Masa aku publish berita yang bertajuk “Budak Terlampau – Gambar Video Panas dua Beradik ” yang aku dapat dari Harian metro online pagi tadi, aku tak meninggalkan sebarang komen atau apa pandangan aku tengtang perkara tu…, bukan aku tak ada apa apa yang hendak ditulis, tapi memang aku sengaja tak mahu membuat apa apa pandangan atau rumusan disebabkan keadaan emosi dan otak aku yang pada masa tu memang tak setabil dek perasaan marah, geram, benci, bengan dan malu.
Marah dan geram dengan makhluk yang pada asalnya dilahirkan cukup mulia setelah dianugerahkan dengan akal yang amat istimewa, sehinggakan terpilih sebagai kalifah di bumi mendahului makhluk lain yang pada hakikatnya lebih awal diciptakan oleh Nya, Aku bengang bila akal yang begitu mulia sehingga ditempatkan ditempat paling tinggi pada angota badan manusia telah disalahgunakan atau lebih sesuai langsung tidak digunakan, aku malu dan geram bila makhluk Yang sepatutnya menjadi kalifah di bumi kerana keistimewaan akal ini telah menjatuhkan dan mencemarkan maruah Agama, bangsa, adat dan rakyat negara ini.
Jadi dari aku mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya aku keluarkan, lebih baik aku mengambil jalan berdiam diri terlebih dahulu supaya akal dan hati aku lebih waras dan tenang…
Gejala keruntuhan moral ni sebenarnya satu Isu yang memang hangat diperkatakan dan sentiasa menjadi topik perbincangan setiap golongan, dari kedai kopi sehinggalah di parlimen, dari penarik beca sehinggalah ahli fikir yang bergelar Profesor, jadi pada aku tak guna untuk aku ulaskan dan tulis apa yang sudah sedia kauorang semua tahu hasil dari perbincangan dan rumusan para pakar dan bijak pandai tengtang masaalah keruntuhan moral dan akhlak ni.
Yang menarik perhatian aku sekarang ialah pandangan dari golongan biasa di kedai kopi, di kaki lima, di pasar basah, di hentian bas dan di masjid sambil menunggu masuk waktu solat, kerana pada aku mereka membuat pandangan bedasarkan keadaan sekeliling mereka, anak anak mereka, jiran jiran mereka dan apa yang ada di depan mereka.
Tapi ini bukan bermakna aku tak mengiktiraf apa yang terhasil dari kajian dan rumusan daripada para cendikiawan dan ahli fikir di negara kita tapi aku cuma sekadar ingin menambah pengetahwan aku dari sumber yang berbeza, mana tahu andainya pandangan mereka juga boleh diambil kira..
Sudah jadi kebiasaan aku bila aku dah celaru aku akan merayau disekitar bandar Pasir Mas, dan aku bernasib baik kerana Pakcik Penjual ubat tu berniaga harini (last aku jumpa dia sebelum dia pergi haji untuk kali ke 3 hari tu).
Pandangan Penjual Ubat…
“Yang banyak mempengaruh sebenarnya kawan kawan, dan yang memudahkan jalan ialah teknologi, terutama HandPhone…., Apa perlunya Handphone pada budak budak hingusan ni..? nak call Mak atau Bapak sebab ada kelas tambahan?, senang nak call bila terlepas bas untuk balik sekolah ?, senang nak call bila ada terjadi sesuatu di sekolah..? Pakcik cakap itu alasan bodoh…, jangan ambil contoh masa Pakcik dulu sebab masa tu talifon hanya dengar nama je, tapi ambil Masa kau sekolah dulu…, ada pakai Hp ? pernah tak tak dapat nak bagitau mak bapak kalau ada masaalah kat sekolah? pernah tak boleh nak talifon kalau terpaksa balik lewat ? tak pernah kan ? pada hal talifon awam tak sebanyak sekarang ni, dan kalau talifon awam tu rosak boleh guna talifon sekolah kan ?? jadi apa alasan mak bapak bagi anak mereka Hp, sebab mampu ? sebab taknak kalah denga anak orang lain ? sebab tu dah jadi trend?…. tapi kalau cakap… memang tu keperluan penting untuk budak mentah tu… pakcik rasa kau pun boleh pikir cerdik ke tidak jawapan tu…..
