba2 minum arak
    Kredibiliti seorang wartawan yg dikagumi tetiba je terjejas dlm sekelip mata je kerana ARAK
    aktechpage.com recently posted..Selamat Tahun Baru 2011

  3. adamfaiz says:

    Kalau terlepas cakap bermakna perkara tu memang dah sedia ada dlm kotak fikiran dia…sempit sungguh cara berfikir..
    adamfaiz recently posted..Mulakan Tahun Baru Dengan Bercuti

    • Amry says:

      aku setuju dengan adam faiz.walaupon mabuk, tapi apabila satu2 perkataan tu keuar adalah dari minda yang telah disetkan sebelum seseorang tu mabuk. aaahhhh….. aku tak tahu nak cakap apa.marah tu ada la sikit. bab mabuk tu, tu dia punya urusan, dia bukan islam pon. tapi sebagai rakyat malaysia tak sepatutnya dia mempunyai fikiran macam tu….
      aku tak sokong mana2. tapi aku kurang senang cara lelaki sorang tu yang cakap sakai tu, benda dah berlaku…kenapa nak kecoh2.settle elok2. karam pon dah minta maaf.cakap baik2 meiii…jangan nak kerohkan lagi benda yang dah keroh….
      pendapat aku la…

      • dino says:

        betul tu,
        kekarasan hanya akan menyulitkan lagi keadaan,
        tapi aku terbaca satu komen kat clip tu yang cakap…
        “agak agak kalau cakap secara elok dia nak mintak maaf ke???”

    • dino says:

      Kalau nak diikut kan macam tu la Dam..
      tapi tunggu apa penjelasan dari beliau

  4. kulanz says:

    akupun tak berani nak bagi pandangan pasal kes tu.. tak tahu menahu.. tapi pasal arak tu.. mmg patut dijauhkan..
    kulanz recently posted..Terima Kasih 2010

  5. samdaddycool says:

    Sahih dan jelas keburukan arak dan kenapa al-Quran mengharamkannya. Full stop!
    samdaddycool recently posted..Terima kasih Nuffnang

  6. mancai says:

    arak membinasakan… harap2 jgn ada pertumpahan darah.. itu je…

  7. Ladfe Amir says:

    arak memang merupakan ibu kepada kejahatan.
    daripada mabuk seseorang itu boleh bertukar sikap menjadi pembunuh, perogol dan bertukar agama dalam sekelip mata.

    aku rasa TV3 patut siasat juga si Karam Singh ini walaupun dia dah mintak maaf. maybe gantung tugas ataupun berpindah dept.

    walaupun dia dah minta maaf n ini isu peribadi, aku sure pastiramai yg tidak akan lupa begitu mudah

    • hafizmd says:

      apa yg aku dgr…tv3 ade panggil beliau utk siasatan lanjut…harap dia ambil sebagai iktibar…

      pasti nama baik beliau terjejas…
      hafizmd recently posted..Kamu yang terbaik…

    • dino says:

      sekarang pihat TV3 talah menyerahkan siasatan kepada polis kerana ada laporan telah dibuat dan TV3 juga telah menyatakan pendirian mereka, yang mereka tidak akan menyokong sebarang perkara yang boleh mencetuskan Isu perkauman

  8. Ismail N says:

    Akibat arak, pembaca berita popular pun karamm… he he :D

  9. sazali yusof says:

    aku ada time ni.. masatu tgah tgok bola malaysia lawan indonesia.. mmg si karam ni tengah mabuk… silap besar dia p cakap bukan2 pasal melayu dekat kawasan ramai melayu.. orang melayu yang lepak situ terus hangin lah..

    siapepun akan marah bila dengar hinaan macam tu.. tak kiralah mabuk ke tak.. sebb apa yang dia cakap tu walaupun dlm keadaan mabuk dtgnya dari hati dia jugak..

  10. fitri says:

    hebat penangan arak ni..menghilangkan kewarasan akal..cuma aku agak bengang ngan orang melayu dalam tu..perkataan mencarut pulak yang kuar..mane budi bahasanya wei..da la kawan tu tengah mabuk..
    fitri recently posted..Malaysia Darul Sampah

  11. suri says:

    sabar sahajalah..
    apa nak buat terlajak kata mmg tak blh nk di under..

    minda separuh sedar mrka bukannya ingat sangat..mrka mmga da dlm dunianya tersendiri huu..

    jaugi arak sb ia akan merosakkan diri sndri dan klga blh jadi pecah belah..

  12. zik says:

    arak seribu satu punca segala dosa.. oleh itu mintak dijauhkan…
    zik recently posted..Sabar dan cabang-cabang sabar

  13. tehr says:

    dah memang jelas keburukan arak dari dulu kini dan selamanya
    tak usah minum la
    tehr recently posted..Aktiviti Hari Hujan

  14. sangilapi says:

    satu peritiwa berlaku ada 1000 kisah di sebaliknya :)

    *nasib baik member karam tu ok dan tiada kaum lain bagi nasi tambah ketika kejadian itu*

    *budak-budak melayu yang “pakai baju” ni kadang-kadang satu hal jugak*
    sangilapi recently posted..bengkel blackberry

  15. Ali ridha says:

    apa ni minum Arak.

  16. Ali ridha says:

    memalukan betul la dia ni.
    Ali ridha recently posted..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010

  17. Ali ridha says:

    habis la sumber pendapatan dia lepas ni.
    Ali ridha recently posted..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010

  18. Ali ridha says:

    aran ni bukan boleh minum.
    selain mabuk.ia membahayakan
    kesihatan kita.
    Ali ridha recently posted..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010

  19. Ali ridha says:

    suka hati dia nak
    hina melayu.
    Ali ridha recently posted..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010

  20. RedBoys says:

    baru tahu kes ni dr blog ni. hanya kerana arak saja. habis hancur.
    RedBoys recently posted..Lirik Lagu Senyum – Malique feat Najwa

  21. Abang Chik says:

    kita bukan bangsa untuk dihina
    Abang Chik recently posted..Penipuan Ray ban di Mudah

  22. Hadi Rofiee says:

    Alhamdulillah, inilah salah satu hikmah di sebalik pengharaman arak.

  23. Hadi Rofiee says:

    Kadang2 boleh jadi betul apa yang diucapkan ketika mabuk.

    p.s: mungkin boleh buat 1 kajian tentang persoalan ini.

    Jika benar, kata2nya @ dia sendiri perlu kita orang Melayu ambil perhatian yang sewajarnya. :mad:
    Hadi Rofiee recently posted..Kembali belajar

  24. zect says:

    ucapan maaf adalah satu ungkapan yang sangat mudah disebut.. tetapi kesan yang tercalar dalam hati dipihak yang terkena itu, mungkin akan menjadi parut buat selama-lamanya..karam singh..kau tidak lagi menjadi ikon penyatuan kaum buat selama-lamanya…binalah semula kredibiliti kamu, tetapi kami tidak akan pandang lagi,sebaliknya kamu dikenang sebagai wartawan yang tidak tahu diuntung!

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors

    TAG

    VISITOR




    Personal blogs

    Alexa Rank