dnoBiz

Just In & Around My BoX



Qarinah

Hukum Hudud – Qarinah sebagai ganti 4 Saksi untuk kes Zina

Dek angkara tersebarnya Video Aksi seks baru baru ni, maka muncul la ustaz ustaz yang tak bertauliah yang mula menjatuhkan hukum dan mengeluarkan pandangan bodoh yang menyandarkan hukum Islam sebagai bagi meguatkan hujah hujah mereka…

Antara yang membuka mata aku ialah satu statment yang berbunyi “untuk tuduhan Zina dan rogol perlu ada 4 saksi lelaki bukan video” (lebih kurang begitulah komen dia)..

Dan oleh kerana komen tu aku mula terfikir, takanlah Hukum dan undang undang Islam sekejam Itu…???? tapi dalam masa yang sama aku berterima kasih pada pengomen tersebut kerana telah mambuka mata dan hati aku untuk tahu lebih lanjut tentang Undang undang dan hukum Islam.

Iklas aku katakan bila aku terbaca komen tersebut aku cukup tak puas hati dengan penulis tapi aku tak mampu nak menyangkalnya kerana kecetekan ilmu yang ada pada aku, dan kerana itu juga aku menghabis kan beberapa hari untuk mencari jawapan bagi melegakan ketidah puasan hati aku, dalam pencarian itu aku secara tak langsung telah berjaya menambah sedikit pengetahwan denga beberapa perkara seperti, apa itu Qazaf, apa itu Qisas, apa itu Tazir dan aku juga telah menjumpai satu perkataan yang menjelaskan segala kekusutan aku iaitu  Qarinah

Apa Itu Qarinah

Qarinah dari segi pemahaman aku ni ialah Bukti, dalam Islam Qarinah terbahagi kepada dua iaitu yang kukuh “qat’ie”  dan yang lemah “zanni“, Qarinah Qat’ie sememangnya cukup untuk mengharuskan hukuman dilaksanakan (Rujuk Al-Feqh alI-Islami wa adillatuhu, 8/ 6128 ). Bagaimanapun sekuat mana pun qarinah, ia masih sebenarnya tidak lepas dari syubhat. Contohnya: mengandung tanpa suami, mungkin sahaja dengan memasukkan air mani ke dalam rahimnya dengan alat moden. Justeru, untuk menjatuhkan hukuman hudud ke atas seseorang dengan berpegang kepada qarinah amat amat tipis. Amat sukar untuk menwujudkan qarinah qat’ie. Di dunia hari ini contoh qarinah spt kesan air mani, bulu2, darah dan cap jari boleh dianalisa dan dipastikan kepunyaan lelaki atau individu tertentu. Kiranya sabit, ia cukup utk dilaksanakan ta’zir. Bgmnpun perlulah melalui perbicaraan yang lengkap terperinci. Demikian juga bau arak di mulut bg menthabitkan hukuman krn minum arak. Mengandung tanpa suami juga adalah qarinah.

Kesimpulannya :

  •  Penyaksian wanita tidak diterima hanya dalam kes hudud dan Qisas atas sebab fitrah semulajadi yang dijadikan Allah SWT. Ia juga diakui oleh Nabi SAW. Ia adalah sebenarnya suatu keadilan iaitu meletakkan wanita hanya di tempat yang mampu baginya. Bagaimanapun, penyaksian wanita diterima dalam perkara harta dan beberapa yang lain.
  • Hudud tidak akan dikenakan ke atas wanita yang mengandung tanpa suami, sekiranya ia menyatakan ia dirogol, kerana syubhat, tetapi hukuman haqiqi di akhirat adalah terlebih amat berat, kiranya ia berbohong.
  • Wanita yang dirogol tidak boleh menuduh sebarang lelaki sebagai perogolnya, kecuali setelah mempunyai 4 saksi lelaki muslim aqil, baligh dan adil. Kiranya tiada, bolehlah wanita membawa bukti-bukti lain yang ada ke muka pengadilan, tanpa membuat tuduhan. Kiranya ia menuduh juga tanpa 4 saksi, ia dihukum qazaf lalu disebat dengan 80 sebatan tanpa cedera.
  • Walaupun si perogol lelaki tidak dikenakan hukuman hudud akibat tidak mempunyai 4 orang saksi, tetapi ia tetap dikenakan hukuman ta’zir menurut kadar keseriusan jenayahnya (kiranya thabit kesalahan melalui perbicaraan dengan bukti-bukti). Hukuman Ta’zir juga cukup berkesan dalam menghukum pesalah.
  • Wanita langsung tidak teraniaya dan dizalimi dalam peruntukan hukuman hudud, demikian juga lelaki yang diberi hak seadilnya.

