dnoBiz

Just In & Around My BoX



Filem aksi Bini Biniku Gangster

Bini Biniku Gangster – Suami Didahulukan Dan Pencapaian Diutamakan (Video)

Ha.. ni lagi satu cerita yang pada aku mampu Meletop dan mungkin mampu Box Office…

Sebab aku kata mampu BoX Office adalah kerana….

  1. Cerita ni bergenrekan aksi dan komidi yang memang tengah jadi kegilaan sekarang.
  2. Cerita ni ada Shaheizy Sam
  3. Shaheizy Sam berlakon dalam ceritani.
  4. Pelakon Utama dia Shaheizy Sam

 

 Trailer Bini Biniku Gangster

Tarikh Tayangan : 22 September 2011

Genre : Aksi, Komedi

Studio : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.

Shaheizy Sam: Herry (Pelakon Utama)

Yana Samsudin : Manja (Pelakon Utama)

Intan Ladyana: Reanna (Pelakon Utama)

Zul Handyblack: Muza (Pelakon Pembantu)

Sinopsis Bini Biniku Gangster

Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.

Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.

Directed by : Ismail Bob Hasim

Written By :Yana Samsudin & Fadzil Zahari

Screenplay by : Ismail Bob Hasim

Produced by : David Teo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: FILEM, SANTAI

5 Responses so far.

  1. Jai says:

    Boleh layan nih.. Cam biasa, tunggu download la..he3

  2. tehr says:

    sebab no 2 dan seterusnya nampak macam sama je, dno :D

  3. [...] Bukan juga Filem sambunggan daripada Bini Biniku Gangster… [...]

  4. selain dari itu faktor2 box office yg lain adallah:
    1. citer ini pengarahnya Ismail
    2. Ismail buat screenplay
    3. Insya-allah Ismail pegi tengok di panggung

    :wink: :wink:

  5. Huh, best citer ni… kena layan ni…tp jln citer dia mcm movie korea jee.. My Wife is a gangster x silap…

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors