PERSADA

Peluang perniagaan menjana pendapatan dengan produk kesihatan


kanser kolon pembunuh utama

 

Kanser Kolon – Sejumlah 2,900 rakyat Malaysia menghidap kanser kolon setiap tahun

Setiap tahun, kira-kira 2,900 rakyat Malaysia,  dikesan menghidap kanser kolon, Ia merupakan antara penyebab utama kematian di kalangan lelaki Malaysia dan pembunuh ketiga di kalangan wanita negara ini.

Kanser Kolon ini juga adalah yang kedua dikaitkan dengan kematian penghidapnya, Kanser kolon dan rektum adalah jenis kanser sistem penghadam yang paling sering di temui. Kanser kolon dan rektum selalunya bermula didalam lapisan mukosa usus tersebut. 

Kanser kolon bermula dengan polip. Peringkaan permulaan polip akan tumbuh berbentuk benjolan kecil seperti cendawan di permukaan kolon. Polip adalah petanda awal kanser kolon. Kebanyakan polip tidak berbahaya tetapi ada sesetengahnya boleh bertukar menjadi kanser.

Simptom-simtom Kanser Kolon

Seperti kebanyakan pesakit kanser kolorektal, anda mungkin tidak mempunyai sebarang simptom di tahap awal penyakit ini. Simptom- simptom berbeza bergantung saiz kanser dan kedudukannya di dalam usus besar. Dalam beberapa kes, simptom-simptom ini mungkin terjadi bukan disebabkan kanser tetapi penyakit usus radang, sindrom usus rengsa dan kadangkala divertikulitis. Berjumpalah doktor sekiranya:

  • Perubahan di dalam tabiat usus termasuk diarea/cirit-birit atau sembelit atau perubahan tabiat membuang air besar anda buat beberapa minggu
  • Najis yang ‘sempit’
  • Perdarahan rektal atau najis berdarah
  • Rasa tidak selesa pada abdomen yang berterusan seperti kekejangan, angin atau rasa sakit
  • Abdomen sakit apabila membuang air besar
  • Rasa seperti usus tidak dikosongkan sepenuhnya
  • Kehilangan berat badan yang tidak diketahui puncanya.

Faktor-Faktor Punca Kanser Kolon

  • Kanser kolon dan rektal boleh merebak tanpa mengira usia, dan tiada siapa yang terlalu muda untuk mendapat kanser kolorektal. Kira- kira 90 peratus pesakit berusia lebih 50 tahun.
  • Jika anda pernah mempunyai kanser kolorektal atau adenoma polipus, anda berisiko lebih tinggi untuk menghidap kanser kolorektal pada masa akan datang.
  • Kebarangkalian anda menghidapi kanser kolorektal adalah tinggi sekiranya ahli keluarga anda mempunyai penyakit tersebut.
  • Kanser kolon dan rektal mungkin dikaitkan dengan diet yang rendah fibernya dan tinggi dalam lemak dan kalori.
  • Apabila anda tidak aktif, sisa-sisa buangan akan berada di dalam kolon anda dengan lebih lama. Dengan melakukan aktiviti fizikal secara teratur akan mengurangkan risiko kanser merebak.
  • Pesakit diabetes mempunyai sehingga 40 peratus risiko kanser kolorektal.
  • Terdapat lebih 1:10 penyakit kanser kolorektal yang mengakibatkan maut berpunca daripada merokok. Jika anda pernah didiagnosis dengan kanser kolorektal, perokok mempunyai 30 hingga 40 peratus risiko untuk meninggal dunia disebabkan penyakit yang mendatangkan maut ini.
  • Terlalu banyak mengambil alkohol

Pencegahan Kanser Kolon

  • Banyakkan makan buah, sayur dan bijirin
  • Hadkan makanan berlemak lebih-lebih lagi lemak tepu
  • Ambil vitamin dan zat galian seperti kalsium, magnesium, pyridoxine (vitamin B-6) dan vitamin B-9
  • Hadkan pengambilan alkohol dan berhenti merokok
  • Jalani kehidupan fizikal yang aktif dan kekalkan berat badan yang sihat
  • Mempertimbangkan pengambilan statin untuk kolestrol tinggi.

Fibre Plus Mampu mengelakan daripada Kanser Kolon

Fiber Plus

Kandungan Fiber Plus

  • LIME
  • HAWTHRON BERRY
  • ROSELLA
  • BLACKCURRANT
  • PSYLIUM HUSK
  • GINGER
  • OAT (BETA-GLUKAN)
  • FRUCTO-OLIGOSACCHARIDE
KEBAIKAN FIBRE PLUS :
FIBRE LARUT DAN TAK LARUT
  • Pelincir usus semulajadi mempertingkatkan pergerakan peristalisis, melegakan sembelit dan masalah akibat sembelit seperti buasir.
  • Membantu menyingkirkan koprotasis, merendahkan risiko kanser kolon.
  • Membersihkan kolon, mempertingkatkan persekitaran untuk pertumbuhan bektiria baik.
  • Memberikan rasa kenyang, efektif untuk mengawal berat badan.
  • Membantu mengawal paras lemak dan kolesterol dalam badan
  • Membantu memulihkan semula sistem Penghadaman

 

Fibre Plus Menyerap Kolesterol

Fibre Plus Mampu membantu Kurangkan Risiko kanser Kolon

Untuk Maklumat lanjut sila Klik di sini : Fibre Plus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PRODUK PERSADA

Klik pada gambar untuk maklumat lanjut



3 Responses so far.

  1. surihati_ku says:

    salam..
    rasa gerun..sllu skit d kaitkan dgn org cina..sb dema suka mkn panas2 tu yg bahagai tu dema sakit..

    sb ada buku2 suri baca skit ni kbyk org cina yg kena..buku apa yg suri baca dah lupa huu

  2. ohcikgu says:

    huhu..bahaya ni. kena jaga kolon kita nih..

  3. kalau ikut statistik tu mcm sikit jer.. mungkin sb spesifik pada kanser kolon nie. Tapi mmg ramai yg kena kanser zaman nie… Seram gak kawe dengar..

Leave a Reply


Site search

INFO PERSADA