dnoBiz

Just In & Around My BoX



 

 

BETUL KE…….???

Pada Mulanya aku pun berfikiran macamtu, Kenape ? , Errrrr… mungkin sebab sejak dari dulu lagi bila sebut je kerja GOMEN (kerajaan la tu) mesti makcik makcik ngan pakcik pakcik  akn cakap………

Wahhh betuah nye…….

Beruntung sapa dapat buat menantu… (silap sikit MEnatang tu )

Ye ke… ?

Tah aku pun tak pasti, tapi yang aku pastinya, kerja kerajaan ni terjamin, takde risiko, ada pencen, kebajikan terjaga, nak buat pinjaman mudah, dan yang paling penting….. senang nak masuk minang anak dara orang , bawak je slip gaji 3 bulan kompem lulus…. hehehehehe (melawak je tu).

Sebenarnya dah lama aku terpikir tentang situasi ni tapi selepas terjumpa dengan kawan lama aku, aku semakin …

Bukan sebab aku jaki dengan oreng kerja gomen ni (ada a sikit) tapi, selepas aku berjumpa dengan kawan lama masa aku kerja kat Johor sekitar tahun 1998-2000, aku semakin yakin tengtang situasi ni.

 Dulu budak ni kerja sebagai Pegawai (aku pun tak pasti pegawai apa) kat salah sebuah jabatan kerajaan di JB, dan menyewa di Pasir gudang, bersebelahan dengan rumah tempat aku menyewa (jalan betik,Taman kota Masai), Mungkin kerana aku dan dia satu negeri jadi kami cepat akrab, dan pada tahun 2000 aku terputus hubungan dengan dia , sebab aku berhenti kerja dan balik ke Kelantan kononnya nak berniaga,

Nak dijadikan cerita baru baru ni aku terserempak dengan budak ni di Kota Bharu, aku ingatkan dia dah dihantar bertugas kat Kelantan, tapi rupa rupanya dia telah berhenti kerja tu yang buat aku terkejut,(sebab masa last aku jumpa dia dulu gaji dia dah dekat RM 3K). dan sekarang dia tengah usahakan satu projek pertanian (tanaman serai) dengan bantuan jabatang Pertanian. dan pendapatn dia sekarang pun tak kalah dengan apa yang dia dapt masa kerja dulu,

Sekadar gatal mulut aku tanya dia, dia tak menyesal ke berhentikerja dulu, aku ingatkan dia nak cakap menyesal, ataupun tak menyesal sebab apa yang dia dapat sekarang setanding dengan apa yang dia dapat dulu, tapi lain pulak jawapan dia…..

Pada dia, dia dah terlepas dari tanggung jawab dan amanah yang amat berat,  yang melibatkan amanah dan tanggungjawab dari seluruh Rakyat Malaysia….. (dalam hati aku  taksyak lagi apa yang bermain di kepala aku selama ni ) cuba fikirkan darimana datangnya duit gaji, alaun, claim, dan lain lain lagi yang dibayar pada dia , kalau bukan duit hak milik rakyat yang hampir 28.9 juta orang ni,

Cuba fikirkan dengan siapa kita nak mintak maaf dan nak kita mintak halal duit gaji yang kita dapat, dan kita gunakan untuk sara keluarga, bagi kat mak dan ayah kat kampung, pendidikan anak anak tu, bila kita tidak menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan ?… buat kerja sambil lewa, lepak kat kedai kopi sampai berjam jam di waktu kerja, buat kerja luar sampai menjesjaskan kerja yang telahdiamanahkan, mengunakan harta benda kerajaan untuk buat kerja peribadi, tu belum masuk bab MC dan macam macam lagi.