Terima Kasih Pada..

Ust. Zaharuddin B. Abd Rahman
Jab. Feqh & Usul Feqh, Jordan

 

Dibawah ni aku kongsikan dua post yang aku jumpa, dan rasanya boleh membantu kita untuk fahami dengan lebih jelas tentang Qarinah dan hukum Islam yang lain

Pekan Rabu

Contoh yang selalu dikemukakan adalah persoalan rogol. Dalam hukum Hudud, jenayah rogol adalah disamakan dengan jenayah zina. Tahap kesaksian dan hukumannya juga sama. Dalam Hudud juga, menuduh seseorang yang dikenali sebagai orang baik melakukan zina tanpa mendatangkan saksi yang berwibawa merupakan suatu kesalahan Qazaf yang boleh membawa hukuman sebanyak 80 rotan. Lalu diambil peruntukan-peruntukan hudud ini secara terpisah oleh penentang Hudud untuk menggambar betapa mangsa rogol akan dizalimi.Mereka mengandaikan bahawa seorang mangsa rogol perlu mendatang 4 orang saksi lelaki yang adil untuk membuat pengaduan atau menghadapi risiko kesalahan Qazaf. Ini, menurut andaian mereka, adalah menzalimi mangsa rogol dan melindungi perogol. Padahal, undang-undang yang melibatkan kes rogol perlu dirujuk kepada keseluruhan peruntukan undang-undang jenayah syariah secara lengkap (Hudud, Qisas, Takzir, Undang-undang keterangan, siasah syari’ah) dan tidak boleh dinilai dari perspektif hukum Hudud secara terhad dan terpisah.

Seseorang yang mengadu dirinya dirogol, sepertimana kes-kes biasa, perlu membuat lapuran polis dan melakukan pemeriksaan doktor. Ini prosedur biasa. Polis atau pegawai penyiasat akan melakukan penyiasatan berdasarkan lapuran dan keterangan yang diberikan. Sekiranya terdapat bukti yang kukuh bahawa kes rogol sememangnya telah berlaku, pegawai penyiasat akan menyerahkan lapuran kepada pihak pendakwa.

Sekiranya tahap kesaksian untuk pendakwaan dilakukan dalam hukum Hudud tidak mencukupi (tiada 4 orang saksi yang melihat kejadian tersebut), pihak pendakwa masih boleh mendakwanya di bawah undang-undang Takzir. Melalui peruntukan Takzir, beban pembuktian adalah lebih longgar dan hukumannya juga lebih ringan berbanding Hudud. Pemeriksaan doktor dan keterangan-keterangan serta bukti-bukti yang dikumpulkan oleh polis ini (DNA test, lapuran kesihatan, penilaian psychology, dll) dinamakan sebagai Qarinah. Qarinah boleh digunakan sebagai bahan bukti yang boleh mensabitkan kesalahan takzir ke atas perogol. Qarinah ini juga boleh mengelakkan mangsa rogol dari dakwaan Qazaf, kerana Qazaf merupakan kesalahan Hudud dan sebarang keraguan yang boleh ditimbulkan (melalui Qarinah) dalam kes Hudud boleh menggugurkan kes tersebut. Hukuman Hudud boleh dilakukan ke atas seseorang hanya apabila tiada sebarang keraguan langsung (beyond any shadow of doubt). Manakala untuk kesalahan yang boleh dibuktikan secara jelas oleh Qarinah, tetapi tidak mencapai tahap kesaksian yang diperlukan oleh Hudud, hukum Takzir boleh dikenakan terhadap penjenayah tersebut.

