Penyakit Asma – Asma kenali punca serangan

penyakit asma

 

Penyakit Asma – Asma kenali punca serangan

BILANGAN pesakit asma atau lelah semakin meningkat sejak tiga tahun kebelakangan ini dan dianggarkan setiap 10 orang seorang daripada mereka menghidap penyakit asma atau lelah ini.

Banyak sebab yang boleh dikaitkan dengan punca penyakit asma atau lelah ini antaranya, keturunan, persekitaran yang tidak bersih, cuaca dan juga alahan.

Bagaimanapun kita tidak boleh terlalu bersandar kepada faktor keturunan kerana kini banyak juga kes tiada keluarga terdekat sama ada di sebelah ibu ataupun ayah berpenyakit asma tetapi anak-anak menghidap penyakit ini.

Apa yang perlu dilakukan ialah orang ramai perlu meningkatkan kepekaan mereka kepada serangan asma.

Jika mempunyai anak-anak menghidap asma ibu bapa patut meluaskan pengetahuan tentang penyakit ini.

Menurut Presiden Kelab Asma Kanak-Kanak, Selangor dan Wilayah Persekutuan, Roslizawati Md. Ali, kelab ini telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk mendedahkan ahli keluarga dengan maklumat tentang penyakit asma.

”Sebagai ibu bapa, mereka patut tingkatkan kefahaman tentang serangan asma dan bagaimana membantu anak-anak asma kerana serangan datang tanpa mengira keadaan dan tempat,” tambahnya lagi.

Lebih jauh lagi ibu bapa patut tahu apa itu asma, mengenal pasti apa yang boleh membawa serangan asma kepada anak dan faham apakah punca serangan yang berbeza antara seorang kanak-kanak dengan yang lain.

Apa yang perlu diperhatikan oleh ibu apakah kerana makanan maka anak yang sedia mempunyai penyakit asma akan diserang asma secara tiba-tiba.

Selain daripada itu faktor lain seperti rumput, debunga, habuk, alahan ubat-ubatan, udara dan sebagainya lagi juga boleh menyebabkan serangan asma.

Suatu lagi yang patut diambil perhatian ialah batuk pada waktu malam, kerana keadaan yang sejuk meningkatkan batuk dan kahak.

Dalam apa keadaan sekalipun pesakit asma mesti mempunyai disiplin makan ubat yang diberikan oleh doktor iaitu ubat mengawal dan mengatasi asma

”Sebenarnya penyakit ini boleh dikawal tetapi jika dibiarkan boleh membawa maut,” jelasnya.

Bagi mengelak atau mengurangkan serangan beliau menyarankan agar mengamalkan menepuk belakang termasuk kiri dan kanan pesakit bagi membuka paru-paru agar mudah bernafas.

Seterusnya, ibu kepada seorang anak ini menasihatkan ibu atau penjaga pesakit asma melakukannya setiap hari sebelum masuk tidur walaupun mereka tidak diserang penyakit tersebut.

Kanak-kanak yang berpenyakit asma atau lelah juga boleh aktif seperti kanak-kanak normal agar paru-parunya bergerak dan merangsang badan supaya tidak lemah. Dalam pada itu mereka patut diajar bersedia sepanjang masa. Jika serangan berlaku cepat-cepat minta pertolongan atau mengawalnya sendiri.

Jika mereka mesti mengambil ubat mengawal asma atau lelah, mereka hendaklah berbuat demikian setengah jam sebelum bermain atau bersukan. Bagaimanapun mintalah nasihat doktor terlebih dahulu.

Disebabkan asma menyerang tanpa mengenal tempat, sekolah juga patut memainkan peranan penting jika ada di kalangan murid-murid mereka mendapat asma. Guru-guru terutama sekali guru pendidikan jasmani perlu diberi latihan bagaimana membantu murid-murid seperti ini.

