dnoBiz

Just In & Around My BoX



pusingan kedua piala AFC

Kelantan Lwn Terengganu – Adakah aku tersilap dengar…..

Tahniah kepada Kelantan kerana layak ke suku akhir Piala AFC setelah mengalahkan Terengganu dengan jaringan 3 berbalas 2.

Tahniah juga kepada Terenggannu kerana menunjukan permainan yang menarik walaupun telah tertinggal 3-0 di separuh masa pertama, dan lebih penting ialah semangat melawan dan tidah mudah putus asa yang ditunjukan oleh Terengganu.

Tapi aku bukan nak bercerita atau mengulas tetang perlawanan tadi, cuma ada sesuatu yang menggangu otak aku, dan membuatkan aku tidak berpuashati dengan sesuatu semasa perlawanan tadi…

Kejadian Yang berlaku semasa salah seorang pemain kelantan dikenakan kad merah dan menyebabkan terengganu mendapat tendangan Penalti…., Tapi bukan aku menafikan kad merah dan tendangan penalty tersebut…

Yang menggangu aku dan yang membuatkan aku cukup tak pusa hati ialah apa yang terkeluar dari MULUT PENGULAS perlawanan semasa kad Merah tersebut dilayangkan….

PERKATAAN TAHNIAH ……. betul kah apa yang aku dengar… ???? betulkah pengulas tersebut mengucapkan TAHNIAH kepada pemain Kelantan yang dikenakan kad merah tu…..????

Kalau betul apa yang aku dengar, dan kalau betul ucapan tahniah tu ditujukan kepada pemain Kelantan tersebut…., aku rasa korang boleh baca apa yang ada dalam kepala aku sekarang…. dan pastinya tak sesuai untuk aku terjemahkan dengan tulisan di Blog ni…

Apa pun aku harap aku yang tersalah anggap dan pengulas tersebut tak bermaksud demikian….

PS : KELANTAN pun bawak Nama MALAYSIA JUGA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: SANTAI

7 Responses so far.

  1. tehr says:

    aku tak perasan la pulak
    sebab dok fokus minta2 tak gol penalti tu
    tehr recently posted..Kelantan vs Terengganu | Piala AFC 2012

    • dino says:

      Mulanya aku ingatkan aku tersilap dengar…
      Tapi bila orang lain yang menonton pun dengar benda yang sama, buatkan aku jadi tertanya tanya tehr…

  2. Mungkin susah kot nak dapat kad merah dalam kejohanan AFC :D . That’s why diberikan ucapan tahniah.
    Walau apa-apa pun yg pasti ada wakil Malaysia di last 8 nanti.
    Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Malaysia Got Talent!

  3. hatiputera says:

    tak perasan pulak,,apa-apapun tahniah red warriors
    hatiputera recently posted..SEO ANALYZER DAH NAIK

  4. hafizmd says:

    Time penalti tu, aku takde depan tv…tau2 dah gol dah…hehe

    Tp kalau betul ada ucapan tu, mungkin ditujukan kpd pemain terengganu yg bermati-matian serang dah akhirnya dapat penalti… =)

    Pepun, tahniah kelate ke suku akhir, moga dpt ke final tahun ni…
    hafizmd recently posted..Piala AFC:Kelantan ke Suku Akhir

  5. muazfaris says:

    kelantan lawan ganu.. benar kah?
    muazfaris recently posted..Tips iklan guna Google Adsense di Blog Bahasa Melayu

  6. suri says:

    sy tak tgok hurm….cuba mainkan semula tayangan tu heee
    suri recently posted..Putus Bila Perlu

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors