dnoBiz

Just In & Around My BoX



 

Dari pagi sampai ke petang bila aku kira kira semula apa yang aku dah buat mungkin hari ni aku dah terlebih buat dosa…

Dosa yang terhasil dari mulut dan berpunca dari hati yang geram dan marah dengan apa yang aku lihat pagi tadi….

Pagi tadi masa berhenti di lampu isyarat dalam perjalanan untuk menjalankan tugas seperti biasa, aku tenampak sebuah kereta Kancil merah yang  berada betul betul dihadapan aku, yang menarik perhatian aku bukan kereta ataupun warna tapi pintu belakang sebelah kanan kereta tersebut nampak seperti bergerak..,

Dan yang paling tak sedap mata memandang ialah bila aku ternampak kelibat beberapa orang kanak kanak di tempat duduk belakang…, yang pasti pintu belakang tu tidak ditutup dengan sempurna..,

Awalnya aku cuma menekan Hon untuk menarik perhatian pemandu tu, tapi hampeh… mungkin dia ni jenis pekak badak, Jadi aku ambil keputusan untuk keluar dari kereta dan berjalan kearah kereta tersebut…, Baru ja dua langkan aku menapak (agak agak je) lampu isyarat dah hijau dan dia kereta tu terusa belah, dan yang memeranjatkan aku bila aku nampak pintu belkang tadi sedikit terbuka . dan yang paling hampeh kereta belakang aku dah mula jual sayur… (tekan Hon berkali kali) kononnya marah sebab aku lambat gerak…

Peduli dengan pemandu di belakang aku terus kejar kereta kancil tadi.., dalam beberapa minit akhirnya aku berjaya menghampiri kereta tu dan sekali lagi aku cuba menarik perhatian pemandu kereta tu dengan membuyikan hon dan memberi isyarat, tapi sia sia. nak tak nak aku terpaksa memintas dan halang dari depan… baru je aku tekan minyak dia dah bagi signal dan melencung masuk simpan sebelah kiri yang pastinya bukan jalan yang sama untuk ketempat aku berkerja.

Dah aku pulak yang terlajak, malas nak pikir panjang aku revers  semula (selepas ku pastikan tiada kereta dari belakang), jadi bermula lah semula episod kejar mengejar antara aku dan dia (macam hindustan la pulak).

Sekali lagi aku bertindak memotong dan seterusnya melambaikan tangan supaya dia berhenti dan masa tu aku ternampak sesuatu yang memang buat aku cukup hilang sabar… dia memandu sambil mengunakan Hp.. patutla dah berbelas aorang jadi pekak kerana bunyi hon yang aku buat tapi dia masih tak sedar.

Malas nak buang masa aku pergi ke arahnya dan bagi tahu yang pintu belakang keretanya terbuka.. kauorang tahu apa yang dia cakap ???

” Oh ye ke? iskh bebudak ni tutup pintu kereta pun tak pandai….. “

aku terus hilang sabar…. maka terkeluar lah ayat ayat indah dan romantik dari mulut aku..

“anak sape ni bang ?, berapa umurnya ???” ( dia jawab anak dia yang laki tu 3tahun dan akak tu 4 tahun)

“abang ni bengap ke bangan???, budak umur 3 dan 4 tahun disuruh tutup pintu kereta sendiri ??”

” tak boleh pikir ke ? berapa la sangat kudrat budak sebesar tu..? “ 

 dalam keadaan terkejut dengan tindakan aku dia menjawab, “memang biasa pun  dia tutup sendiri, ok je”

“Sahla kau ni jenis yang pandai buat tapi tak pandai jaga…”

” lantak kau la, nanti kalau jadi apa apa kat budak tu kau buat la yang lain”  kata aku sambil meninggalkan dia yang masih terlopong kerana terkejut.

Bagi mengelakan terjadinya perkara yang tak seharusnya aku terus beredar, dalam masa yang sama aku terfikir…, perlukah aku marah dia macam tu ??

Sepatutnya aku lebih bersabar dalam menagani perkara macam ni, tapi apa yang selalu aku perhatikan bila perkara yang berkaitan dengan kanak kanak memang aku akan gagal dalam megawal kemarahan,  Senang cerita.. “anger manengment aku belum sempurna  dan masih ada lagi saki baki makhluk bertanduk yang menginap dalam akal aku

Kau Orang semua ada buat macam ni ke ??? 