Cuba nak melanjutkan perbualan aku tanya dia.., dia dulu macam tu ke ?…

Benda ni berlaku dalam kita tak sedar…. dan ramai yang tahu, (tapi tak semua kakitangan kerajaan macam ni) dah memang menjadi kebiasaan kakitangan kerajaan, lepak kat kedai kopi dari pukul 9 pagi kekadang sampai 10 pagi masih lagi melepak dan berborak di kedai kopi atau warung, masuk kerja baca akhbar, layar  internet, main game, kerja buat ala kadar je, jadi lama kelamaan kita dalam tak sedar dan tanpa rasa bersalah terikut benda macam ni, jadi macam mana rezeki yang kita dapat tu nak ada kerberkatan ? tau tau dapat gaji tak sampai seminggu dah kering lagi, tiap tiap tahun naik gaji pun tak cukup cukup, terpaksa buat kerja sambilan, sampai rumah tangga dan keluarga pun terabai dan tunggang terbalik disebabkan tak cukup masa untuk keluarga,

Tapi ramai yang tak nak sedar, yang tahu cuma nak cari silap orang lain, untuk menutup kejahilan sendiri, mula lah nak salahkan harga barang la, minyak la, itula ini la , lembu kat tepi jalan pun kalau boleh nak dijadikan penyebab, Padahal semua tau rezeki kalau tak berkat memang banyak manapun takan cukup..

Saja nak menyejukan keadaan aku buat soalan bodoh….

Yang kau ni macam mana boleh tersedar lak….? kepala terantuk kat dinding ke ? pastu dapat hidayat ? hehehehe

Dia sedar kerana seorang rakan yang juga merupakan orang bawahan dia, yang gajinya separuh dari gaji dia, yang mempuyai anak lebih ramai dari dia, tapi selalu bagi dia pinjam duit bila dia kekeringan…., mulanya dia sangkakan kawan dia ni jenis yang berjimat cermat, dan mempunyai gaya hidup yang lebih sederhana dari dia, tapi bila dia selidik  rupanya gaya hidup kawan dia ni tak jauh bezanya dari dia, sebulan sekali bawak kaluarga keluar makan, tiap tiap tahun mampu pergi bercuti dengan keluarga, setiap kali raya mampu menyediakan persiapan lengkap untuk keluarga, peralatan rumah lengkap, senag cerita hampir sama dengan cara hidup dia. Dan bila di tanya apakah rahsia yang kawan dia gunakan dalam menguruskan kewangan, kawan dia cuma cakap REZEKI TAK SEMESTINYA BANYAK TAPI YANG PALING PENTING BERKAT “. ( TAMAT CERITA KAWAN AKU )

Aku ada teringat teguran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan terhadap segelintir penjawat awam yang sanggup memandu hingga ke Nilai atau Port Dickson dari Seremban hanya semata-mata untuk bersarapan atas alasan makanan di tempat berkenaan lebih lazat. Dan juga, saban tahun, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan berjuang untuk meminta bonus dan kenaikan gaji. Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga berkali-kali mendambakan perkhidmatan terbaik kelas pertama daripada penjawat awam.

Senang Cerita ………….

LU PIKIR LA SENDIRI (pinjam ayat Nabil)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: INFO, SANTAI

15 Responses so far.

  1. yus... says:

    itulah pasal aku nyesal berhenti kerja kilang lompat masuk gomen, hari2 terpikir bab tanggungjawab yang berat tuh… kerja kilang lain, ada kerja ada gaji, lewat potong gaji, malas boleh turun gaji, kompeni down, kena berenti… duit gaji sama ngan gomen gak tapi cukup serba serbi…

  2. dino says:

    takpe bro,
    yang penting niat kita kerja tu iklas dan nak cari rezeki yang halal,
    dan kita cuba buat yang terbaik, selebihnya tawakal je la bro..

  3. rizal says:

    Aku ni kerja kerajaan sejak sekian lama…Statement kata keje kerajaan goyang kaki tu tak tepat sbb kena tengok kat mana tempat dia kerja….

    Kat tempat aku kekadang kena standby sampai 11 malam….esok pagi pukul 8 dah masuk pejabat….sampai anak bini pun bising….Dah le pangkat pegawai tapi takleh nak claim OT…Ok je aku….Berkhidmat untuk rakyat

    Pasal org yang berhenti dari kerajaan kena tengok jugak….Mungkin statement ko bagi tu betul…Tapi berdasarkan pemerhatian aku org berhenti kerajaan antaranya sbb dapat extra pay…..Dan banyak juga yang buat masalah dan diberhentikan atau dinasihatkan berhenti….Tapi apabila org tanya kenapa berhenti, diaorang cakap taknak subahat (nak cover line)….

