dnoBiz

Just In & Around My BoX



ahli sihir

Ilmu SiHir – Bolehkah undang-undang lindungi mangsa sihir?

SIHIR atau ilmu hitam antara isu menarik apabila dibincangkan dan tidak ketinggalan menjadi perhatian masyarakat setempat.

Sama ada percaya atau tidak, hari ini penggunaannya masih berleluasa berikutan tiada undang-undang khusus yang boleh dikuatkuasakan untuk menanganinya.

Menurut penulis buku Ahli Sihir ke Tali Gantung, Dr. Mahyuddin Ismail, fakta undang-undang jenayah sihir sebenarnya telah wujud seawal tamadun Mesopotamia melalui peruntukan no. 2 Kod Hamurabbi. Begitu juga pada zaman kegemilangan Rom di mana Julius Caesar telah memperkenalkan undang-undang sedemikian dalam The Twelve Tables.

Tambahnya, semasa pemerintahan Dinasti Yuan di China, hukuman ke atas ahli sihir ialah dikelar hidup-hidup manakala pemerintah Islam dan pihak gereja Kristian di Barat turut memerangi amalan sihir berpandukan kitab-kitab suci dan undang-undang yang diwujudkan.

“Dalam Muzakarah Pakar, Jabatan Mufti Selangor yang diadakan pada 21 Julai tahun lalu, panel bercadang untuk memasukkan peruntukan tentang jenayah sihir sebagai kesalahan Ta’zir dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di Selangor.

“Ia adalah satu langkah yang wajar dan perlu dicontohi. Bagaimanapun, saya berpendapat beberapa isu akan timbul. Antaranya ialah isu bidang kuasa Mahkamah Syariah ke atas penyihir bukan Islam. Contohnya bomoh Siam yang diupah melakukan sihir.

“Selain itu, kuasa Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman juga sangat terhad. Saya berpendapat isu jenayah sihir ini seharusnya diletakkan di dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil kerana bidang kuasanya yang luas serta bentuk hukuman yang boleh dijatuhkan olehnya lebih sesuai,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr. Mahyuddin yang juga merupakan Pensyarah di Kolej Antarabangsa IKIP, Kuantan, Pahang, menyatakan, melalui penelitian dan perbandingan yang dilakukannya didapati ada banyak persamaan antara jenis jenayah yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan dengan jenayah yang boleh dilakukan melalui ilmu sihir, malah ia lebih kejam.

Berbicara lebih lanjut mengenai perkara tersebut, beliau memberitahu terdapat beberapa kes melibatkan penggunaan ilmu sihir yang pernah dibicarakan di Mahkamah Sivil di Malaysia.

Tetapi malangnya isu sihir tidak diberi perhatian sewajarnya. Sebagai contoh Dr. Mahyuddin memberikan kes cubaan bunuh dengan menggunakan ilmu sihir di mana ia tidak akan dibawa ke mahkamah melainkan setelah berlaku kematian atau pembunuhan secara fizikal.

Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai kaedah pembuktian jenayah sihir dalam mahkamah, dia berkata: “Saya berkeyakinan penuh bahawa jenayah sihir boleh dibuktikan di mahkamah.

“Malah dalam kajian yang saya lakukan lebih lima tahun, saya dapati perkara asas yang mesti difahami ialah metodologi penghasilan sihir serta selok beloknya.

“Jika kita gagal memahaminya, maka ia boleh mengundang kepada kezaliman kepada tertuduh. Sebagai contoh, di Eropah suatu ketika dahulu, mereka mempunyai Witchcraft Act 1736.

“Tetapi, pemakaian keterangan spectral evidence dalam proses pembuktian di mahkamah menyebabkan ramai mangsa yang tidak bersalah dihukum bakar hidup-hidup dan digantung.”

Jelasnya lagi, melalui perbandingan antara jenayah biasa dengan jenayah sihir sebenarnya terdapat banyak persamaan daripada aspek unsur-unsur actus reus (perbuatan jenayah) dan mens rea (niat jahat) di mana ia diperlukan dalam proses pembuktian jenayah biasa yang sebenarnya terdapat dalam jenayah sihir.

Kajian beliau turut membuktikan bahawa kemajuan dalam teknologi penyiasatan terutama bidang forensik dan Crime Scene Investigation (CSI) boleh digunakan sebagai keterangan dalam pembuktian jenayah sihir. Malah ia boleh juga digunakan untuk mengesan penjenayah sihir.

Ini dapat dibuktikan melalui kesan-kesan yang terdapat pada bahan-bahan tersebut seperti cap jari pada alatan sihir, DNA yang diambil daripada darah, air liur, kuku, rambut atau gambar.

Pihak forensik juga boleh siasat untuk menentukan jenis sihir yang digunakan serta siapa dalangnya.

Ia bagi tujuan pembuktian di mana mahkamah memerlukan pendapat pakar yang memahami selok belok amalan sihir.

Ini adalah selari dengan seksyen 45 Akta Keterangan 1950.

Tambah Dr. Mahyuddin, Malaysia mempunyai individu-individu yang boleh dijadikan rujukan dalam pengendalian kes-kes jenayah sihir.

Cuma yang menjadi penghalang ialah ketiadaan satu institusi yang boleh menyenaraikan kriteria yang perlu dipenuhi oleh seseorang untuk diiktiraf sebagai pakar dalam jenayah itu.

“Sekiranya pihak berkuasa serius untuk melaksanakan undang-undang jenayah sihir, dua langkah yang menjadi asas kepada kewujudan undang-undang sihir perlu diambil kira.

“Yang pertama ialah menggubal satu akta khusus yang mengandungi peruntukan-peruntukan tentang kesalahan jenayah sihir dan prosedur-prosedur untuk mengendalikannya.

