Apa yang kau orang buat bila dah boring atau kekeringan idea ?????
Kalau aku dah boring, ada beberapa perkara yang akan aku lakukan
dan salah satu nya akan aku kongsikan di sini…
Kau Orang kenal tak siapa itu Wok Yoh, Samad dan Said ……????
Pernah tak kau orang dengar nama WokYoh, Samad, Said, Tok Nek Bea, Tok Wea, Abe Mat Lembu Chalole…. ??
Mungkin ada yang pernah dan mungkin ada yang langsung tak tahu akan kewujudan mereka ni, WokYoh, Samad, Said, Tok Nek Bea, Tok Wea, Abe Mat Lembu Chalole ni sebenarnya watak dalam siri Animasi Rakyat kelantan yang biasanya digunakan sebagai Klip Video untuk lagu Dikir barat Moden di Kelantan, dan watak asal Wok Yoh, Samad dan Said ini sebenarnya datang dari Wayang Kulit Kelantan.
Apa pun watak seperti WokYoh, Samad, Said, Tok Nek Bea, Tok Wea, Abe Mat Lembu Chalole, merupakan watak kegemaran aku yang akan melayan akau bila aku dah boring atau buntu
Apa kata kau Orang saksikan sendiri kehebatan mereka
Animasi Dikir Barat – Kereta Samad KEna Tarik (Video)
Samad, Wokyoh dan Said pergi Ujibakat
Samad, Wokyoh dan Said cakap KL
Samad, Wokyoh dan Said – Kempen Kebersihan
Apa pun Korang layan la dulu, dan aku tak bertanggung jawab kalau Video ni buat korang makin boring atai makin stress,





comei2 lah watak kartun ni..hahaha..teringat kat kartun keluangman
catzer recently posted..2010 Kejayaan atau Kegagalan
keluangman… usop sontorian.. dengan lagi satu sang wira… hehe
zik recently posted..How to block website that are no need to surf!
heheh
dah lama tak dengar nama usup santorian ni
off topic jap
selamat pengantin baru,catz
sangilapi recently posted..bengkel blackberry
tu la pasal aku pun lupa nak ucap…
selamat pengantin baru dan juga tahun baru
ni semua watak dalam wayang kulit kelantan
Sekarang ni jarang pulak jumpa kartun macam ni… Biasalah tu, peredaran zaman dan teknologi..
deCrewz recently posted..Berbaloi Ke Ramai Follower
kartun ni tak di komersialkan , dan hanya menjadi penghibur di dalam cd dikir barat je
Nampaknya industri dikir barat kelate semakin popular, kawe pun suko jugok tgk animasi ni… tp kadang2 je…selalunya bila boring layan movie je @ blogging @ berFB.
kawan pun sama la Mal
,
bila dah bosan kawan mula la cari animasi ni
boleh tahan juga ceritanya.. aku kadang2 suka juga tengok wayang kulit.. lawak juga cara penceritaan dia..
MR.Z recently posted..Senarai Filem Luar Negara Tahun 2011
kalau boleh faham lagi seronok layan
Tak tahu pula ada animasi dialek negeri. Boleh diketengahkan macam Upin Ipin meletop di negara Seberang
betul tu kalau diberi suntikan animasi yang labih berkualiti mungkin boleh pergi jauh, sebab penonton asing memang suka dengan benda yang berunsurkan budaya
aku dan anak2 gelak sampai sakit perut masa mula2 tengok video ni
tapi… isteri aku langsung tak gelak
dia tak faham
hahaha
tehr recently posted..Aktiviti Hari Hujan
heheh kalau tak paham memang tak lawak
aku memang suka tengok cerita kartun sebab merangsang minda supaya kreatif
heheh aku memang hantu anime terutama anime jepun
belum berkesempatan tengok. tapi yang aku tahu bila aku berkunjung ke kelate dulu..kelate penuh dengan artis yg menyanyikan lagu daelek keltae
tu artis underground kelantan tu
huhuhu pertama kali layan ni.. selama ni tak tau pun ianya wujud… dah tau ni layan je la gayanya
mancai recently posted..percuma grafik- script dan multimedia jan 2011
banyak kat dalam youtube boleh layan sampai pagi heheh
housemate aku slalu pasang..best gak dan mmg lawak..walaupun ade term2 loghat kelate yg aku xpaham..huhu
fitri recently posted..Sejauh Mana Kehebatan Nama URL Blog Anda
hahaha, kalau dapat paham semua lagi best
hahaha..walaupun ada satu dua perkataan tak paham tapi ley la paham sket2 ayat-ayat die pasal apa…huhu
fitri recently posted..Pak Cik Disukai Ramai Bersara Hari Ini
artis tu mesti famous kat kelantan walaupun kite tak kenal..huhu
kat kelantan pun ramai yang tak kenal kecuali peminat dikir barat
menarik. lapang2 sikit nanti aku tengok. hehe
RedBoys recently posted..Ini Jumlah Komen Saya
No hal bro,
ada masa boleh layan
kadang2 layan kartun camni best ugak..yang sedih pun boleh gelak sowang2..haha
Latest Entry :
-> Sila Klik Sini
tu la pasal..
kekadang sampai lupa nak buat benda lain