dnoBiz

Just In & Around My BoX



Pilihanraya negeri Sarawak 2011

Apa Pilihan Rakyat – Pilihan raya Negeri Sarawak

Hari ini rakyat Sarawak akan membuat pilihan siapa yang mereka suka.., dan hari ini akan terjawab segala persoalan adakan pemerintah sebelum ni memuaskan hati Rakyat atau sebaliknya…

Untuk pilihan raya negeri Sarawak yang ke 10 ini akan melibatkan seramai 961433 orang pengundi berdaftar dan 18363 adalah undi pos yang telahpun dilakukan lebih awal, dan mereka inilah yang akan membuat pilihan untuk menentukan siapa yang akan menjadi perkerja mereka untuk memegang amanah menjaga 71 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan

Untuk pilihanraya kali ini Barisan Nasional (BN) bertanding di kesemua 71 kerusi, DAP bertanding di 15 kawasan, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) (26), Parti Keadilan Rakyat (PKR) (49), Pas (5), Parti Cinta Malaysia (PCM) (6) dan seramai 41 calon bebas yang turut mencuba nasib. Pilihanraya ini juga menyaksikan sebanyak 27 kawasan melibatkan pertandingan satu lawan satu, tiga penjuru (23), empat penjuru (17), lima penjuru (2) manakala enam penjuru di dua kawasan, bagi melancarkan proses pengundian pula sebanyak 1,748 pusat mengundi yang dibuka di seluruh negeri yang keluasannya hampir menyamai Semenanjung Malaysia…

Info :

  •  Suasana di Pusat Undi Dewan Datuk Merpati Jepang bagi Dewan Undangan Negeri Satok kecoh pagi ini berikutan tindakan 5 ejen tempat mengundi pembangkang yang mendakwa petugas Suruhanjaya Pilihan Raya menimbulkan kekecohan di dalam kawasan 50 meter tempat mengundi pada pukul 11 pagi.
  • Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menunaikan kewajipan sebagai pengundi di pusat undi yang ini pukul 11.25 pagi.
  • Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), setakat pukul 12 tengah hari, kira-kira 800 daripada 1,748 pusat mengundi telah ditutup secara berperingkat
  •  Sejumlah 21.71 peratus atau 233,134 pengundi telah keluar mengundi pada pilihan raya negeri Sarawak setakat pukul 12 tengah hari, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Yang pasti sekarang… Hanya rakyat Sarawak yang tahu siapa pemimpin sebenar dan siapa yang suka konar konar, bagi aku apa pun keputusan itu adalah hak rakyat Sarawak, jadi jangan pula pihak yang kalah mengatakan Rakyat Sarawak tak cukup pandai membuat Pilihan…, atau disogok atau ditipu, kerana Orang Sarawak bukan Orang yang bodoh, bahkan mungkin lebih bijak dari mereka yang berkata begitu…

Ps : BN menguasai 63 daripada 71 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri sebelum ini, manakala DAP enam kerusi, PKR (1 kerusi) dan PCM juga satu kerusi tetapi ketika itu bertanding atas tiket Bebas.

Pss : ”Allah SWT berada bersama Orang yang Benar…” tapi jangan pula bila menang sahaja diungkapkan “Allah Sentiasa berada bersama orang yang benar”…Dan bila KALAH….diungkapkan “ada campur tangan luar dan difitnah”…. Pikir pikirkan lah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: INFO, SANTAI

22 Responses so far.

  1. akubiomed says:

    Penanda aras prestasi barisan nasional untuk pilihan raya akan datang
    akubiomed recently posted..Transformasi seekor rama-rama

    • dino says:

      Untuk Sarawak tu adalah jawapan sebenar dan untuk semenanjung munkin boleh dijadikan kayu ukuran, tapi corak politik di semenanjung adalah agak berbeza dengan Sarawak

  2. zik says:

    saingan kali ini lebih sengit…
    zik recently posted..Cara meramal permintaan dalam perniagaan 1

  3. MDHAFiZ.NET says:

    PAS kalah suda….. :(

  4. jadi kesimpulan BN menang besar ekk???
    aktechpage.com recently posted..RezekiMurahCom- Sangilapi Punya Blog

  5. shamizu says:

    BN menag lagi. Tahniah je lah.
    BN = 55
    DAP = 12
    PKR = 3
    Bebas = 1

    Agak-agak kenapa BN kebal sangat yer. Dah 50 tahun lebih dah perintah masih ok lagi. Ada rahsia?

    • dino says:

      Jawapan nya terpulang pada masing masing, samada BN masih mendapat tempat dihati rakyat, atau ada udang sebalik batu,
      tapi Bn sebenarnya sudah kehilangan 8 kerusi yang sebelum ni dikuasai mereka (terutama kawasan pengundi cina yang lebih berpihak kepada DAP)DAP meningkat 2 kali ganda dan PKR 3 kali ganda…

  6. benjy says:

    bagi saya, saya suka mengundi seorang pemimpin yang ada ciri2 kepimpinan melalui teladan … semua orang boleh jadi pemimpin tetapi tidak semua orang boleh menjadi pemimpin YANG BAIK … kerana pemimpin yang baik adalah satu bakat yang dianugerahkan oleh Tuhan. (hanya pandangan peribadiku sahaja) … tahniah kepada yang menang, bagi yang kalah gandakan usaha … tq.
    benjy recently posted..MY Click-Click Contest

    • dino says:

      kalau pada aku lain sikit Ben… semua orang boleh mengaku atau dipilih untuk jadi pemimpin tapi bukan semua yang boleh memimpin hehehe

  7. titan says:

    tak leh kata apa. Bn menang. Besar gak. Terbukti lah promosi diorang memang berkesan. Terlalu ketara. Promosi kat mana-mana pun nampak..
    titan recently posted..Komisen ke 14 dari Paid-to-Promotenet

    • dino says:

      kalau setakat promosi tampa ada hasil rakyat Sarawak tidak akan terpedaya…, munkin kalau untuk satu penggal mereka buleh guna cara tu..
      tapi kalau sampai 50 tahun takan kerana promosi kot….
      Melaikan kalau raksat Sarawak memang tak boleh nak bezakan pembohongan dan kenyataan

  8. Ismail N says:

    Berdasarkan keputusan pilihanraya,kita boleh simpulkan negara kita kini divided pada dua kaum. Melayu/Islam dan Cina/Bukan Islam. Kaum2 dan agama lain agak 50 – 50. Melayu/Islam majoritinya menyokong BN, manakala Cina/Bukan Islam menyokong DAP (bukan PR).
    Ismail N recently posted..Bieber Fever Never Say Never

    • akubiomed says:

      Kalau diikutkan kaum Melayu adalah terbesar diikuti kaum Cina tapi apabila kaum Melayu dipecah mengikut parti menjadikan pecahan undi.

      Kalau ada parti baru yang mewakili kaum Melayu akan ada pecahan undi lagi.

    • dino says:

      aku setuju, disitu kita dapat lihat kecenderongan sesuatu kaum itu

  9. tehr says:

    yang menang seronok
    yang kalah sedih
    tapi masing2 ada tanggung jawab yng perlu dilaksanakan
    moga2 rakyat sarawak terus aman bahagia
    tehr recently posted..Apa Ada pada Komen

  10. bEe says:

    bEe punya komen
    “senyum tak perlu kata apa-apa” :-P
    bEe recently posted..DONT NOTTY NOTTY YE

  11. Ali ridha says:

    BN punya promosi besar sangat.
    rakyat ikut mana nak
    boleh dilakukan.
    Ali ridha recently posted..Siapa datang dahulu

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors