dnoBiz

Just In & Around My BoX



gejala artis rosak akhlak

Artis Tak Bermoral – Tanggungjawab siapa sebenarnya ??

Sampai je di rumah pukul 1 pagi tadi aku terus buka pc yang sememangnya dah beberapa hari aku tak matikan, tujuan hanya satu.. iaitu  untuk baca berita terkini daripada akhbar on line, kerana aku tak berkesempatan menonton bulitin utama jam 8 pm tadi..

YOYO… ??

Yang terlintas dikepala aku masa baca patah perkataan tu ialah benda bulat bertali yang berpusing ligat dan pergerakan naik turun….

Tapi bukan itu yoyo  yang dimaksudkan..

Yoyo yang dimaksudkan ialah Surendro Prasetyo yang merupakan pemain drum Kumpulan Padi “Padi Band” dari Indonesia, yang juga merupakan bekas suami penyanyi popular Rossa yang telah ditangkap Polis kerana kesalahan penggunaan dadah, dari apa yang aku baca , beliau ditahan pada pukul 2 atau 3 pagi di kediaman beliau bersama syabu seberat 0.5 gm.

Yang menariknya ialah beliau merupakan salah seorang dari 12 orang artis Popular yang sedang dalam pemerhatian pihak polis Jakarta.

Sebenarnya aku bukan nak bercerita tengtang si Yoyo ni, tapi masaalah moral artis kita yang makin kelongkang (bukan semua)..

Isu yang berkulat dan makin berulat ni sememangnya satu isu yang bermusim, ada Musim Dedah, Musim Dadah dan Musim Redah..

Musim dedah ialah bila musim artis tak tahan dengan suhu panas, tapi yang peliknya mereka bukan sahaja panas di waktu siang tapi suhu panas tersebut turut melanda mereka di malam hari dan tidak terkecuali di bilik berhawa dingin, dan disebabkan kepanasan itu mereka terpaksa mengurangkan jumlah kain yang dipakai bagi membebaskan Hawa panas yang turut menyebabkan kaum lelaki terbeliak kepanasan..

Musim dadah.., yang ni tak kira lelaki atau wanita, tapi biasanya yang ramai kantoi ialah artis lelaki, puncanya aku pun tak pasti samaada sekadar keseronokan semata mata atau kerana bebanan kerja yang amat mencabar sebagai artis, atau mungkin juga mereka tertekan kerana terpaksa berhempas pulas memerah otak dan keringat bagi meningkatkan tahap lakonan atau nyanyian mereka demi bersaing dengan artis Holliwood, tapi dari segi masaalah sosial mereka memang hampir mengalahkan artis barat…

Musim Redah…, yang ni pun merupakan salah satu musim yang tak bermusim di kalangan artis Malaysia terutama Melayu, Mereka ni merupakan golongan yang jenis redah je tampa kira halal atau haram, isteri orang pun dia redah, laki orang tak terkecuali, bahkan sama jenis pun dia geledah sama, muhrim ke tak, haram atau tidak itu tolak tepi, asal jumpa je nak peluk, nak cium, nak romen, tak kira la depan orang ke, atas orang ke atau bawah orang…, kalau belakang orang lagi la banyak tempat dia redah….

Dulu memang aku salahkan mereka ni, aku salahkan sikap mereka yang tak sensitif dengan pandangan masyarakat, tak sensitif dengan budaya, tak sensitif dengan agama.. tapi bila difikirkan balik ….. mereka memang bersalah tapi yang lebih bersalahnya ialah orang yang berwajib dalam bidang penyiaran, yang telah membenarkan mereka yang tidak bermoral ni keluar di majalah, di kaca tvdan di radio…

Jadi aku kemuadiannya menyalahkan pihak yang bertanggungjawab dalam penyiaran dan percetakan.., aku salahkan mereka kerana tidak menghalang artis sumpahan hollywood ni terus mendapat tempat di media dan terus menjadi tontonan dan mempengaruhi penonton terutamanya remaja dan kanak kanak… TAPI…

Tapi Bila aku pikirkan semula, semua kesalahan tersebut tidak sepatutnya aku humban kepada mereka sahaja, kerana sabagai pengguna dan penonton yang waras aku sebenarnya ada pilihan, aku berhak menetukan artis mana yang akan terpampang di kaca tv, suara siapa yang akan berkumandang di corong radio aku dan gambar siapa yang akan terpampang di majalah pilihan aku…, tapi jangan salah faham pulak aku bukan ada syer dengan TV3, Radio Era atau majalah Mangga…

Maksud aku, aku boleh buat pilihan samada nak tengok cerita lakonan, lagu nyanyian dan membaca majalah yang ada cerita dari artis yang tak bermoral ni, bukan ada paksaan atau syarat pun, Tv tu aku punya alat kawalan ditangan aku, jadi tak salah kalau aku boikot apa apa saja cerita atau program yang berkaitan dengan mereka yang tak hormati Islam, Orang Malaysia, bangsa dan adat resam Melayu..