  • Maksud aku berapa ramai antara kita yang memeriksa pintu kenderaan sebelum memulakan perjalanan ?
  • berapa Ramai yang membiarkan anak mereka menutup sendiri (tanpa pemerhatian) pintu kenderaan yang mereka naiki ?
  • Berapa ramai yang tahu tahap keselamatan kenderaan yang mereka bayar untuk membawa anak mereka ke sekolah ?
  • siapa yang tahu taraf sah lesen kenderaan pengankutan yang membawa anak mereka ke sekolah ??
  • siapa yang tahu dan pernah melihat lesen pemandu kenderaan tersebut serta rekod lampau pemandu tu ??
  • berapa ramai yang suka memecut kenderaan walaupun anak dan Isteri mereka berada dalam kenderaan yang sama ?
  • Dan Yang penting Siapa Yang tahu Bila mereka akan kemalangan???
  • Apakah tanggung jawab  ibubapa
  • siapakah sebenarnya yang bertanggung jawab diatas Keselamatan Kanak Kanak ?

  

kempen kemalangan jalan raya

Kesan kemalangan Jalan Raya

Kesan Kemalangan Jalan Raya Terhadap Individu

 Pelbagai kesan berikutan kemalangan Jalan raya yang akan menjejaskan dan mengubah kehidupan harian kita, sama ada dari segi fizikal, mental, emosi atau ekonomi keluarga, yang mungkin akan terus menghantui kita dalam jangka waktu yang panjang ataupun selama lamanya, dan yang pasti kesan nya bukan sahaja terhadap mangsa tapi juga ahli keluarga mereka.

Kesan Kemalangan Jalan Raya Terhadap Negara (Malaysia)

Statistik menunjuka bahawa lebih daripada 50% mangsa kemalangan ialah dalam lingkungan 20-35 tahun Yang merupakan golongan paling Produktif dan berpotensi dari segi tenaga kerjanya. Mereka yang sepatutnya mampu menyumbangkan khidmat bakti kepada Malaysia selama 20-35 tahu lagi. Namun disebabkan Kemalangan maut yang mengorbankan golongan yang produktif ini, ianya  telah meninggalkan implikasi yang amat besar kepada produktiviti tenaga kerja negara. Kematian secara mengejut (untimely death) akibat kemalangan jalanraya menimbulkan kesan yang negatif kepada produktiviti negara. Kemajuan negara mungkin terjejas dalam tempoh jangkamasa yang panjang seandainya tren kematian akibat kecelakaan Maut jalan raya ini berterusan. Itu belum termsuk kos dan perbelanjaan yang terpaksa diperuntukan oleh kerajaan dalam mengatasi masaalah ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: INFO, SANTAI

29 Responses so far.

  1. hafizmd says:

    aku kagum dgn tindakan bro…tak ramai yg sanggup kejar dan tegur orang2 camni…tahniah bro…

    dari satu segi, tindakan bro mengejar dan tegur tuh…mmg sungguh wajar…

    dari satu segi lain…tindakan bro marah dgn kata2 yg berupa ‘tandukan makhluk dalaman’ mungkin nmpk kurang wajar tapi apa nk buat…kadang2…teguran camni mampu utk beri impak yg besar utk berubah…

    pssst…bro, aku mmg hangin kalau jumpa manusia yg guna hp mase memandu…terhegeh2 bawak kereta pulak tu
    hafizmd recently posted..Kamu yang terbaik…

  2. akubiomed says:

    Pernah juga cuba beri tahu pintu tak tutup rapat dan tayar pancit sebaliknya yng bawa kereta tak pandang dan macam tidak puas hati. Sebaliknya menekan minyak mentang-mentanglah kita bawa motor cabuk sahaja ingat muka peragut

    Saya dah sebaik mungkin cuba memberi amaran.
    akubiomed recently posted..Jom Link Exchange Dengan Daus ! ! !

    • dino says:

      yang tu aku tak salah kan pemandu tu bro, sebab sekarang ni macam macam cara digunakan untuk merompak, yang penting Bro dah cuba nak tolong , dapat ke tak tu belakang cerita :D

    • Ladfe Amir says:

      yang penting bro sudah sampaikan.
      insyaAllah. pemandu tu sedar juga niat bro menegur bila dia perasan pintu tidak rapat n tayar pancit

  3. azizan4444 says:

    kagum dengan tindakan bro.bukan senang nak jumpa pengguna jln raya yg prihatin dgn org lain..

    x dpt bayang la cmne jadi klu bro x gtaw mase tu..pintu terbuka dan..?pergh…aku harap klu yg bawak anak2 kt belakng tu pastikan keselamtan mereka..mmg dorang tututp rapat pintu tu tp klu slp hb..bole je nk terbukak pintu tu..
    azizan4444 recently posted..Malam Pertama Tahun Baru 2011

