dnoBiz

Just In & Around My BoX



Forex haram untuk orang islam

 

Fatwa Forex – Majlis Fatwa Putuskan Forex Adalah Haram

KOTA BHARU: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.

Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang membabitkan pertukaran wang asing membabitkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.” “Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.

Abdul Shukor berkata, banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran wang asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabitkan penggunaan internet di kalangan individu yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.

“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata, keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Katanya, keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.

“Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati selepas sistem perniagaan skim itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah,” katanya. – BERNAMA

Mungkin ada yang akan menyangkal keputusan majlis Fatwa ni, tapi itu hak masing masing sedangkan 4D yang sah haram pun masih ramai yang beli :D

Ps ; Ni haram untuk Orang Islam je tau… :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: INFO, SANTAI

9 Responses so far.

  1. tehr says:

    Sama2 kita ambil perhatian
    tehr recently posted..Selangor vs Kelantan

  2. nizam says:

    eh,haram rupanya…member aku ramai jugak giler forex ni…ada yang rugi…
    nizam recently posted..Dapat Juga Akhirnya

  3. titan says:

    aku memang tak main forex punnn..
    titan recently posted..Ya. Gua Tahu..

  4. akubiomed says:

    Pelaburan ASB dan ASN pun harus.
    akubiomed recently posted..Macaron cinta manjanya kamu

  5. mmg x reti..huhu
    Jebeng Otai™ recently posted..Wordless Wednessday : Hosting Guide

  6. b3njy says:

    Dulu pernah main … 3 bulan untung RM 6,000 ++ masuk bulan ke-4 rugi RM 10,000++ … hahahahaha macam ada unsur penipuan je Forex ni … hehehehe
    b3njy recently posted..UNCLE BENGIS JUGA SEORANG BLOGGER

  7. hafizmd says:

    Mmg sah haram. Harap ummat islam dah berenti main benda2 camni. Mmg ramai yg main dan aku rase siap ada forum lagi pasal benda ni…

    p/s-org kita mmg camtu, asal untung, semua tibai kiri kanan
    hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #10 Oh! Emas

  8. Forex…apa yg aku tau ia adalah mcm jual beli saham…x amik tahu menahu sangat pasal forex ni sbbx minat… sib baik x memeningkan kepala benda ni….
    aktechpage.com recently posted..Gezt.Com: Laman Komuniti Blog Baru

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors

    TAG

    VISITOR




    Personal blogs

    Alexa Rank