Berniaga di bulan Ramadan – Pinjaman khas peniaga Ramadan
TABUNG Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun Nasional) sentiasa mempelbagai perkhidmatan untuk membantu usahawan di negara ini termasuk memberi peruntukan pembiayaan khusus kepada usahawan yang ingin berniaga sempena bulan Ramadan.
Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan berkata, sejak 2007 lagi pihaknya sudah membantu menyalurkan pinjaman kepada peniaga dengan jumlah maksimum RM3,000.
Katanya, Tekun Nasional juga tidak menetapkan peruntukan pinjaman untuk disalurkan bagi program itu kerana ia sebahagian daripada dana sedia ada selain daripada pembiayaan biasa untuk usahawan kecil yang memerlukan modal memulakan perniagaan tidak lebih dari RM50,000.
“Pinjaman untuk peniaga pasar Ramadan ini adalah satu inisiatif kami untuk memberi peluang lebih ramai usahawan yang ingin menjana pendapatan sepanjang Ramadan dan setakat ini sambutan diterima sangat memberangsangkan.
“Lebih istimewa usahawan yang memohon pembiayaan ini boleh membayar pinjaman selepas Ramadan dengan caj perkhidmatan hanya 2.0 peratus sebulan,” katanya kepada Bisnes Metro ketika dihubungi semalam.
Menurutnya, pembiayaan terbabit masih terbuka kepada mereka yang berminat dan pihak Tekun juga akan mempercepatkan proses permohonan.
Sementara itu, beliau berkata bagi pembiayaan biasa pihaknya menyalurkan kira-kira RM40 juta sebulan kepada usahawan yang melepasi syarat kelayakan dan menyasarkan RM400 juta pinjaman menjelang akhir tahun ini.
“Setakat ini, pihak Tekun hanya menerima kutipan semula RM20 juta sebulan dan berharap peminjam tidak sambil lewa membayar semula pinjaman,” katanya.
mereka kerana ia secara tidak langsung menyekat peluang usahawan lain yang memerlukan pembiayaan untuk memulakan perniagaan.
“Tekun memang memfokus pada peniaga kecil yang memerlukan pembiayaan untuk perniagaan mereka dan menjadi tanggungjawab peminjam untuk bersama membantu usahawan lain memperoleh kemudahan yang sama,” katanya.
Beliau berkata, Tekun kini bukan lagi satu institusi mikro kredit, tetapi sudah menjadi institusi pembangunan strategik usahawan yang dapat memanfaatkan peminjam seluruh negara.-MyMetro
Ps : Masa nak Pinjam buat Muka Sedih….. bila nak Bayar buat BODOH……. bangan punya makhluk…
pss : Untuk lebih Lanjut Tanya TEKUN





pernah terbaca yg kalau berniaga kat bazar ni,untung berniaga boleh tahan smpai berbulan2 tak yah berniaga..punya la berkat bulan Ramadan..
khairol recently posted..Renovate rumah dan durian runtuh..
Baguslah ada pinjaman boleh membantu peniaga yang tidak mempunyai modal besar untuk menjalankan perniagaan.
akubiomed recently posted..Sentuhan Kasih Ramadan Kg Orang Asli Bukit Kala
berniaga ni mmg untung..xkire bazar ramadhan ke pasar malam ke..blh cecah ribu2 skali jual..huhu
bagus la kalau dah boleh buat pinjaman untuk berniaga kecil2an…berkat rezeki, lagi2 di bulan yg mulia ini