Memey dan Norman Kantoi Tinggal Satu Rumah ????
KUALA LUMPUR: Kontroversi mengenai isu pelakon popular, Abby Abadi ‘mengkantoikan’ Memey Suhaiza dan Norman Hakim akan terus menjadi tanda tanya di kalangan peminat, terutama apabila pelakon muda itu mengambil sikap berdiam diri daripada menjawab tuduhan terhadapnya.
Atas alasan ‘berdiam diri lebih baik’, Memey cuba mengelak usaha wartawan Metro Ahad mendapatkan kenyataannya mengenai kontroversi terbaru melandanya.
Dalam SMS kepada wartawan, Memey berkata, dia tidak mahu lagi melayan isu yang cuba ditimbulkan dan banyak belajar berdepan situasi yang tidak akan ada kesudahan.Berikut adalah SMS Memey: “Sebelum-sebelum ini pun ada benda sama… akan ada saja cerita yang memburukkan saya bila saya menjawab walaupun hanya untuk mempertahankan diri.
“Pihaknya pasti akan counter back (balas)… that’s why saya cakap berdepan dengannya dan perkara sebegini saya memilih ‘silence’, saya tidak mahu benda ini berpanjangan… saya penat. Banyak perkara penting perlu diutama daripada melayan benda-benda yang tidak berfaedah.” Dipetik dalam berita on-line sebelum ini, Memey menyatakan tidak salah dia menjawab panggilan bagi pihak tunangnya dan bukan kesalahan besar hingga boleh menyebabkan bekas isteri tunangnya marah.
“Selepas sampai di lokasi, saya diberitahu dia memberitahu perkara itu di facebook. Kalau dia boleh fikir secara logik, itu bukan satu isu yang perlu dimarahkan sehingga beritahu kepada umum. Lagi pula saya tidak tahu dia yang buat panggilan sebab tiada tertera nombor telefon dia.“Saya tahu dia tidak suka saya, jika kami memang tidak boleh berbaik sekali pun, tapi tolong jangan timbulkan sengketa. Saya mahu buka buku baru untuk tahun ini, tapi dia mulakan dengan buat persepsi buruk terhadap saya.
“Perkara ini juga membabitkan maruah saya. Saya malas mahu besarkan keadaan dan saya hanya nasihatkan supaya dia fikirkan dulu sesuatu perkara secara rasional.” Sebelum ini Abby menerusi laman sosial facebook, Abby Abadi Lurvly Fanpage menyatakan rasa tidak puas hatinya apabila Memey didakwa menjawab panggilan telefon yang dibuatnya kepada Norman bertujuan menjemput anak mereka ke sekolah.Abby menyatakan rasa tidak puas hatinya melalui status facebook pada 3 Januari lalu: “Ya Allah pagi2 lg (pagi) dah menyirap… Siap ank (anak) nk (nak) ke sekolah, tggu (tunggu) papanya lambat sgt (sangat), sy (saya) call… suara p angkat, “kejap2 Abg tgh (tengah) siap”… Sy (saya) cam suara tu… Ank (anak) pun kata “eh apasal dia angkat”… Sy (saya) tanya “p gatal, x (tak) malu ke angkat2 cal aku ni? Bangga sgt (sangat) nk (nak) tunjuk dok (duduk) serumah?” dia jawab “bialahh (biarlah)… Sibuk jer” pastu (selepas itu) dia letak… bule camtu (boleh macam itu)? Bukan baru… Lama dah sy (saya) tau (tahu) pasal ni… Mmmmm, cari pasal sungguh… Geliii! Isu berkenaan adalah yang terbaru melanda mereka sejak keruntuhan rumah tangga Abby dan Norman yang didakwa gara-gara hubungan cinta pelakon lelaki terbabit dengan Memey.
Kemuncaknya bila Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nor Hakim Zaidon, 35, dan Memey, 23, didakwa berkhalwat di pejabat pelakon lelaki terbabit di Taman Ukay Perdana, di sini, pada 30 Oktober 2008.
Memey dan Norman bertunang pada September tahun lalu di rumah keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.
Kini, Abby yang juga bekas penyanyi berkumpulan Elite pula dikatakan menjalin hubungan cinta dengan pelakon kacak, Zulkifli Ariffin, atau Zul, 24, apabila sering kelihatan bersama walaupun masing-masing tidak mengesahkan secara terbuka.Sumber : MyMetro
Untuk Berita ni aku cuba buat dua andaian
Positif :
Memey datang kerumah Norman diawal pagi untuk mengejutkan Norman Yang terlupa untuk solat subuh atau pun terlewat bangun selepas tidur semula lepas solat subuh, dan Memey tak masukpun dalam rumah cuma menunggu di luar rumah, tengtang Hp Norman tu memang norman yang kasi pada Memey sebelum di pergi bersiap, supaya memey boleh tolong jawabkan panggilan dari Abby yang mungkin akan call sebab norman dah terlewat untuk menghantar anak ke sekolah.