Yang Pastinya kau tau tak apa yang bebudak ni buat dengan HP tu… ? SMS “Sudah Masuk Setan” , MMS “Mari Masuk Setan” , Blue Tooth “Blue tu…masuk sini“.. (aku tergelak besar bila dengar terjemahan dia ), SMS dari bangun tidur, hingga nak mandi, dari pakai baju sampai ke meja makan, dari naik bas sampai ke dalam kelas, dari cikgu masuk sampai cikgu keluar (silent MOd) tak berhenti henti, tak cukup 24 jam kalu boleh nak ekstra 3 jam, apa yang dia SMS kan?? Hadis Nabi?, petikan Al-Quran?, nota sejarah hari ni?, bincang pasal subjek sains? atau kongsi formuler terkini Matematik ? kalau itu yang kau pikirkan cepat bangun sebab kau tengah mimpi tu…
SMS… mula mula sms dgan kawan bergosip, bercerita, berlawak jenaka, dan bergurau senda, pada masa ni pengaruh kawan mula memainkan peranan.., mula mula seronok dengar cerita kawan kawan bercinta, si Minah cinta si Mamat, si Joyah gilakan si Dolah, si Sood dating dengan si timah makan cendol bawah jambatan…, lepas tu mula perasaan teringin nak bercinta sebab seronok dengar dan tak nak kalah dan ketinggalan dek kehebatan kawan kawan, mula bercinta sms tulis “saya sayang awak,awak sayang saya”, dan MMS gambar muka Posisi condong supaya nampak comel (aku gelak lagi), seminggu bercinta… SMS ” Ayang sayang Abang” , semua benda ambil berat kononnya, Baby dah Makan?, Baby dah kentut ? nape baby tak kentut lagi… ? baby boy risau tau takut sakit sebab kembung … (dan aku gelak untuk kesekian kalinya) dan masa ni MMS dah berani hantar gambat berbaju ketat dan berseluar pendek…
Bercinta lama sikit SMS mula sebut Mama dan Papa…, dan yang jantan mula dah pandai meminta minta.. mula mula pegang tangan, lepas tu cium pipi, lepastu pegag itu pegang ini, last last dapat Free… dan masa ni MMS pun dah mula hanta gambar tk pakai baju…,
Dan yang paling menariknya ibu bapa tak tahu dan tak dapat kesan semua ni, sebab anak tak keluar rumah pun, duduk dalam bilik je ingatkan ulangkaji pelajaran dan memang betul pun ulangkaji tapi subjek lain yang diulang dan dikaji,
Dan seterunya penyakit sampingan atau gejala berangkai akan muncul, bawak jantan masuk rumak…, keluar malam senyap senyap, lari ikut jantan, semua ni memang cukup senang untuk dilakukan dengan batuan Hp, ibu bapa tidur anak hantar SMS line Clear, Ibu bapa leka anak SMS tungu kat simpang depan dan terjun ikut tingkap…, Mudah sangat macam melepaskan kentut di tangga je ..,
Cuba kau bandingkan dengan Zaman kau dulu macam mana kau bercinta??, nak jumpa sikit punya susah, kena hantar surat tak pun pakai pesanan suara melalui orang ketiga tu pun silap silap tak sampai atau pun sampai kat orang tua dia, nak panjat rumah ank dara orang lagi la susah…, terhendap hendap, silap silap kena kejar sebab diingatkan pencuri, kalau dapat masuk pun silap silap melopong sebab tengah cuti peristiwa, biasala tak dapat maklumat awal main terjah je…, nak bawak lari anak dara orang lagi la susah makan bulan punya perangcangan tu pun ashik tak berjaya je bak kata Jebon (Jemes Bond) clueless….
Dulu remaja bercinta jugak tapi jarang yang terlanjur macam sekarang ni… ??? kau tahu kenapa ???
