Angkara Steroid – Sasa Tapi Tak Power
ALOR SETAR: Keghairahan mengambil ubat-ubatan mengandung steroid jenis ‘testosterone’ bagi menambah kekuatan ketika menjalani latihan angkat berat menyebabkan seorang ahli bina badan kini menderita lemah tenaga batin dan kerandut zakar turut mengecil.
Malah, masalah dialami lelaki berusia 40-an itu turut menjejaskan keseluruhan hidupnya apabila ditinggalkan isteri selain sering mengalami pelbagai masalah kesihatan.
Dia yang tinggal di bandar raya ini dan hanya mahu dikenali sebagai Thomas berkata, doktor memberitahu masalah lemah tenaga batin yang dialaminya berpunca daripada pengambilan steroid jenis testosterone berlebihan sejak lebih tujuh tahun lalu.
Menurut Thomas, dia menceburi sukan bina badan sejak berusia 20 tahun dan pada mulanya hanya mengambil makanan kesihatan tambahan serta ubat-ubatan untuk meningkatkan tenaga fizikal.-MyMetro
Ps : Indah Kabar dari rupa…, don’t judge a book by its cover, apa lagi yang boleh dijadikan persamaan….. yang pasti, benda segera ni memang banyak risiko…





Bahana yang perlu ditanggung dengan mengambil jalan mudah.
akubiomed recently posted..Entri pemanas badan blog AkuBiomed