Dan aku rasa jika semua bertindak macam tu rasanya pihak berwajib tak perlu gubal undang undang baru untuk sekat gejala ni, kalau semua sepakat ambil tindakan ni rasanya takkan ada pihak yang berani nak siarkan lagu artis yang bermasalah ni, takda stesyen Tv yang sanggup siarkan drama atau rancangan berkaitan dengan mereka, takde majalah yang sanggup ambil risiko untuk tulis cerita mereka dan Takde DJ yang sanggup putarkan lagu mereka…

Bukan itu sahaja bahkan Mungkin takkan ada pengarah atau penerbit yang sanggup ambil mereka untuk projek mereka…, mungkin pelakon dan pemuzik juga takan sanggup berkerja bersama mereka…

Namun ini bukan bermakna aku berniat nak menutup terus periuk nasik mereka, tapi ini adalah pengajaran kepada mereka dan sekiranya mereka Insaf dan berubah tak salah untuk kita kembali memberi sokongan pada mereka…, dan sekarang pun aku tetap sokong Jamal Abdillah, Salim Iklim, dan Radi OAG yang sedang mendapat bantuaan di PENGASIH…

Ps : Teringat kata kata seorang sampah “terima kasih kepada peminat saya yang masih setia menyokong saya” dan ada juga sampah yang cakap “selepas kejadian rezeki saya semakin Murah”

Pss : Kalau kita beri sokongan pada mereka adakah kita dikira bersubahat ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: SANTAI

32 Responses so far.

  1. suri says:

    macm-macam hal yer artis skrg ni pelik bebenor lain kerj atak der ker huuu..

  2. suri says:

    rasanya yg atas tu gamar dah lama kan..kan..

    erk..
    abaikan jelah heeee

  3. adamfaiz says:

    Ikut suka kita la kan… kita tak suka, tukar je channel atau programme lain..

    P/S Aku dengar gambar di atas diambil sendiri oleh isteri si pelakon lelaki.. betul ke idak…tak tau lah..
    adamfaiz recently posted..Al Fatihah Untuk Anak2 Papa

  4. Notakaki says:

    diorang semua ni sepatutnya kena bagi pendidikan khusus..ni sumanya kurang pendidikan moral..

  5. aimannajmy says:

    mak aiih walaupun matanya dikaburkan tetap aku dapat cam siapakah mereka itu hehe
    aimannajmy recently posted..Blogger Yang Kecewa

  6. Salam bro dino,

    Saya rasa akhlak mereka semakin teruk disebabkan terlalu banyak ruang dan keselesaan yang diberikan kepada mereka.

  7. akubiomed says:

    Rasanya bro Dno ada tertinggal Musim Edah :-)

  8. Macam kenal jer makcik dalam gambar tu…. ;)
    Akhlak teruk sebab dorang nak kejar harta dan dunia ni. Pernah join dgn dorg2 ni dulu, kalau tak pandai teguk katanya nanti susah nak layan producer dan pengarah. tak dapat tawaran berlakon krg…. Seks tu toksah nak kira lar….
    Ada penerbit album yg asyik nak bagi peluang perempuan cantik jadi penyanyi dibawahnya walau tak pandai nyanyi.., janji.., layaaaaan….

    PS: Bukan join sekaki, duduk cerita semeja jer…..
    Sabahan Bloggers Club recently posted..WW- SBC February Statistic

  9. saiful says:

    gosip,dadah,maksiat dan segala benda negatif dah jadi perkara yg terlalu biasa dlm dunia hiburan.Nak nasihat diaorang pun,masing2 dah besar panjang.Senang cerita,tukar channel bila artis yg bermasalah muncul di tv.
    saiful recently posted..Saman Atau Nyawa

    • dino says:

      betul tu, bila rating siaran dah menjunam baru takde penerbit nak ambil mereka, baru mereka nak berubah kot…

  10. Dunia artis ne memang konfrontasi la,sesape yang teringin jadi artis ,sebaiknya sedar la apa yang bakal menanti meraka ,samaada kemasyuran atau kehancuran
    joomla templete recently posted..Game Joomla Themes 2011 World Wide Appeal and Market

  11. tehr says:

    dah pasti kita bersubahat kalau menyokong benda2 salah
    aku setuju, dB
    pilihan di tangan kita
    tehr recently posted..Pantun Makanan Tradisional

  12. decrewz says:

    Macam kenal je artis kat atas tu..he3.
    decrewz recently posted..Tukar Gambar Kepada Bentuk Teks

  13. zik says:

    artis susah untuk dijadikan role model… memang betul ada yang tak hipokrit.. cuma berapa kerat jer.. tapi kalau tengok mereka di layar perak.. terkesan diaorang punya lakonan… fuhh
    zik recently posted..Bahasa isyarat – apa kepentingannya

    • dino says:

      lakonan semata mata.. walaupun tak semua tapi kalau dah ramai yang macam tu memang ahru dibuatnya..

  14. X amik kisah sgt dgn Artis Malaysia ni… buang masa je…xde pekdah…
    aktechpage.com recently posted..MrMartinWebCom- Muzium Teknologi Online

  15. titan says:

    salah diri sendiri. Itu yang pasti. Bukan diorang tak boleh fikir sendiri.
    titan recently posted..Edisi Siasat – Buat Duit dengan Saysmy

  16. Ladfe Amir says:

    aku cuma harap apabila mereka sudah tidak laku lagi pasaran, mereka akan mencari insan yg berguna.

    bukan semua artis bawak masalah, tapi ramai juga yg berjaya menjadi pendorong kepada kejayaan orang lain.

    bila dah berusia , mereka juga nampaknya berjaya menjadi insan yg baik
    Ladfe Amir recently posted..Salahkah Jadi Orang Ketiga

    • dino says:

      betul tu Mir..
      sebanrnya kita mampu menentukan siapa yang kita nak angkat dan siapa yang perlu kita jatuhkan

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors

    TAG

    VISITOR




    Personal blogs

    Alexa Rank