Kauliti Pemain Import – Ramai pemain import nanti masa disingkirkan kerana gagal menyerlah
SAINGAN Liga-M 2012 baru masuk minggu ketiga, namun beberapa ‘awang import’ dijangka mengucapkan selamat tinggal lebih awal menjelang tarikh akhir pendaftaran pemain import baru yang dilanjutkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sehingga 13 Februari ini.
Ini kerana pembelian yang boleh dianggap berbaloi dan menyerlah setakat ini, hanyalah Michal Kubala (Perak), Jean Emmanuel Effa Owona (Negeri Sembilan), Francis Forkey Doe (Terengganu), Ramez Dayoub (Selangor), Guy Bwele (Sarawak), Marlon Alex James (Tentera) dan Patrick Ronaldinho Wleh (Sime Darby). Mengetuai senarai untuk ditamatkan kontrak lebih awal kerana prestasi hambar selepas empat perlawanan pastinya dua import Kedah dari Brazil, Danilo Rafael Dos Santos dan Daniel Soares Neves yang gagal menyumbang sebarang gol untuk membantu skuad kendalian Nizam Adzha Yusof itu selepas beraksi 360 minit.
Turut buntu, penyerang import Perak dari Serbia, Lazar Popovic yang belum meledak sebarang gol sedangkan empat gol skuad kendalian Norizan Bakar setakat ini dihasilkan Akmal Rizal Rakhli (2), Shahrom Kalam dan pemain tengah dari Slovakia, Kubala.
Nasib sama mungkin dialami dua penyerang yang tidak sempat pun diturunkan setakat ini – Lelo Mbele (Selangor) dan Kalle Sone (Sarawak), kerana masing-masing belum pulih daripada kecederaan.
Tiga penyerang lain – Danny Antwi (Kelantan), Zacharia Simukonda (T-Team) dan Nana Yaw (Pahang), biarpun meledak satu gol pada aksi Liga Super dan Liga Perdana setakat ini, masih dianggap tidak memadai dengan status mereka.
Kegagalan lapan pemain ini boleh dijadikan pengajaran buat persatuan negeri dan kelab supaya lebih berhati-hati ketika menandatangani pemain import baru menjelang 13 Februari ini atau pada jendela pendaftaran kedua, 2 hingga 16 April depan, supaya tidak menggunakan pendekatan ‘tangkap muat’ bagi mengelak ‘pisang berbuah dua kali’.-Berita Harian
Erkk..
Sebenarnya aku setuju dengan apa yang ditulis didalam berita harian tu..
Memang dari apa yang aku lihat (mata orang yang hanya tahu tengok bola) sejak ada pemain Import ni permainan semakin kelam kabut dan tah apa apa…
Dan yang paling nampak ketara ialah pemain Import ni seakan akan cuba nak tonjolkan skil pribadi dan tak ada kesefahaman dengan pemain lain.. seakan akan terdesak untuk menonjol..
Mungkin masa tak mencukupi bagi mereka untuk mendapat keserasian…
Atau mereka kehilangan rentak permainan kerana corak permainan yang berbeza dari kebiasaan mereka….
Ps : Mungkin FAM patut beri lebih masa pada kelab supaya dapat menggantikan dengan pemain Import yang lain…





yg aku rasa nak tanya ni
siapa yg pilih mereka
dan siapa pula yg nak tamatkan kontrak mereka
aku juga rasa masih terlalu awal untuk hantar mereka pulang
tehr recently posted..Pantun Selamat Pagi
Benjy nengok si Owana dari N9 tu agak bagus juga … tetapi yg lain biasa2 je
b3njy recently posted..SISTEM PENGURUSAN BLOG BENJY (SisPB-2012) – PART 1
Setuju utk ada pemain import supaya tingkatkan persaingan.. tapi khidmat kenalah berbaloi dengan gaji.. kena strict sket kalau tak derang amik kesempatan..
adamfaiz recently posted..Wordless Wednesday 23 – Belajar Berjimat Dari Kecil
pemain import kurang menyerlah mungkin disebabkan banyak faktor, kena lihat semuanya..
akupun setuju kata bro tehr, mungkin juga masih terlalu awal untuk menilai pemain tu. paling penting diorang kena hati-hati masa buat pemilihan pemain import..
kulanz recently posted..Fenomena Ribut Solar Terbesar Mencipta Cahaya Utara yang Menakjubkan
setakat ni, yang popular, aku tengok ghadar dengan effa aje..
titan recently posted..Pendahulu Cabaran SEO yang kacak.
Rasanya awang import ini belum cukup serasi. Mungkin awang import ini home sick kot.
akubiomed recently posted..Timang bulu ayam permainan tradisi Melayu
kadang2 aku pun pelik kenapa nak import pemain? tiada ke pemain tempatan yang boleh diasah lagi bakatnya? macam membazir je…
nizam recently posted..Bayi Tanpa Kepala – Sedih Betul!