Amalan Harian – Mudahnyan mendapat Rahmat kenapa kemurkaan yang dikejar..??
Dalam kesibukan aku mencari beberapa bahan untuk kegunaan aku sendiri di internet, aku terjumpa sesuatu perkara yang sememangnya dah ramai yang tahu akan kebaikan dan fadhilatnya.
Perkara yang aku maksudkan ialah, Amalan harian yang berbentuk bacaan zikir harian, selawat, selawat Syifa dan tasbih, memang kesemua ini sudah tidak asing lagi pada kita bahkan ramai yang memang dah menghfalnya, yang menariknya mungking hanya aku yang baru sedar walaupun sudah sekian lama kebanyakan perkara ni aku amalkan….
Aku baru sedar yang betapa mudahnya untuk mendapatkan keredaan, keberkatan dan rahmat Allah SWT, betapa pendeknya dan mudah nya zikir dan selawat tersebut, dan betapa merdunya alunan selawat syifa dan Asma al-Husna . Dan kesemua zikir harian dan amalan ini boleh dilakukan dimana mana dan bila bila masa sahaja (asalkan bukan ditempat yang dilarang seperti tandas).
Dan bila dipikirkan balik dengan keadaan aku yang memang cukup terkongkong dengan kekangan masa sejak kebelakangan ni, aku yakin aku tetap masih mapmu melakukannya jika aku mahu, aku boleh lakukan nya semasa memandu ke tempat kerja, semasa menunggu ketibaan pelanggan, semasa bersiap di waktu pagi, semasa berbaris panjang di ATM atau menunggu giliran di kaunter pembayaran, semasa berbaris panjang untuk membeli tiket wayang atau tiket perlawanan akhir Piala FA. Memang cukup mudah ringkas, tidak memerlukan sebarang kos dan peruntukan masa yang khas bahkan langsung tidak menjejaskan aktiviti kita….
Tapi bila di pikirkan semula kebanyakan dari kita lebih suka mengeluarkan belanja untuk membeli cd atau DVD lagu artis kegemaran untuk dijadikan hiburan semasa memandu, lebih suka melihat bumper atau belakang sasa orang dihadapan kita semasa beratur menunggu giliran, dan juga lebih suka memerhatikan kecomelan dan kehenseman petugas di kauter bayaran.
Lebih menarik lagi bila lebih ramai yang sanggup mengeluarkan belanja beratus ringgit untuk rawatan rambut dan rebonding kerana nak ditayangkan pada umum, ramai yang sanggup berlapar dan membeli produk pelansingan yang begitu mahal harganya semata mata untuk mendapatkan potongan badan yang menarik bagi disesuaikan dengan baju sendat dan seluar ketat, Ramai yang menghabiskan masa berjam jam di Gim, dan mengerah keringat yang bukan sedikit bagi mendapatkan bentuk badan yang sasa dengan tujuan mengoda kaum hawa, bahkan sanggup berhutang beratus ribu ringgit semata mata untuk kereta dan pakaiyan berjenama kerana bertujuan untuk menunjuk nunjuk… dan lebih lucunya bila ramai yang sanggup mengambil risiko kemungkinan ditangkap semata mata untuk membeli toto dan magnum
Kalau difikirkan denga akal yang waras dan logik memang pelik …… Tapi itulah hakikatnya…
Zikir Harian
Fadhilat Zikir Harian
Sesiapa Yang Beristiqamah dalam mengamalkan wirid harian ini, Insya-Allah diberkati hidupnya dan dikekalkan hidayah dan taufik serta mati dalam Iman (Ihya Ulumuddin)
Firman Allah S.W.T maksudnya
”Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut ( mengingati ) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar.”
( al-Ahzab 35 )
Dari Rasulullah S.A.W ,
“Sesiapa yang mengucapkan ‘Subahanallah hil’azimi Wabihamdih’ maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga.”
( H.R Muslim)
Selawat (VIDEO)
Fadhilat Selawat
Di dalam kitab Ibnu Farhun Al Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada nabi mengandungi sepuluh faedah dan mendatangkan kemuliaan, iaitu
- Memperolehi selawat dari Allah (1o kali selawat)
- Memperolehi syafaat dari Nabi Muhammad.
- Mendapat pimpinan dari malaikat yang baik-baik.
- Menghapuskan dosa.
- Mendapat pertolongan
- Tercapai keperluan hidup.
- Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir.
- Memperolehi nur zahir dan batin.
- Mendapat keselamatan dari azab neraka, membolehkan memasuki syurga.
- Memperolehi ucap selamat dari Allah.
Selawat Syifa
Khasiat Selawat Syifa
Selawat Syifa’ ini banyak khasiatnya untuk kebaikan terutamanya untuk mengatasi anak anak yang degil, malas dan sukar dibentuk, terutamanya apabila mereka mula memasuki alam remaja. Pada usia ini mereka mula mempunyai pendirian sendiri dan mula tidak mahu mendengar nasihat ibubapa. Sekiranya salah dibentuk, watak mereka akan menjadi-jadi seperti liar, mula berkawan dengan budak-budak nakal dan sebagainya.
Asma ul Usna
Allah swt telah Berfirman yang bermaksud :
“Allah mempunyai Asma-ul-Husna (nama nama yang agung yang sesuai dengan sifat sifat ALLAH SWT) maka bermohonlah kepadanya dengan menyebut asmaa -Ul-Usna itu.” – (Surah Al-A’raf:180)
“Katakanlah : “Serulah Allah atau Serulah AR_RAHMAN. Dengan nama yang mana saja kamu seru. Dia mempunyai Al asmaul Husna (nama nama yang terbaik)
” Dialah Allah, Tiada Tuhan melainkan Dia, Dia mempuyai al-asmaul-husna (nama nama yang baik)”- (Surah Thaha : 8)
Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:
“Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga” – Riwayat Bukhari







Ingatkan termasuk blog Zikri tadi.
Terima kasih kerana berkongsi….
Sabahan Bloggers Club recently posted..Google and Facebook want to buy Twitter
hahah
tak kisah bro hehe:D
Berkongsi sambil mengingatkan diri sendiri
sama2lah kita berusaha mencari keredaanNya
insya allah
tehr recently posted..Kekasih Mainan Hati
Itu la hendaknya Tehr
syukran2 moga kita berusaha untuk mendapat rahmat… rahmat yang perlu kita cari bukannya bala bencana yang kita pinta…
zik recently posted..Pencipta televisyen pertama- siapa orangnya
betul tu Zik..
semua nak kan kebaikan tapi cara kerja menuju kejahatan
amalan baik dan wajar diamalkan selalu
mudah lagi ringkas..
Kita sebagai manusia kena ingat satu perkara bhawa syaitan pernah bersumpah didepan Allah SWT bahawa, dia akan sentiasa menggangu adak adam sehingga akhir zaman..
decrewz recently posted..Buffered Earning Yang ke-4
betul tu bro..
yang tak tahannya masih ramai yang terhegeh hegeh minta bantuan dari makhluk tu
tahu tapi tak amalkan selalu.. apa lah aku nih..
adamfaiz recently posted..AdamFaiz Sokong MRT Sg Buloh – Kajang
tu dah lumrah manusia Dam, aku pun dulu buat bila keadaan terdesak dan tertekan je, tapi lama kelamaan jadi amalan ..
entri menarik utk d kongsi bersama..harap lps ni sme2 menjadi panduan dan beramal..selalu je lupa2 bnda cmni klu x diingatkan..
Sebenarnya lebih kepada mengigatkan diri sendir… sambil tu berkongsi
Ps :Bro lama tak nampak…
mesti kes BZ ni..
Sebenarnya byk cara utk kita beribadah dlm menjalani kehidupan seharian, malahan kerja juga adalah 1 ibadah jika kita niatkan bekerja krn ALLAH SWT …
ISLAM itu adalah Addin
aktechpage.com recently posted..HairilHazlanCom- Break The Rules- Think Out of The Box
Betul tu mal
yang penting hati
Tidak susah hendak diamalkan betul yang di tulis bro Dno sementara menunggu dan membawa kereta bibir ini dibasahkan dengan ayat suci sepanjang jalan dapat pahala
akubiomed recently posted..Valentino Rossi jatuh lagi
betul tu sekurang kurang nya perjalanan kita dirahmati dan dijauhkan dari musibah