PS : Nanti aku sambung sebab dah panjang sangat ni…





[...] aku ada pandangan dari mereka yang di kaki lima… Mereka kata (klik Sini) ArrayArrayArrayArrayArrayArrayArrayArrayArrayRelated Posts :Kanak Kanak pengidap AIDS – Budak Aids [...]
aku tak nak la salahkan teknologi 100%
tapi teknologi ni memang memudahkan kerja kejahatan kalau iman tak kuat
pokok pangkalnya didikan agama
tehr recently posted..Buku 555 Bukan Buku Lima
betul tu Tehr,
Macam yang Pakcik tu Cakap, apa perlunya Hp cangih pada budak mentah yang masih belum dapat berfikir dengan waras tu
betul gak ckp cikgu tehr tu. hee
RedBoys recently posted..Blog – Isu Plagiat
Bro Tehr memang banyak pandangan yang terbukti bernasnya
Ke-canggihan teknologi handphone siapa-siapa pun boleh guna tanpa baca manual. Kawan-kawan memberi tunjuk ajar lagi cepat pandai dari orang dewasa tiada siapa hendak bertanya.
Rasanya handphone kena ada application yang boleh filter content macam browser
akubiomed recently posted..Syyh Aslah nak tidur
aku setuju part ni bro. Walaupun suksr dilaksanakan, tetapi jika ada usaha..pasti boleh buat punya.
mungkin untuk remaja yang masih mentah kena syaratkan penguaan Hp yang basic je
taknologi memudahkan.. dan dia punya keburukannya kebiasaanya memang lagi banyak… hoho
zik recently posted..Zikrihusainicom Under construction
aku pun suka dengan apa yang orang tua tu cakap walau pun kekadang pandangan dia ada sikit emosi
orang Tua , percakapan diaorg selalunya penuh dengan mesej yg berguna.
Pengalaman banyak mengajar mereka,
mungkindari segi teknologi mereka agak terbelakang tapi dalam segi kehidupan mereka lebih banyak mengetahwi
segala apa yg ada di dunia ini..sekalipun pasti ada keburukannya jika x digun dgn betul…
MDHAFiZ.NET recently posted..AFF Suzuki Cup 2010 – Thank You Indonesia!
betul tu bro, jangan kerana kemajuan kita hilang pertimbangan
semakin kita maju..semakin kita menghampiri kemunduran
kemajuan dan moral bergerak bertengtangan
itu yang pasti,
sebabgai orang dewasa kita perlu membezakan apa yang perlu dan apa yang tidak bagi generasi baru yang pada dasarnya masuh belum mampu untuk menilai
kah kah kah.. sje nak test market la budak2 tuh..
Pisyek recently posted..Perkara sunat yang dituntut pada hari Asyura
test market dan cari penyakit
apa yg pakcik tu ckp memang betul. dan apa yg bro ulaskan pon memang betul. aku x de benda nak komen dh. setuju 100%. hoho.
RedBoys recently posted..Blog – Isu Plagiat
mungkin bro ada pandangan lain yang boleh dikongsikan….
Bro cepat sambung lagi..best cerita nih…he3
Insyaallah Malam ni aku sambung balik, mkn lambat sikit sebab rakaman tu tak berapa jelas, aku rakam pakai Hp, yg diletakan didalam poket baju hehhe
teknologi kalau tidak di ertikan dengan baik maka jadilah benda2 yang tidak elok
mijie recently posted..Jem di Kuala Lumpur itu biasa
yup betul tu, teknologi ni jika ada pada tangan mereka yang pendek akal buruk la jadinya
Teknologi yang disalahguna, begitulah jadinya.
p.s: Tak sabar untuk artikel seterusnya.
Hadi Rofiee recently posted..Hosting bermasalah
Insyaalah bro, malam ni aku cuba siapkan, siang tadi ada jemputan mengejut untuk pemeran usahawan tu yang kelam kabut sikit
Wah, terujanya dengar tentang usahawan. Kebetulan pula, hmm..
Bro, aku minat untuk jadi usahawan & mulakan perniagaan, tapi minat shj tak cukup kan..
Kdg2 semangat kdg2 tak.. nak mula takut.. jd aku akan baca buku tentang bagi membina usahawan..
betulkah cara begini?
p.s: tiba2 keluar tajuk sikit. Hehe.
Hadi Rofiee recently posted..Hosting bermasalah
Mungkin pendapat aku ni berbeza Bro..
Pada aku minat yang utama, sebab dalam perniagaan dan keusahawanan ni memang banyak dugaan yang di luar imaginasi kita, tampa minat yang mendalam kita memang tak dapat nak tempuhi semua tu, dan kerana minat juga lah kita tak akan cepat mengalah dan putus asa,
cara bro memang dah betul buku boleh memberi kita maklumat yang kirta boleh gunakan sebagai asas sebelum memulakan perniagaan, tapi ilmu perniagaan yang sebenarnya bro akan dapat bila dah menjejakan kaki dalm bidang ni, yang penting berani mencuba tapi biar dengan cara yang bijak…
Ps : dare to Fail but with brain..
Ps : Modal yang baling sesuai untuk memulakan perniagaan ialah seminimum mungkin
Ps InsyaAllah aku akan buat satu artikel tentang apa yang perlu sebelum memulakan perniagaan, ni adalah hasil dari pengalaman dan kesilapan yang telah aku lakukan selama 11 tahun dalam perniagaan dan aku lebih banyak gagal dari berjaya hehehe ( tak salah jika dengar dari mereka yang gagal
)
Terima kasih banyak2 Bro kerana perkongsian ini.
Tak sabar nak baca artikel itu nanti.
Hadi Rofiee recently posted..Hosting bermasalah
zaman sekarang cabaran makin hebat
etomyam recently posted..IE9 Browser Paling Utuh Halangi Malware
cabaran yang jauh mengatasi kekuatan moral dan pegangan agama sesetangah remaja sekarang
10 tahun akan datang tak tahu jadi camner pulak
ereview recently posted..Approaches In Defining Quality
apa yang akan berlaku sepuluh tahun lagi terletak pada tangan kita untuk corakannya dari sekarang, jangan harapkan orang lain untuk mengubahnya, mungkin kita pikir apa yang kita buat takan mengubah apa apa, tapi apa salahnya mencuba, mungkin hanya dengan sebaris ayat mampu meninggalkan kesan dikemudian hari….
Ps ; masa yang paling baik untuk menanam pokok ialah masa kita berumur 23 tahun dan masa yang kedua terbaik ialah sekarang…
sekarang ni budaya sosial makin teruk..
MR.Z recently posted..Generasi Model Terbaru Proton Persona R
semakin parah dah ni Z
memang dah ramai yang perihatin namun tetap ada yang terjadi… kemungkinan sumber makanan juga antara punca (bukan halal)… sekadar pendapat…
memang betul tu bro…,
bahkan Al-quran ada menyebut tentang ni…
ni kena overhaul semua sekali ni kalau nak pulih semula tu…
ebanana recently posted..Malaysia Public Holiday 2011
Alangkah bagusnya kalau boleh buat begitu Nana,
Tapi kalau tak boleh apa kata kita cuba perbaiki untuk generasi yang akan datang..
terpaksa aku tegur juga.
Ali ridha recently posted..Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikan
terlepas pandang.makin menjadi.
Ali ridha recently posted..Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikan
Entahlah bro. Aku tak rasa handphone ni masaalah nya mahupun tekonologi lain. Bagi aku dajalnya tetap pada TV dan video yang sentiasa menayangkan cara hidup barat yang tidak sesuai dengan kita. Filem2 kita pun dah terikut-ikut zaman nie.
TV dan video punyai pengaruh yang amat kuat pada kanak-kanak. Aku ingat time kecik2 video breakdance keluar, aku pun breakdance. Bila rock meletup, aku pun dressing mcm kumpulan search dan wings. Cuma alhamdullilah lah aku tak jadi lebih teruk dari budak2 sekarang ni.
Hari ini bila anak-anak aku tengok TV aku jadi bengang sebab adegan beromen atau kurang-kurang cium mulut tu asyik keluar aje di TV. Mcm perkara biasa dah. Dressing lagi tu seksi-seksi nampak peha gebu, ketiak licin dan buah dada yang mcm mahu terkeluar.
Aku tahu budak2 tgk mcm tu. lama-lama depa pun pikir nak buat cam tu sebab aku dulu2 pun pikir mcm tu jugak.
Nak salahkan gomen pun susah jugak sebab zaman ni umat Islam tak bersatu lagi. Yg liberal giler pun ramai. Bila kita ketatkan sikit bab censorship ni, nanti dituduh ketinggalan zaman, taliban atau menggangu mcm freedom. Itu baru org ramai.. belum lagi Karpal Singh bersuara.