Mengaitkan Qazaf dengan kes rogol secara mutlak adalah suatu andaian yang liar dan tidak adil. Hukum Qazaf berfungsi untuk melindungi maruah seseorang individu yang baik dari sebarang tuduhan melulu yang boleh menjatuhkan maruah diri dan keluarganya. Sekiranya, seseorang itu menuduh dirinya dirogol oleh seseorang, sedangkan bukti dan keterangan (Qarinah) yang dibawa menunjukkan sebaliknya, barulah ia boleh didakwa di bawah Qazaf. Contohnya, Minah menuduh Ali merogolnya sehingga mengandung, tetapi ujian DNA menunjukkan bahawa anak tersebut bukanlah dari benih Ali, maka Minah akan menghadapi risiko dakwaan Qazaf melainkan ada 4 orang saksi yang berwibawa yang melihat kejadian rogol tersebut, ataupun dapat dibuktikan secara Qarinah bahawa dia dirogol oleh ramai orang dan Ali adalah salah seorang daripada mereka. Tetapi, sekiranya ujian DNA mengesahkan bahawa anak tersebut memang jelas dari benih Ali, maka Ali boleh didakwa di bawah peruntukan Takzir, manakala Minah tidak akan dihukum di bawah Qazaf. Dalam kes ini, Ali tidak didakwa di bawah Hudud kerana tahap kesaksian tidak menepati kehendak hukum Hudud, sebaliknya beliau akan dihukum di bawah undang-undang Takzir.

 
Penulis tertarik juga dengan perdebatan berkenaan kesahihan video seks sebagai bukti pertuduhan zina. Ada pendapat yang mengatakan zina tak boleh sabit sama sekali kecuali dengan pengakuan si pelaku dan kesaksian empat lelaki yang jujur. Penulis berpandangan, kedua-dua pihak yang berdebat sudah pasti bersepakat (bahkan ijma’ ulama) bahawa hudud zina akan sabit dengan iqrar (pengakuan) si pelaku atau kesaksian itu wujud. Itu dalam kes zina yang melibatkan hubungan suka sama suka. Tapi bagaimana pula rogol? Bagaimana pula jika tiada sebarang pengakuan dan kesaksian tetapi ada bukti lain. Sebenarnya dalam persoalan sabitan zina di saat ketiadaan pengakuan dan kesaksian, para ulama telah berselisih pendapat, adakah ia boleh disabitkan melalui bukti-bukti lain (qarinah). Dalam hal ini para ulama terbahagi kepada dua pendapat :
Pendapat pertama : Zina boleh sabit dengan qarinah atau keterangan yang kuat yang menunjukkan ia berlaku seperti kehamilan wanita yang tidak mempunyai suami atau tuan (dalam kes hamba sahaya). Pensabitan rogol melalui peralatan teknologi terkini, seperti melalui pemeriksaan air mani si lelaki dan rekodnya di makmal-makmal jenayah, atau juga melalui rakaman perlakuan jenayah dengan alat perakam moden. Ini merupakan pandangan al-Zaila’i, Ibn al-Ghars dan al-Tarabulsi daripada mazhab Hanafi, Ibn Farhun dan al-Maziri daripada mazhab Maliki, Ibn Abd al-Salam daripada mazhab Syafi’i, Ibn Taimiyyah daripada mazhab Hanbali dan selain mereka. Misalnya, Ibn al-Qayyim dalam beberapa tempat dalam kitabnya antaranya I’lam al-Muwaqqi’in (4/374) mengatakan : “Para sahabat Nabi SAW telah menjatuhkan hudud zina dengan hanya sebab kehamilan, dalam hudud arak dengan bau dan muntah, dan ini adalah benar”.
Pendapat kedua : Zina tidak sabit kecuali dengan pengakuan dan kesaksian. Ini merupakan pandangan al-Jassas dan Ibn Nujaim daripada mazhab Hanafi dan selain daripada keduanya. Sebahagian ulama mutakhir menyandarkan pandangan ini kepada mazhab Hanafi dan Syafi’i.
Bagaimanapun pendapat yang kedua lebih selamat, lebih-lebih lagi dengan wujudnya hukuman ta’zir dalam keadaan hudud tidak dapat disabitkan. Apapun jika kita bersandar kepada pendapat yang mengizinkan penggunaan qarinah sekalipun, ianya khusus bagi qarinah yang kuat yang hampir mencapai darjat yakin sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibn Nujaim daripada Ibn al-Ghars dalam al-Bahr al-Ra’iq (7/205).
Apapun, kedua-dua pendapat tetap mengatakan sebarang bentuk qarinah yang zanni (tidak kukuh) tidak boleh mensabitkan hukum hudud, begitu juga qarinah yang kuat tetapi masih terkait dengan andaian, ianya termasuk gambar atau video yang mungkin dipalsukan atau dicantum antara satu dengan lain, maka qarinah-qarinah yang seumpama ini tidak boleh menjadi bukti untuk disabitkan hudud kerana hudud tertolak dengan wujudnya keraguan. Ketika ini hukuman ta’zir boleh disabitkan mengikut kebijaksanaan hakim.
Kesimpulannya, untuk menolak qarinah secara mutlak, ia tidak wajar sama sekali. Ini kerana dengan peningkatan kes-kes rogol pada hari ini, qarinah sangat diperlukan bagi mensabitkan kejadian itu berlaku ke atas mangsa rogol (di saat ketiadaan pengakuan dan kesaksian) di samping mengelakkan mangsa rogol dijatuhkan hukuman qazaf. Malah peruntukan ini sememangnya telah dimasukkan di dalam Enakmen Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Negeri Terengganu. Wallahu a’lam.
Wallahu a’lam.
 
