Kenali Diri – 7 perkara tak boleh diubah dalam hidup
Manusia memamg tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada,
Mereka sentiasa akan cuba untuk mengubah sesuatu benda atau keadaan mengikut selera dan kehendak mereka tapi dalam tak sedar mereka sebenarnya tak pasti dan tak tahu apakah kehendak dan kepuasan hati mereka itu baik untuk mereka, mereka tidak pernah cuba untuk kenali diri mereka, terokai kemampuan mereka, mengolah kelebihan yang telah sedia ada.
Mereka Lebih suka dan memilih untuk kenali diri mereka melalui kaca mata sempit mereka… dan seterusnya melakukan perubahan mengikut persepsi mereka sendiri
Namun dalam hidup ini ada tujuh hal yang tidak boleh kita ubah iaitu:
Jenis kelamin dan jantina
Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin. Tetapi tidak mampu mengubah roh (spirit) orang berkenaan. Terimalah dirimu, sama ada engkau wanita atau lelaki.
Orang tua
Kamu mesti menghormati ibu bapa apa cara sekalipun! Jika orang tuamu seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka! jika tidak situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak. Nasihat dan teguran memang tidak boleh berhenti.
Hari kelahiran
Sudah ditetapkan Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita menyesalinya.
Bentuk Fizikal
Jika anda mempunyai rambut keriting, terima sajalah. Jika hidung kamu kurang menarik atau kulit sawa matang terimalah seadanya. Memang kita lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya, sama ada memancungkan hidung atau alis matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan aneh dan tidak semula jadi.
Masa lalu
Ini juga sudah ditetapkan Allah. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran. Justeru, ‘berdamailah’ dengan masa lalu demi membina masa depan.
Kedudukan dalam keluarga
Kedudukan kita sebagai anak bongsu, sulung, atau tengah, tidak boleh diubah dan terimalah seadanya.
Suku bangsa
Jangan sekali menyesal menjadi orang Melayu, Jawa atau Cina. Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah maka berubahlah hidup kita.
Ada lima resipi untuk melakukan perubahan diri antaranya:
- Mulalah berubah supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda. Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama.
- Lakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata. Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan. Walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri.
- Lakukan perubahan pada masa sekarang. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya. Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan.
- Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya de�ngan bersungguh-sungguh. Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita.
- Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita. Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama. Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya
Ps : Yang pentingnya sekarang bukan teknik atau tip yang diberikan pada kita, tapi diri kita sendiri, kekuatan dan keinginan kita dalam mendapat apa yang terbaik… Kenali diri kita





Betul tu Broo semuanya bermula dari diri sendiri. Sebab b3njy pernah nengok keluarganya boleh dikatakan kaki botol tetapi dia seorang tidak, bila b3njy tanya macam mana dia boleh lain dari yang lain dia kata “Tak der orang boleh paksa aku jadi kaki botol cuma aku je yang boleh memaksa diriku sendiri”
Semakin umur meningkat sel-sel otak mula mati satu persatu yang mana menyumbang lupa dan nyanyuk.
usah cuba2 nak salahkan kejadian kita
semuanya baik asal saja kita tahu menggunakan apa yang ada
ada orang gunakan kelebihan diri untuk maju
ada juga yang gunakan kekurangan diri untuk maju
asal ada kemahuan
erk.haa buat saya gelak ini…tapi benar juga tuh heee
bila diri sentiasa bersyukur…insya Allah..tidak akan timbul perkara untuk mengubah 7 perkara yang dinyatakan di atas…
apa yang bagitau ni semuanya betul.tapi yang ni la yang ramai orang nak ubah.alahai…
tul2.. setuju dgn kat atas ni.. wpun yg tak leh ubah tu diubah, dah tak ori org kata..
sama2 lah berubah utk jadi lebih baik..