    Sbb. tu kalau org kata keje kerajaan senang, sekarang jugak aku offer sapa-sapa nak masuk…Cuma ramai org nak apply kerja kerajaan ni sbb security,sbb kerajaan tak boleh buang pekerja begitu shj macam swasta melainkan ko betul2 buat masalah…

    Sedikit komen dari org keje kerajaan…..

    • dino says:

      Terima Kasih zal,
      Sebab sudi untuk kongsi pengalaman di blog ni,
      Apa pun terlebih dahulu saya nak mintak berbanyak maaf jika cara penulisan saya ni menyebabkan saudara salah paham. tu memang kelemahan dan kesilapan saya.

      kalau rizal baca betul betul artikel tu, tak ada satu stetment pun yang mengatakan kerja kerajaan ni goyang kaki, dan tak kira dimana sekalipun tempat kerja semuanya mempuyai tugas yang diamanahkan.

      Yang ditekan kan di artikel ni adalah tanggungjawab dan amanah yang amat besar yang dipikul oleh kakitanggan kerajaan, yang sering disalah guna oleh penjawat tu sendiri, dan juga sering disalah anggap oleh orang awam (yang beranggapak kerja kerajaan ni mudah dan relaks)

      dan tentang stetment kawan saya tentang perkerja yang tidak bertanggung jawab (buang masa, goyang kaki tu)tu, dah dinyatakan tidak semua yang begitu (statmen yang diletakkan dalam kurungan)

      lagi satu pasal kenapa kawan saya tu berhenti
      “dia berhenti bukan sebab taknak bersubahat kerana kerja tak seberapa tapi gaji tinnggi yang dia dapat (kerja senang tapi gaji mahal), tapi dia berhenti sebab dia gagal untuk mejalankan tugas seperti yang diamanahkan dia dan dia mengaku yang dia tergolong dalm golongan perkerja yang tak bertanggung jawab, sebab tu dia berhenti kerja sebab dia rasa gaji yang dia dapat tu tak berkat ”

      jadi saya harap tuan dapat meluangkan sedikit masa tuan untuk membaca semula artikel diatas dengan hati yang terbuka,

      Ps : kalau tengok pada tajuk tu pun saya letakkan tanda soal di hujungnya
      dino recently posted..Malique feat MNasir – Mantera Beradu

  4. suri says:

    huhu.. slu gak tgk kwn2 kje best jer hee..tapi klu kena gaya dia krja btul pasti rezeki kita akan berkat..

    jika ada pelunag baru apa slahnya berhenti buat busines sendri..

    berkali2 isi borg spa bro tapi tak der rzki juga adeiii…

  5. samdaddycool says:

    Kupasan yang menarik dan perlu diselami oleh semua pekerja, tak kira keje gomen, mahupun swasta.

    Yang penting, peganglah amanah.
    samdaddycool recently posted..Nasi Lemak 50 sen Nora Danish Cuti-cuti Cinta ada patut ka

  6. sbg seorang penjawat awam yg baru je 5 bulan pengalaman & juga mempunyai pengalaman dlm swasta selama 5 tahun.

    X semua kerja kerajaan relax, malahan kadangkala lebih memenatkan sbb adanya protokol dan prosedur kerja.

    Skrg ni aku rasa x besh plak kerja kerajaan krn kerjanya yg slow…tp nak wat camne dah itu tradisi turun menurun tambah2 di agensi kerajaan tempatan ini. tp susah nak ubah mentaliti mereka tambah2 yg dah senior.

    Apapun, aku hanya melakukan kerja spt biasa dan memberi yg terbaik krn sudah terbiasa dgn kerja swasta yg cepat dan pantas..