Ps : Walaupun Komen yang dibuat oleh ustaz tak bertauliah tu hanya menyebabkan Islam dipandang serong tapi kalau kita ambil komen tu secar positif masih ada kebaikannya…..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: INFO, SANTAI

27 Responses so far.

  1. akubiomed says:

    Bukan senang hendak menafsir hukum kalau tidak ada pengethuan nanti menafsirkan mengunakan akal logik. Masalah nanti

    • dino says:

      Yang pasti kita memang tidak mempuyai kelayakan untuk mentafsir hukum Islam, hanya mereka yang berkelayakan saja yang boleh melakukannya dan sebab tu la kita jadikan mereka sebagai rujukan untuk sebarang kekusutan

  2. shamizu says:

    Terima kasih bro atas perkongsian ilmu ini. Sangat bagus.
    - Akupun hairan dengan ustaz tak bertauliah ini. “Bawa 4 orang saksi yang adil atau berhadapan kena sebat kerana memfitnah.” Full stop.
    Habis tu qarinah itu apa cerita. Keadilan perlu ke atas kedua-dua belah pihak. Mana adilnya kalau bukti untuk membela diminta dari satu pihak, tapi dalam masa yang sama bukti berbentuk qarinah yang boleh membantu menyelesaikan sesuatu kes cuba dilindungi oleh sesuatu pihak semata-mata ada kepentingan lain.
    ——-
    Naik pening kalau kes dilihat dari kaca mata politik
    shamizu recently posted..Gula Naik Harga dan Jangkaan Gelagat Orang Ramai

  3. ohcikgu says:

    banyak benda yang kita tak tahu. Bab-bab hudud ni, memang kena selidik betul-betul. Lagipun, memang ramai yang tak tahu apa itu hukum hudud..

    • dino says:

      Itu yang pasti..
      kekadang kita hanya panai bercakap n mengulang apa yang kita degar padahal kita sendiri tidak pasti hujung pangkalnya…

  4. MDHAFiZ.NET says:

    semakin byk yg kita belajar semakin bertambah keinsafan pd dlm diri kita betapa byk yg aku tidak ketahui :)

  5. bEe says:

    Errkkk??? Leh caya ke ustaz & ustazah zaman skang??? Opsss! Terlebey sudah! :-P
    bEe recently posted..Dia tidak menangis…

  6. mungkin yg dimaksudkan oleh pengkomen itu bahawa untuk syarat dikenakan hudud perlu ada 4 saksi lelaki dan bukannya video..

    jika berdasarkan video maka jatuh hukuman takzir, video tu sebagai qarinah iaitu keterangan keadaan, (dalam sivil sebagai circumstantial evidence) dan seperti mana yg ditulis, sekalipun ia kuat tapi masih terikat dgn andaian..

    dan andaian itu dikhuatiri menimbulkan keraguan maka menggugurkan hudud..

    tapi tetap kesalahan itu dikenakan takzir
    tengkorak emas recently posted..Hujan Ilmu- Tanah Manusia

  7. Ismail N says:

    whatever the laws are, kita patut fikirkan mcm mana nak sekat dan halang pesalah dari terus melakukan kesalahan iaitu dengan mengenakan hukuman berdasarkan dgn bukti2 yg ada.