Begitu juga tentang pemakanan, ibu patut peka dengan apa yang boleh dan tidak boleh dimakan oleh anak. Ada makanan yang membuatkan paru-paru menguncup dan inilah yang perlu dielakkan tetapi boleh digantikan dengan makanan lain bagi membolehkan mereka mendapat semua zat yang diperlukan oleh tubuh.

Roslizawati memberikan misalan, jika alah makan pisang yang kaya dengan sumber potessium dan juga merupakan salah satu sumber yang menguatkan sistem pertahanan badan, perlulah digantikan dengan bahan lain yang sama kandungan zatnya.

Beliau juga menasihatkan ibu bapa jangan memandang ringan terhadap penyakit lelah ini kerana jika tidak dikawal boleh mendatangkan pelbagai kerumitan lain sehingga boleh membawa maut.

Pesakit asma di kalangan bayi hanya dapat dikesan setelah mereka berusia empat setengah bulan ke atas, oleh itu ibu patut peka jika anak kecil sering diserang batuk yang disertai kahak atau lendir.

Bagi mereka yang bekerja dan terpaksa meninggalkan anak-anak yang berpenyakit asma kepada pengasuh, sebaiknya ajarlah pengasuh mengenali serangan penyakit ini dan cara-cara membantu mereka melegakan pernafasannya.

Seperti anak-anak yang telah besar dan orang dewasa bayi asma juga boleh menggunakan kaedah menepuk belakang dengan cara mendukung bayi rapat bayi ke bahu kemudian tepuk belakangnya termasuklah di sebelah kiri dan kanan bagi melegakan pernafasannya.

Pengasuh juga perlu diberitahu agar meminta bantuan untuk membawa bayi ke klinik secepat mungkin.

”Paling utama jika meninggalkan anak kecil kepada pengasuh ajar mereka mengenal serangan asma. Biasanya bayi tidak menangis dan tidak tahu bercakap untuk memberitahu kita yang mereka sedang mengalami sukar bernafas,” katanya.

Kaedah mengenal bayi diserang asma ialah:-

  • Periksa suhu badannya bagi mengetahui bayi demam atau tidak.
  • Lihat rentak pernafasannya di bahagian tengah leher di bawah dagu. Jika teruk bayi mungkin biru pada jari dan bibir.
  • Bayi sukar bernafas.

Mereka yang mempunyai bayi atau keluarga yang menghidap asma dinasihatkan meninggalkan nombor telefon pejabat dan juga hospital agar mudah dihubungi.

Menyentuh tentang pelbagai produk kesihatan yang banyak di jual kini yang dikatakan boleh melegakan asma, Roslizawati berpendapat, tiada halangan untuk mengambilnya yang kebanyakannya cuma meningkatkan daya ketahanan diri seseorang.

Tambahnya lagi, pesakit asma seperti juga pesakit lain memerlukan lebih tenaga berbanding orang biasa bagi melawan penyakit tetapi jangan meninggalkan terus pengambilan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor.

‘Jika tidak mengambil ubat doktor dalam jangka masa yang lama dikhuatiri akan diserang asma dengan lebih teruk lagi,” ujar Roslizawati.

 

Kebaikan Sarang Burung Balit dalam merawat Asma

  • Dpat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga merupakan nutrisi bagi  paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.
  • Untuk kanak-kanak, dapat memperkuatkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap  makanan dan memperkuatkan paru-paru. Menggalakkan perkembangan otak serta  menguatkan daya ingatan.
  • Merupakan makanan yang amat baik kepada para perokok, serta dapat mengurangkan  kesan yang ditimbulkan daripada nikotin untuk mencegah serangan barah ( cancer )
  • Kitab Compendium of Materia Medica – Kesihatan paru-paru, buah pinggang, perut  dan ginjal
  • merupakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru.

Produk Yang disarankan untuk merawat Asma dan Lelah

(klik pada Nama produk untuk maklumat lanjut)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “Penyakit Asma – Asma kenali punca serangan

  1. Ada orang kata.. makan daging landak bagus untuk pesakit lelah.. Sejauh mana kebenarannya? Wallahualam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>