Nota : kalau ini keadaannya aku simpulan kejadian ni hanya salah paham dan Abby patut minta maaf
Negatif :
Andaiyan negatif adalah sama seperti apa yang dikatakan dan andaiyan yang dibuat Oleh Abby
Ni aku petik beberapa statmen yang pada aku, aku anggap cakap tak guna akal dari petikan diatas jika perkara ni adalah seperti yang didakwa Abby..
- “Pihaknya pasti akan counter back (balas)… that’s why saya cakap berdepan dengannya dan perkara sebegini saya memilih ‘silence’, saya tidak mahu benda ini berpanjangan… saya penat. Banyak perkara penting perlu diutama daripada melayan benda-benda yang tidak berfaedah.” (dia paham ke maksud benda yang tak berfaedah tu..??)
- “Selepas sampai di lokasi, saya diberitahu dia memberitahu perkara itu di facebook. Kalau dia boleh fikir secara logik, itu bukan satu isu yang perlu dimarahkan sehingga beritahu kepada umum. Lagi pula saya tidak tahu dia yang buat panggilan sebab tiada tertera nombor telefon dia. ( Norman tak save No Abby ??? Isu yang tak perlu dimarahkan??? (kitab agama mana yang dia pakai ni???))
- “Perkara ini juga membabitkan maruah saya. Saya malas mahu besarkan keadaan dan saya hanya nasihatkan supaya dia fikirkan dulu sesuatu perkara secara rasional.” (Maruah dia ??? (ada lagi ke maruah dia kalau pepagi buta dah berada dalam rumah lelaki bukan muhrim??) Fikir secara Rasional ??? ( rasional macam mana tu ?? ke kena anggap bersekedudukan ni perkara biasa untuk orang melayu beragama Islam ??))
Ps : Rumusan negatif diatas ialah jika betul seperti didakwa oleh Abby
Apa Nak jadi dengan Artis Melayu Ni ??
Mengapa makin lama makin kelongkan akhlak artis Melayu ??, kemana sudah Hilang Islam dalam diri mereka ?? dengan isu dedahnya , dadahnya, khalwatnya dan statment dah kenyataan bodoh tahap tangki kumbahan yang dikeluarkan bagi menyelamatkan diri dan menegakkan benang basah.. ?
Macam ni ke akhal dan pemikiran yang patut ada pada mereka padahal mereka adalah golongan yang selalu muncul di khalayak ramai dan jadi tontonan oleh segenap lapisan masyarakat, dan yang paling bodohnya ialah keyataan “itu hak peribadi atau itu kehidupan peribadi” kalau tak nak hak dan peribadi di selongkar jangan jadi selebriti atau arti.., itu pun masih tak paham dan mungkin mereka terlalu bodoh untuk paham,
Apa kata Korang ??
Ps : Takan hilang meriah dan kehebatan industri Filem dan Muzik di Malaysia jika artis tangki kumbahan ni diharamkan dari keluar di semua je nis media dan diharamkan terus dari berada dalam industri, Masih ramai lagi artis dan selebriti yang berakhak mulia dan berilmu….. Pihak kementerian fikir fikirkan lah





macam2 hal la diaorang nih….
haiz..
MDHAFiZ.NET recently posted..AssignmentOhassignmentWhy Math so difficult
kantoi lagi
bila la nak habis cari publisiti murahan ni..haha
syahrilhafiz recently posted..One Republic – Secrets OST The Sorcerer’s Apprentice
aku boring kengkadang dengan artis Malaysia..sangat sikit yang boleh dijadikan role model..sedih juga dengan peminat yang hanya mengikut jejak langkah artis terbabit dalam berpakaian terutamanya..tak pernah nak fikir
maen pakai je ape nak pakai tanpa fikirkan boleh pakai ke tidak…
gantikan aje dengan artis lain..asik nak kontroversi je memanjang…
fitri recently posted..AJL 25- Debaran Atau Kontroversi Freemason Lagi
malu la kantoi sekali lagi.
macam-macam hal mereka ni. lepas satu satu yang berlaku. ingatkan dah berakhir sebab lama nyepi dari gossip mereka. apa nak jadi industri hiburan sekarang ni.
RedBoys recently posted..Senarai Pemenang AJL25 TV3
andaian sangat baik..hehe…kejut subuh..tai dah terbukti dua2 salah…yang kesian si abby dan anak2….hope tanggujwab dia tak lupa la kat anak2 dia tu
fendidahada recently posted..Cari sesuatu Mari saya Tolong
hal ini lagi alahai bilalah nak selesai…
macam2 hal.. media pun satu… ,
zik recently posted..Air mata seorang hamba
kantoi kantoi… eloklah bawa masuk court.
Anwar Osman recently posted..This is my 100th post
aku pun tak tahu nak cakap apa lagi ngan aris2 dan media di negara kita. tak hbs2 ngan isu pasal bemda2 negatif. boring