    Masaalah nya bila dah meddling too much dgn politik dan ketaksuban, semuanya tak boleh jadi.

    Bagi aku, kalau semua org respect institusi nasional, semuanya boleh berjalan lancar. Ini ada apa-apa hal diseret ke sana ke mari ustaz, lawyer, prof, tuan guru utk nafikan kesalahan.
    Ismail N recently posted..Bakal Juara Badminton Dunia

    • dino says:

      Taksub Tak bertempat….
      Itu salah satu punca yang menyebabkan terjadinya tuduhan tuduhan seperti Ustaz yang tak boleh pakai dan ustaz yang boleh pakai…
      sedangkan hakikat sebenar adakah kita yakin dan pasti dengan tuduhan tersebut, atau kita hanya menuduh bila sesuatu itu bukan seperti yang kita mahukan atau tak sama dengan pandangan idola kita…
      Ps :dosa kering je tu…

      • hafizmd says:

        taksub tak bertempat…aku mmg anti kalau ada manusia yg tak sampai camni..

        harap kita dicerahkan hati utk melihat yg benar dan yg bathil :D
        hafizmd recently posted..Milik siapa 1 dollar ni

        • taksub mcm mana yg dimaksudkan tu bro?

          TE pun rasa nak post pasal hudud..he

          • dino says:

            maksudnya taksub dengan individu sehingakan hakikat sebenar ditolak ke tepi… sehinggakan apa saja yang dikatakan oleh phak mereka semuanya benar dan pihak lawan semuanya dusta…

            Bagus gak ti Te.. sekurangnya boleh tambah pengetahwan, rasanya TE lebih sesuai untuk huraikan perkara ni..

  8. Jasman says:

    Politik bro, kalau dah ditanamkan dalam diri untuk berkuasa semuanya boleh dilakukan. Haham pon boleh jadi halal. Masalahnya bijak pandai Islam kat negara kita ni bercakap sesuatu tu macam untuk kepentingan politik mereka bro. Dua belah pihak sama je..Apa-apa pun yang salah tetap salah.

    • dino says:

      hahah betul tu..
      yang terkepit rakyat dah taktahu hukum mana yang betul dan hukum mana yang boleh pakai..

      Ps : Aku pakai yang diiktiraf di negara kita… kalau mereka kelentong mereka la yang tanggung kerana sebagai orang biasa akau memang tak mampu untuk buat rumusan berkaitan dengan hukum hakam agama ni,

  9. Hisyam says:

    Susah nak cakap pasal benda ni, terus terang aku tak mahir tentang benda ni. Tapi thanks bro memberi satu ilmu tentang benda ni.
    Hisyam recently posted..Pekerja Fikir Dan Tak Fikir

    • dino says:

      Sama la Bro…
      Silap tu Syam… aku bukan beri tapi kongsi apa yang telah diperjelaskan oleh mereka yang lebih layak dari aku :D

  10. hafizmd says:

    1 perkongsian yg terbaik bro…klau nak harap kita cari sendiri..ada kalanya tak tercari..inilah gunanya kawan2 blogger…terima kasih bro :D

    pssst…teringat pesan bapak aku, balasan Allah itu ada yg disegerakan (dlm bentuk kehinaan mahupun kesenangan) & ada yg dilewatkan di sana…sama2 kita fikirkan
    hafizmd recently posted..Milik siapa 1 dollar ni

  11. rujuk balik artikel ustaz zaharuddin bertajuk “tuduhan liwat, zina dan rogol, boleh percaya atau tidak.”
    ustaz zaharddin terangkan dengan jelas kat situ..
    naimulfirdaus recently posted..mari promosi blog anda

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors

    TAG

    VISITOR




    Personal blogs

    Alexa Rank