    X semua penjawat awam kerja relax, ada juga kerja yg melebihi drpd biasa. contohnya dlm bidang ICT. Aku plak dihantar dr kerajaan pusat ke kerajaan negeri adalah semata2 utk membudayakan ICT di agensi kerajaan tempatan. 1 tugas yg sukar tp perlu dilakukan demi amanah & tanggungjawab yg diberikan. Aku harap dpt berjaya melakukannya.

    ps: apa yg aku merepek ni :P
    aktechpage.com recently posted..liga-MSokernetcom- Blog Bola Sepak Malaysia Terkini

    • dino says:

      InsyaAllah Bro selagi kita iklas dan pegang amanah yang diberi,pasti berkat dan selamat,

      Ps : mungkin satu hari nanti kau dapat mengubah budaya tu, angap la kau sebagai perintis kepada perubahan budaya kerja kat sana
      dino recently posted..Lari tak mahu nikah

  7. malas says:

    ramai sangat pekerja gomen sampai sejuta mau tade kerja, cuba kurangkan jadi 200k ke, baru le sume ade kerja

  8. hafizah says:

    kerja kerajaan menjadi idaman semua (termasuklah saya). gomen keje, byk elaun..apa pun tak berani nak kkomen, cz tak pernah keje gomen.

    saya suka keje swasta, keje nak on the spot. hari ni nak hari ni siap. mungkin pressure. tapi berbaloi. kerja swasta ni actually seronok kalau kawan2 dalam tu friendly.. tak sombong
    hafizah recently posted..Sedih dan sunyi

  9. yaana says:

    sy dah keje gomen 4 bulan, jadi cikgu kontrak.niat mmg awal2 dah terpesong.nak gaji jer.sbb besar.dapat offer, cube jer la.mane tau suke kan.tapi, last2 hati mmg x suke.lagi2 keje dgn kanak2.kanak2 umur 1-4 tahun.lagi ler x minat.last2 tanyer kat husband,husband cakap,kalau niat pun dah terpesong, x ikhlas, baik awak berhenti.cari keje yg sepadan dgn potential awak tu.sblm dpt cikgu ni, sy keje kat marketing department and admin kat construction company.pengalaman, 5 tahun dlm bidang tu.kerana nak ambik keje kat gomen,sy berhenti, maklumla, jwatan penolong pegwai kan,sekarang, padan muka sy sendiri, sy mmg langsung x minat.keje sonang jer, tukar pampers budak, dpt gaji 1800 tiap2 bulan.mcm x berkat jer keje mcmtu.kesian kat budak2.cikgu die x ikhlas ajar diorang.skrg ni, nak berhenti keje dah dari gomen.lega hati ckit.

  10. Nor says:

    Just sharing……

    Sy ada 3 siblings kerja gomen, sorg pulak separuh gomen, sy ex bank swasta.. Dulu sy selalu ada typical thinking pasal pekerja gomen ni. Like keja senang, byk goyang kaki, gaji tinggi. Tp lama2 perhati diorg dan analisa, sy tarik balik semua anggapan sy selama ni. Mmg byk je yg memang memegang amanah yg diberi dgn penuh tangggugjwb. Sy perhati siblings sy, amanah je sy tengok. sy dengar keluh kesah diorg, pening diorg, dan kadang2 kegembiraan diorg dlm menjalankan tugas. Sama je apa yg dilalui mcm kita2 jugak. Berbelas thn memegang amanah, sorg tu dah masuk puluh. Dari bwh sampai atas, dpt khidmat cemerlang semua. Sy rasa pucuk pangkalnya kita’ah. Kalau kita pegang amanah tu betul2, insyaAllah berkat aje gaji kita tu baik gomen baik swasta. Klu rasa gaji terlebih byk dr kerja, boleh aje assist colleagues lain buat kerja utk cuba setimpalkan kerja dgn gaji. Dkt bank swasta tmpt sy dulu pun ada jugak kaki ponteng kaki curi tulang. Again, pokok pangkalnya kita..

    Tp, satulah, loan utk diorg mmg senang.. Jeles I.. Hehe.. Tp itu bukan salah diorg.. Tu salah bank menganaktirikan swasta :)

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors

    TAG

    VISITOR




    Personal blogs

    Alexa Rank