    • dino says:

      aku rasa semua orang akan buat macam tu.., tambahan pula bila keadaan yang berkaitan dengan kanak kanak…,

      betul tu Zan harap ibu bapa lebih perihatin tengtang perkara yang ramai ambil mudah ni

  4. Tapi bro,saya paling kagum dengan ayat romantik dan indah yang bro ucapkan tu.Memang menusuk kalbu.

  5. etomyam says:

    kalau terjadi apa-apa kat anak-anak baru lah menyesal tak sudah… huhu
    etomyam recently posted..Sebab Produktiviti Menurun

  6. adamfaiz says:

    Selalu gak tegur orang yang tutup pintu tak rapat..tapi bila dia buat dunno aku pun biar je la..
    adamfaiz recently posted..Kucing Punca Keguguran Bayi

  7. sangilapi says:

    selalu jugak tengok kealpaan ibubapa semasa anak-anak mereka berada dalam kereta yang sedang bergerak :( begitu jugak yang menunggang motor !

    semua aku tengok tu membuatkan aku menggelengkan kepala !

    apa pun,tanggungjawab ko sesama manusia sudah tertunai,biar macam mana pun cara teguran dibuat.
    sangilapi recently posted..bengkel blackberry

    • dino says:

      Betul gak tu jo, janji bebudak tu selamat..,

      tapi aku rasa panas baran aku ni pun akibat terpengaruh ngan kau kot hahahaha :D

      Ps : Macam biasala apa apa hal cuba sebaik mungkin untuk salahkan orang lain :D

      • sangilapi says:

        tu lah sape suruh pakai nama dino tu ?
        bukan ko tak tau dinoxxx[aku tak tau nak eja] perangai dia macam mana…..kahkahkah

        *tapi bila tengok nama sebenar ko tu menimbulkan tanda tanya aku :) *
        sangilapi recently posted..bengkel blackberry

        • dino says:

          yang tu spesis T-rEx la jo aku ni baik nyer hahahaha

          Ps : bukan saja kau tapi aku sampai sekarang masih tertanya tanya hahaah

  8. Amry says:

    kalau aku tempat ko la bro, aku hangin gak kot kalau dapat jawapan selamber gaban macam mamat tu. boleh pulak dia kata budak tu tak pandai tutup pintu. bangang.ish, dari nak tegur dengan senyuman, boleh tumbuh tanduk tuuuu…..tabik ar bro.

    p/s :suka aku tajuk entry ni,haha
    p/s/s : pasall blog aku tu, aku tngok ok jer bro. tak der masalah.

  9. zik says:

    memang kena alert mendalah macam nie.. kalau dah terjadi… kang naya jadinya…. tindakan yang berani…
    zik recently posted..Ron 97 naik 10 sen berkuatkuasa 5 januari 2011

  10. Ali ridha says:

    pemandu tu pekak badak.
    Ali ridha recently posted..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010

  11. Ali ridha says:

    bila kita nak tolong orang.
    orang pula buat berlagak.

    aku pernah tegur seorang
    Pak cik di Masjid.tongkat
    moto tak naik.
    nanti membelok
    ke kiri jatuh moto.
    Ali ridha recently posted..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010

  12. Ali ridha says:

    sikap dnobiz ni patut dipuji.
    berani kan diri.
    dalam waktu nak pergi ke kerja.
    Ali ridha recently posted..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010

  13. tehr says:

    aku memang tak selesa memandu kalau hanya budak2 di belakang tanpa orang dewasa
    mereka ni semua ‘bukan boleh dipercayai’ sangat :D
    tehr recently posted..Aktiviti Hari Hujan

  14. Ladfe Amir says:

    sepatutnya pemandu kena semak dulu pintu sudah ditutp rapat ataupun tidak. biasanya lampu kat siling kereta boleh dijadikan panduan.

    tindakan bro tu mmg betul cuma penyudahnya itu kurang kemas.
    mungkin lepas ni bro boleh menegur dengan senyuman pula.InsyaAllah

  15. RedBoys says:

    kalau terjadi benda yg buruk, baru menyesal. alahai.
    RedBoys recently posted..Lirik Lagu Senyum – Malique feat Najwa

  16. fitri says:

    bagus tindakan bro tu..tegur tu pun kita setuju..cuma ayat tu kena lunak sikit..jangan terus serang macam tu sebab bila kita cakap dengan cara yang baik (sindir2 pun takpe) lagi senang dia nak terima nanti..

    pengalaman akan menyebabkan kita lebih matang nanti..ley improve anger management lepas ni
    fitri recently posted..Sejauh Mana Kehebatan Nama URL Blog Anda

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors