Hari ni dah masuk hari kedua kita menyambut Aidil Adha, dan semalam secara rasminya berakhirlah tugas aku sebabgai Gembala lembu sementara yang telah hampir sebulan aku sandang….., dan semalam juga berakhirlah riwayat C”ik Lembu” (nama yang aku berikan untuk lembu tu) yang telah dijadikan korban.
Pada awal nya aku taksampai hati untuk makan daging lembu yang hampir sebulan dijaga oleh aku (tugas yang diambil alih apabila pemilik asal pergi menunaikan haji), tapi perasaan tu mula bertukar bila aku melihat sup Tulang Rusuk Yang telah siap dimasak…, dari tak sampai hati nak makan bertukar jadi tak tahan nak makan
, nasib baik la belum ada darah tinggi hehehe
Ha hahah.. dah jauh pulak aku melalut………..,
Siapa Tetamu istimewa kau Orang bila Raya…..?,
Mungkin ada yang kata keluarga terdekat, awek tercinta, VIP VIP, atau pun mungkin Pak pak Menteri…,
Bagi kelaurga aku pula Kami ada tetamu istimewa yang tersendiri, dan mereka bertiga tak pernah gagal untuk menziarahi kami bila tiba Hari Raya, Mereka juga bukan kelaurga terdekat, Datuk atau Datin atau pun Menteri,
Tapi mereka lebih Hebat dan Istimewa dari tu…
Mereka sebenarnya 3 insan yang mengalami masaalah Mental, yang biasa dipanggil sebagai orang Gila oleh kebanyakan Orang, tapi pada aku mereka ialah orang yang sakit mentalnya…., dan jauh lebih mulia dari orang gila, karana pada aku orang gila ialah golongan yang mengambil bahan terlarang seperti dadah dan sebagainya, Orang gila ialah Ahli Politik yang tidah amanah dan tidak bertanggungjawab, Orang gila ialah Orang yang makan Rasuah, Orang gila Ialah pemimpin yang Gila Kuasa, Orang Gila ialah Pemaju yang rakus dan sanggup mengadai Nyawa orang lain semata mata kerana keuntungan, Orang gila ialah Usahawan dan Jutawan yang tamak haloba dan sanggup lakukan apa saja untuk menjatuhkan lawan mereka, dan Orang gila Ialah artis yang sanggup gadaikan Agama kerana Kemashuran…. (banyak lagi sebenarnya)
Cik Mah dan Cik Moh (Rahmah Dan RahMOH) ni sebenarnya pasangan adik beradik, mereka ni hidup berdua di rumah peninggalan ibu mereka yang terletak hampir 20 Km dari rumak ku, walaupun tinggal berdua mereka tetap diawasi oleh saudara terdekat yang tinggal berhampiran mereka, Pasangan ini megalami masaalah mental sejak dari kecil lagi, dan kunjungan mereka sudah menjadi satu kewajipan bagi keluarga ku.
Dan seorang lagi Tetamu Istimewa Kami Ialah KaK Yah Avon, dia mendapat gelaran Avon kerana dia cukup suka bersolek, dan belia juga mempuyai masaalah mental yang agak kronik dan sentiasa hilang kawalan, Aku tak dapat nak ambil gambar beliau kerana keadaan beliau yang tak mengizinkan sehinggakan aku terpaksa membiarka keluargaku yang perempun melayan dia, (aku tak sanggup nak tengok
)….
Tapi bagi kakak kakak dan adik perempuan aku mereka dah cukup biasa denga karenah Kak Yah Ni, jadi dah tak jadi masaalah pada mereka, bahkan layanan yang mereka berikan tidak langsung berbeza degan tetamu lain cuma jika keadaan Kak Yah ni agak tidak senonoh dia akan dibawa untuk makan didapur supaya tidak menggangu tetamu lain, Dan adik Perempuan ku Merupakan kawan baik Kak Yah NI… (dia paling suka melayan Kak Yah ni kekadang siap lawan nyanyi lagi ) hahaha…




![lembu2 [640x480]](http://dnobiz.com/wp-content/uploads/2010/11/lembu2-640x480.jpg)
![DSCN4625 [640x480]](http://dnobiz.com/wp-content/uploads/2010/11/DSCN4625-640x480.jpg)




sekali lagi aku setuju sangat
kenyataan tentang ‘orang gila’ tu memang benar
macam2 jenis gila ada di sekeliling kita
tehr recently posted..Mata Dan Penglihatan Kita
hahaha
gila yang menyusahkan orang
wah…betapa bertuahnya saudara.. sy jarang sekali dpt berdmping dgn golongan camni. teringin juga, tp mslhnya skg ni sy jd takut. yerla sbb xpernah kn.. tp insyaallah, sy akan cuba menjadi insan yg mulia di sisi Allah dan agama… by the way, ttg org gila yg ditafsirkan di atas.. amatlah bertepatan dgn konsep zaman skg ni…hehehhe
amin recently posted..berkelah
betul tu Amin,
Kami cukup bertuah kerana mereka sudi menjadi tetamu kami,
Ps : mereka cukup mulia kerana kunjungan mereka tiada sebarang niat tersembunyi, bukan kerana nak ambil hati,bukan kerana bodek,bukan kerana kepentingan peribadi
Rumah orang tua saya berjirankan jiran yang bermasalah mental dan setiap kali dia tak makan ubat dia akan menimbulkan masalah tapi ibu saya sentiasa membantu beliau dan jiran-jiran lain buat tak tahu. Tak tahulah keadaannya apabila orang tua saya berpindah siapa akan jenguk-jenguk jiran saya tu
akubiomed recently posted..Lawak malam Jumaat 18sx
InsyaAllah bro ada yang akan ambil berat,
insan istimewa ni sentiasa dilindunggi Allah SWT,
Ps : mungkin orang tu terasa kehilangan ibu bro
namun sangilapi tidak termasuk dalam golongan gila yang dimaksudkan dalam entry ini
sangilapi recently posted..laung harga
Bro tak gila jangan risau..
(gurau je bro)
Tapi bro ni boleh digolongkan dalam makhluk Ajaib hahahah
Mereka yang bermasalah mental nie kalau kita layan elok2 mmg x menimbulkan masalah apa pun. Cuma jangan sampai otak dia pikir kita nak jahat kat dia dah la.
Ada sorang wanita daif yang sering singgah umah mak ngah aku. Selalu banyak ja barang dapur dia bawak balik dari market, org bagi kat dia atau dia beli ntahla. Dia ada suami dan anak, cuma daya pemikiran dia agak lembab sikit(banyak sebenarnya).
Dulu, aku selalu nampak dia lipat resit atm bank buat sampan, kumpul banyak2. Mungkin pi jual kat tempat recycle kut. Sekarang dah lebih setahun aku x nampak dia. Aku harap dia selamat. Jika dia sudah pergi, aku doakan dia aman di sisi Allah.
Anwar Osman recently posted..100Plus Outdo Yourself Challenge
semuga dia sentiasa dilindunggi Man,
Ramai yang bersikap negati pada mereka tampa mengetahwi sebab dan punca sedenar mengapa mereka jadi macam tu
mereka adalah insan yang sangat istimewa…dari akal waras tapi buat kerja gila…..
zik recently posted..Maha International 2010- 26 november ini!
dan mereka juga tiada niat tersembunyi dan tidak hipokrit
yummyumm.. sedap makan daging lembu buat sup tulang…
Hu hu…
sampai sendawa pun dah bau lembu dah hahaha
tahun ni tak merasa
Affan recently posted..Akismet tak berfungsi dengan baik- apa alternatifnya…
wah steady tu dapat jadi model ‘avon’ hehehe
etomyam recently posted..Ideal Clothing For Kids
heheh kalau bro tengok sebijik macam opera cina
makan daging korban dan hirup kuah sup serta kokang sup tulang memang best, lepas ni kena ambik urin test, takut urik asid naik lagi….
ardzham recently posted..Nuffnang Oh Nuffnang
hehehe..
risiko tu bro
haha. macam2 nama ada. aku balik kg pun, macam2 nama ada, ntah mana dapat tak tau lah. hehe
Affan recently posted..Akismet tak berfungsi dengan baik- apa alternatifnya…