dnoBiz

Just In & Around My BoX



 Ana Raffali kalau berpacaran

 

Ana Raffali tercalon 3 kategori – ABPBH2010

Dalam Sibuk Orang dok pertikai kemenagan Ana rafali dalam AJL 25 (Anugerah Juara Lagu 25) tup tup Si Ana Raffali Ni tercalon Lagi untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 – ABPBH 2010.

Untuk ABPBH 2010 Ana Raffali telah dicalonkan dalam tiga kategori Penyanyi Wanita Popular, Artis Duo/Berkumpulan Popular dan Artis Baru Wanita Popular.

Untuk Kategori Artis Duo/Berkumpulan Popular, Ana Raffali tercalon menerusi lagu Kalau Berpacaran yang nyanyikan bersama Sohaimi Meor Hassan dan Altimet.

Antara Calon ABPBH 2010

  • Raja Azura Tengku Ahmad Tajuddin atau Kak Engku – Artis Komedi Wanita Popular, Pengacara TV Wanita Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular
  • Norkhiriah Ahmad Shafie – kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Artis Komedi Wanita Popular
  • Lisa Surihani -  tercalon dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular
  • Aznil Nawawi -  kategori Pengacara TV Lelaki Popular dan Penyampai Radio Lelaki Popular

 

Petikan Daripad MyMetro

Ana Raffali tercalon 3 kategori – ABPBH2010

KUALA LUMPUR: Dalam diselubungi kontroversi kemenangan lagunya yang dikatakan tidak popular pada Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25) yang baru berlangsung pada 9 Januari lalu, Ana Raffali, 26, berjaya membuktikan sebenarnya dia mempunyai pengaruh dalam industri muzik tempatan apabila tercalon dalam tiga kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010).

Ana atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali dicalonkan dalam kategori Penyanyi Wanita Popular, Artis Duo/Berkumpulan Popular dan Artis Baru Wanita Popular. Dia yang ditemui pada majlis pengumuman senarai lima finalis ABPBH2010 di Holiday Villa Subang semalam, berkata dia amat bersyukur kerana tercalon dalam tiga kategori namun dia masih menyifatkan dirinya sebagai orang baru yang masih perlu banyak belajar.
“Saya masih baru dalam industri ini. Oleh itu, saya tidak mahu meletakkan harapan tinggi dalam ABPBH2010 ini. Bagaimanapun, daripada tiga kategori yang dicalonkan, saya lebih yakin kategori Artis Duo/Berkumpulan Popular.

 

“Lagu yang saya nyanyikan bersama Sohaimi Meor Hassan dan Altimet, Kalau Berpacaran sedang popular. Saya pun suka gabungan kami bertiga itu. Apapun terima kasih kepada peminat kerana menyokong saya untuk membolehkan terus bertahan dalam arena seni tanah air,” katanya.
Sementara itu Raja Azura Tengku Ahmad Tajuddin atau Kak Engku yang kembali solo baru-baru ini turut tercalon dalam tiga kategori iaitu Artis Komedi Wanita Popular, Pengacara TV Wanita Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular. Norkhiriah Ahmad Shafie yang kini hamil anak kedua pula mendapat dua pencalonan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Artis Komedi Wanita Popular. Manakala Lisa Surihani yang menang Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-23 pula tercalon dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.
Pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi meneruskan keunggulan dengan mendapat dua pencalonan untuk kategori Pengacara TV Lelaki Popular dan Penyampai Radio Lelaki Popular.

Antara yang hadir pada majlis pengumuman itu, Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid, Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan, Hanizam Abdullah, Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar dan wakil penaja.

 

Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan dan Altimet - Lagu kalau Berpacaran [video]

 

Lirik Kalau Berpacaran

Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang

Chorus
Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (jangan pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk renggang-renggang)
Bertambah sayang (bertambah sayang)
Biar malu-malu (biar malu-malu)
Biar segan-segan (biar segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman

Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya

Ulang Chorus

Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah

Ulang Chorus

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
Bertambah sayang (nanti confirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
Biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)

Lirik sumbangan : 1 lirik lagu

 

Ps : Agak agak lepas ni kena kutuk lagi ke…..

Pss : Aku lebih  tahu atau juri lebih tahu ???? :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: INFO, SANTAI

45 Responses so far.

  1. adele says:

    apa ni bro..asyik ana raffali je!! haha
    adele recently posted..MUET and I

  2. sangilapi says:

    lepas yuna,giliran ana pulak menguasai pentas hiburan :) …lepas ni mungkin lagi sorang – wani[pun imej bergitar jugak]
    sangilapi recently posted..bengkel blackberry

  3. RedBoys says:

    rezeki dia lagi. juri lebih tahu. kenapa harus dipertikaikan keputusan juri.
    RedBoys recently posted..Adab Sebelum Menunaikan Fardhu Jumaat

  4. syahrilhafiz says:

    pelik orang malaysia ni
    dah rezeki masing2 lantaklah..haha
    syahrilhafiz recently posted..Games Angry Birds- dapatkannya sekarang!

  5. rockinsudu says:

    ak pun xbape suke anna rafali menang. tp semua keputusan juri. n tu mmg rezeki dye.
    rockinsudu recently posted..Setelah sekian lama

  6. sumpit says:

    errrr…. kenapa aku masih tidah meminati dia. hahahaha
    sumpit recently posted..Qalish balik kampung

  7. wazy says:

    ana raffali still da best
    wazy recently posted..5 Resepi Menggembirakan Diri Sendiri

    • dino says:

      hahaha..
      semua ada citarasa sendiri…
      tapi lagu tu pun ok pada aku
      Ps : tapi lebih suka yang duet ngan Meor tu

  8. Semakin minat dgn anna raffali…
    Penampilannya yg sentiasa sopan dan bakatnya mula terserlah…
    Moralnya, sentiasalah konsisten dgn kepercayaan baik kita yg tersendiri…sptmana anna raffali yg sentiasa berpakain baju kurung atau berkebaya..
    aktechpage.com recently posted..BeritaSemasacom- Berita Harian Terkini Utusan Malaysia

    • dino says:

      Yup…
      betul tu mal, kekalkan penampilan sekarang dan buka mata dan fikirann sempit kekanyakan arti yang tak berapa suka berbaju,
      Ps: tak perlu seksi dan gosip bodoh untuk berjaya.., tahun lepas Yuna dah buktikan :D

  9. tehr says:

    kalau lepas ni ada lagi yang komplen
    memang sah la
    peminat dunia muzik malaysia memang suka komplen
    tehr recently posted..Mari Berpantun Dengan Alam

    • dino says:

      bak kata M.nasir ..
      kalau taknak pahat berbunyi lepas siap rumah..
      cepat cepat pindah masuk kat rumah tu, baru hantu tak sempat main pahat hehehe

  10. Norasikin says:

    Entah kenapa la saya tak minat sangat dengan ana rafali. Mungkin kerana suara dia yg tak sesuai dengan lobang teling saya
    Norasikin recently posted..Panduan Permohonan Kemasukkan ke IPTA untuk Lepasan SPM – Setaraf sesi 2011 – 2012 Online

  11. fitri says:

    yang ni baru la boleh kutuk..haha..sebab abp berdasarkan populariti…ajl berasaskan lagu mana yang terbaik
    fitri recently posted..Asean Pun Ada Domain Sendiri

    • dino says:

      yang tu aku sokong, sebab untuk lagu terbaik.. penilaiyan dibuat beberapa hari sebelum berlangsungnya AJL dan penilaiyan tu berdasarkan rakaman cd, bukan persembahan malam tu

  12. zik says:

    ok lah not bad… maksud lagu dia nih… tahniah ana raffalie..
    zik recently posted..Sabun yang mempunyai nilai artistik

  13. Ladfe Amir says:

    cantik gak si Ana Raffalie ni. harap kalu dia menang takde sapa pertikai lagi.

    tapi kalu si Norkhiriah Ahmad Shafie menang, sure takde sapa nak bangkang.

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors

    TAG

    VISITOR




    Personal blogs

    Alexa Rank