Hmmm.. kadang2 aku pun malas nak angkat suratkhabar dan baca. Kalau baca pun.. muka surat belakang aje…
Memang Betul apa yang bro kata tu…,
dan apa yang penjual ubat tu kata pun sama macam bro, Hp bukan Punca tapi pemudah jalan untuk melakukan kegiatan tak bermoral ni
hahahhaa..
tuan… tak payah lah nak marahkan bebudak nih.
tak payahlah nak cerita pasal maruah tu semua.
ni bukan org malaysia, tapi org thailand.
bukan video baru, video dah setahun lepas.
tuan boleh marah…
tapi marahlah paper Metro jahanam tu.
saja cari bahan untuk promosi paper dia.
ramai kena tipu.
tuan sedar tak,
bila paper metro siarkan cerita mcm ni, ramai yg carik video ni.
asalnya ramai tak tau.
so, Metro jahanam ni dah jadi media yg paling berkesan untuk org ramai cari bahan begini. dah jadi penyebar.
jangan terpedaya…
Terima kasih tuan kerana sudi berkongsi maklumat dan pandangantun disini dan terimakasih juga kerana tuan sudi memberi maklumat pasal Video tu,pandangan tuan amat saya hargai supaya saya dapat terus memperbaiki diri saya dari masa kesemasa kerana sebagai makhluk yang bukan maksum saya memang tak terlepas dari kesilapan.
Sebenarnya saya memang tak tahu dan terterfikir pun untuk mencari dan mengetahwi lebih lanjut pasal Video tu,
tapi pada hakikatnya walau Video ni bukan hasil anak bangsa kita tapi beritani telah membantu menyedarkan kebanyakan ibu bapa supaya tidak leka dan selesa dengan anggapan anak mereka masih lagi mentah dan tak mungkin akan melakukan perbuatan terkutuk tu…
Mungkin pada dasarnya maklumat tengtang pelaku dan Video tu tak betul, tapi pada hakikatnya, kegiatan tak bermoral remaja mentah ni memang telah lama terjadi dan semakin menjadi jadi sejak kebelakangan ni,
dan jika tuan tak percaya saya boleh tunjukan tempatnya terutama pada musim cuti sekolah sekarang ni ( saya dah emailkan tempat dan lokasi pada tuan, dan saya sendiri akan tunjukan kepada tuan sebagai bukti)
Dan saya minta maaf pada tuan kerana saya tidak dapat menunaikan permintaan tuan supaya “tidak marah pada bebudak ni” dan “tak payah cerita pasal maruah”
Kerana saya marah sebab saya tak sangup nak lihat anak bangsa saya terutamanya yang seagama denga saya terus hancur dan hayut denga gejala ni,
dan sebagai seorang Islam yang berbangsa melayu Rakyat Malaysia, pada saya Maruah adalah segala galanya Maruah agama saya bila remaja seagama saya melakukan perbuatan terkutuk, maruah bangsa saya bila anak bangsa saya meletakkan maruah bangsanya ditahap yang begitu rendah,dan maruah negara saya bila rakyatnya sudah semakin jauh terpesong akhlaknya… dan mana mungkin untuk saya tidak marah dan mengabaikan maruah semua tu.. harap tuan faham mengapa saya tak dapat penuhi permintaan tuan.
Dan Mengenai Harian Metro..
memang betul apa yang tuan kata pasal metro dan mungkin itu yang terjadi pada tuan bila baca cerita yang disiarkan di Harian metro tu,
Tapi pada saya saya berterima kasih pada harian metro kerana mendedahkan perkara sebegini, kerana dia dah sedarkan ramai ibu bapa dan kaum keluarga supaya lebih berhati hati dan berwaspada dengan aktiviti anak anak mereka
Kalau kita berfikiran negatif maka negatif la maklumat tu..,
bahkan jika berita yang menunjukan orang ramai selamatkan perempuan dari mangsa ragut pun kita akan anggap orag ramai tu hanya ambil kesempatan nak tunju hebat sebab nak ngorat mangsa ragut tu, kalau berita orang menderma pun kita akan cakap orang tu sengaja nak menunjuk nujuk dan berlagak, begitu juga dengan berita ni, tak semua yang membuat carian di Google kerana nak tengok rakaman yang tak senonoh tu tapi ada yang memang nak cari maklumat lebih lanjut tentang masaalah ni, dan untuk yang memang negatif dan kaki video L*cah walaupun takde berita ni pun mereka tetap akan selongkar internet demi memuaskan nafsu mereka
Ps: Yang pasti memang padangan tuan tu betul cuma sudut pandangan kita je berbeza, saya memang mengalukan pandangan tuan supaya kita boleh sama berkongsi dan membincangkannya
Pandangan aku..
Sebenarynya kita tidak boleh mempersalahkan TEKNOLOGI, tetapi org yg menggunakan TEKNOLOGI sepatutnya di persalahkan…
aktechpage.com recently posted..KakiMotongBlogspotcom- Kisah Seekor Kucing Istimewa Yang Bernama HERO
Itu lah yang dicakapkan oleh pakcik tu Mal,
Teknologi yang diberi kepada mereka yang belum boleh berfikir dengan baik
penat baca artikel ni tau en.dino… sy berpendapat sama mcm encik penjual ubat, klu xsilap sy… mmg hp pun segalanya… adik sy yg lg muda 11 thn dari sy, dah minx hp..darjah dua dia minx… naik haru sy… sy pun dpt hp tingkatan 5 tu,tu pun bgtau kat mak dgn ayah.. beli lak pakai duit sndiri…mmm…apapun..mmg ada masalah la Hp ni..terlalu bebas
amin recently posted..berkelah
Masaalah gak tu, kalau Hp yg biasa ok lagi, tapi kalau minytak yang mahal masak gak
perkara dan pelajaran buruk memang cepat dipelajari dan sukar dibendung seperti cepatnya lalang membiak.
betul tu,
kena benteras secara berterusan
Tak boleh nak salahkan sapa-sapa..tapi jika kita mengheboh-heboh kan perkara ini mcm hmetro buat,rasanya ia akan memberikan kesan buruk daripada yang baik.Hmetro suka publish benda yg boleh merosok lagi org melayu
Terbaru: Percaya tak yang korang boleh dapatkan 15 ribu visitor seminggu?Tak caya mari baca ini dan jadilah 10 blogger bertuah!
itu la jadinya bila asas dah goyang, mudah terpengaruh kearah negatiF, padahal kalau diambil secara positiv pendedahan tu dapat menyedarkan ramai orang melayu dari terus hanyut
depa surat khabar metro
memang suka cerita
kontroversi.
dah satu beradik dengan facebook kot.
Ali ridha recently posted..Adsense-Pagerank dan Cpanel dikembalikan
memang kadang kadang teknik pemasaran Metro ni agak melampau,
mungkin dia taksedar atau buat buat tak sedar yang ramai suka ambil sesuatu secara Negatif..
Bro, aku pun rasa marah dan malu dengan perkara sebegini. Orang kita kadang2 tak boleh ditegur..bila kita siarkan post pasal akhlak dan agama, ade yang tak suka. Mereka anggap kita jaga tepi kain orang, buka pekong dan macam-macam lagi. walau niat kita sekadar memberi pengajaran kepada yang lain kerana kita sebagai seorang Islam ada tanggungjawab dakwah, cara sahaja yang berbeza.
Dulu post aku pasal Melayu bukan Islam dapat komen yang hentam aku balik..Tapi aku tak kisah sebab niat aku bukan untuk publisiti..tapi mungkin sebagai sempadan supaya anak bangsa kita tak hanyut..
adamfaiz recently posted..Pilih Barang Untuk Dilelong RM1!!
Takpe Faiz,
yang penting niat kita, dan cara kita masih tak tersasar dari landasan,
Ps : tapi koment menghentam ni pun ada baiknya, sekurang kurang mereka akan membuatkan kita lebih peka dan tidak menulis sesuka hati
[...] Daripada ” Budak Terlampau – Pandangan Di Kaki Lima ” “Dulu remaja bercinta jugak tapi jarang yang terlanjur macam sekarang ni… ??? kau [...]
hahahaha…pandia pakcik2 tuh mengulas..lawak lak baca.