“Manakala yang kedua ialah menubuhkan sebuah jabatan khas yang mempunyai kuasa untuk menjalankan segala prosedur yang dinyatakan dalam akta tersebut.

“Dalam buku tulisan saya, ia ada dibincangkan secara khusus tentang prosedur tersebut dan saya lampirkan juga deraf cadangan akta tersebut yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk pihak penggubal,” katanya.

Sebelum mengakhiri bualan, dia berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil langkah yang perlu bagi membela mangsa-mangsa sihir yang teraniaya.

Sumber : Utusan Malaysia

Sebenarnya aku cukup setuju seandainya ada peruntukan undang undang untuk Jenayah Sihir ni, sekurang kurangnya, dapat memberi peringatan pada pengamal dan Orang yang mengupah, mungkin undang undang tak mampu nak membasmi tapi sekurang kurangnya ada peringatan yang mampu membuat mereka berfikir sebelum bertindak.

Mungkin pengamal pengamal perubatan Islam seperti Darul Syifa boleh dijadikan panel dalam siasatan kes kes sihir…,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: INFO, SANTAI

13 Responses so far.

  1. Masih banyak pengamalan ilmu sihir di zaman serba mnoden ni, tapi tak tahu lah kalau undang2 sebegini mampu mencegahnya..
    Princess Zezebel Lair recently posted..The Tokek and I

  2. hafizmd says:

    erm…mmg mencabar juga utk wujudkan undang2 utk kes2 sihir sebegini…namun,harapnya umat islam tak lagi percaya pada amalan syirik ni…wanau’zubillah
    hafizmd recently posted..Senang ke susah nak pikat wanita

  3. suri says:

    degar dah cukup takut apatalh lagi bila lihat org2 terkena ilmu ni ada yg menderita smpi hayat huu

    • dino says:

      Betul tu…
      pada mereka yang tak pernah kena memang sukar nak paham tapi kalau dah kena, kekadang boleh menyebabkan mangsa tersesat dari landasan agama…, bukan saja si pelaku

  4. MDHAFiZ.NET says:

    aku rasa seperti pernah dengar pasal ini..betul apa yg dikatakan..undang2 sihir wujud sejak dulu lg?
    MDHAFiZ.NET recently posted..Top Ten Tea Producing Countries

  5. Mau jugak kawe tengok mcm mana nak laksanakan undang-undang ini. :D Kawe musykil sikit bab actus reus. Maybe mens rea boleh dibuktikan dengan motif dan perhubungan antara tertuduh dan suspek.. tetapi actus reus? Contoh: Kalau muntah darah2… Macam mana nak tunjukkan bahawa ianya berlaku akibat dari perbuatan sihir itu. Adakah cukup dgn tunjuk ada adanya satu upacara sihir? atau ada alatan digunakan? What’s connect the dot?
    Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Geram Sikit!

    • dino says:

      Bab elemen luar @ actus reus aku rasa (pandangan aku je)boleh dibuktikan melaui pemeriksaan kesihatan, sebab banyak kes yang melibatkan sihir, contohnya muntah darah,doktor tidak dapat kesan puncanya atau dengan kata lain, dari segi medical mangsa adalah sihat…, jadi secara tak langsung puncanya ada lah elemen luar iaitu sihir….
      Ps: AWAS ini adalah pandagan daripada orang yang tak tahu bab undang undang :D
      Pss : pada aku pula nak mens rea tu yang masalah, walaupun ada faktor yang boleh dikaitkan sebagai punca, tapi macam mana dan apa bukti untuk kaitkan…?? melainkan kalau bomoh tu mengaku yang tertuduh yang upah dia…

  6. akubiomed says:

    Rasanya tahun isu akta digubal untuk mendakwa kesalahan mengamalkan ilmu hitam pernah dibincangkan tetapi tidak tahu sampai ke tahap mana

    • dino says:

      Betul tu Bro,
      benda macam ni bukan senang nak buat keputusan, kena kaji dengan teliti supaya tiada yang jadi mangsa keadaan

  7. man kacau says:

    memang pening isu ni…CUMA SAYA DAH TEMUI DASAR YANG BOLEH MERUNTUHKAN DAN MENGURANGKAN ILMU SIHIR NI
    PERTAMA (HATI IKHLAS DAN BERTAKWA PADA ALLAH S.W.T)
    ITU JE DASAR ATAU UNDANG2 YANG BOLEH MENGHALANG ILMU SIHIR.

    P.S: KALAU MUNTAH DARAH, CHEK HOSPITAL TAK DE PENYAKIT..MACAM MANA NAK BUKTIKAN SIAPA YANG BUAT..KITA HANYA BERGANTUNG TEKNOLOGI DAN BUKTI YANG BOLEH DIJELASKAN DAN NAMPAK (MENGIKUT UNDANG2 CIVIL). KALAU MAIN ANDAI2 JE SAPE YANG BUAT PERLU ADA BUKTI (TAKUT BOLEH JADI FITNAH)
    ITU YANG SUKAR…KALAU MACAM TU KATAKAN SI ANU MUNTAH DARAH..TETIBA DIA TUDUH RAKAN DIA YANG TAK BERSALAH..TAK KE DOSA..

    SO MEMANG SUKAR NAK ATASI MASALAH NI…HANYA BOLEH DIHUKUM DI AKHIRAT KELAK PENYIHIR.. DAN YANG TERKENA PERLULAH BERTAWAKAL DAN BERSERAH PADA ALLAH…ITU JE JALAN TERBAIK…

    KALAU KAT SABAH LAGI BANYAK….SIHIR NI…PAKU BOLEH TERBANG…KAT KAMPUNG SAYA DAH ADA TERKENA PAKU TERBANG…BIKIN TAKUT HEEE

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors