dnoBiz

Just In & Around My BoX



 hala tuju kerjaya

 

Hala Tuju Kerjaya – Tentukan hala tuju Kerjaya melalui kekuatan Diri

Sebenarnya aku nak kongsikan tip cara cara nak Cermerlang DALAM SPM tanpa perlu membaca buku…(ada ke..??)

Tapi sebab dah terlewat dan calon SPM pun dah mula menduduki peperiksaan jadi rasanya tip tu dah tak sesuai lagi :D

Jadi Sebagai ganti aku akan kongsi beberapa tip yang pada aku sesuai untuk dijadikan panduan pada mereka untuk menentukan hala tuju kerjaya mereka, terutama dalam membuat keputusan untuk menetukan kursus yang akan mereka ambil bila melanjutkan pengajian nanti…

Berikut adalah 10 tip bagi membantu anda membuat keputusan yang tepat.

KENALI DIRI ANDA

Tentukan kekuatan, kemahiran, minat dan personaliti anda. Anda pasti mahu memilih kursus yang membawa kepada kerjaya masa depan yang bersesuaian dengan sifat anda iaitu kebolehan, bakat, keperluan, nilai, minat dan gaya hidup yang anda impikan

SENARAIKAN MISI PERIBADI

Senaraikan apa yang Kauorang mahukan?? ( nak Kahwin tu misi lain), apa yang  mahu dicapai dan prinsip yang membimbing kauorang dalam hidup.

KENAL PASTI KEKUATAN ANDA

Kaji rekod sekolah Kauorang. Kenal pasti mata pelajaran yang kauorang berjaya mencapai keputusan cemerlang dan sebaliknya. Ini akan menjadi penentu keputusan mengenai kebolehan semula jadi korang sama ada lebih cenderung kepada bidang seni, bahasa, mekanikal, matematik, berkenaan ruang atau bidang lain.(bidang pecah rumah dan seangkatan dengannya tidak disarankan)

APA AKTIVITI MASA LAPANG ANDA SEKARANG

Apa yang kauorang sering lakukan ketika waktu terluang, apa yang korang lakukan bila bersama kawan kawan, apa topik yang berjaya menarik perhatian kauorang, apa hobi kauorang…, itu semua boleh dijadikan penilaian untuk (kacau anak dara orang bukan dikatogori dalam Hobi tapi aktiviti sambilan)

KUIZ PERSONALITI

Kajian baru-baru ini menunjukkan padanan yang tepat di antara personaliti dan jenis kursus yang dipilih memberi kesan terhadap kejayaan di kolej. Secara amnya, padanan baik yang diperoleh akan melahirkan pelajar berkualiti.

Mereka yang memilih bekerja di persekitaran yang sama dengan jenis personaliti mereka juga lebih cenderung berjaya dan mencapai kepuasan dalam kerjaya. Jalani kuiz, ujian atau inventori yang menentukan keperibadian anda.

MELAWAT PERSEKITARAN (ni untuk IPTS)

Cuba cuba la luangkan masa Untuk melawat kawasan kolej yang akan jadi tempat korang menuntut ilmu, bolehkah korang sesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran disana, bukan saja kawasan dan suasana tapi korang juga harus mengambil kira personaliti pelajar dan tenaga pengajar disana supaya nanti korang tak cepat Tension atau sawan… ( Kalau IPTA jangan mengada ngada macam ni)

KONGSI PANDANGAN DENGAN SENIOR

Kongsi pandangan atau peroleh maklumat daripada pelajar senior yang telah mengambil mata pelajaran dan juga yang telah bekerja dalam profesion berkaitan dengan kursus yang anda minati. Kaji apa yang mereka suka? Adakah mereka serasi dengan anda? Apakah persekitaran kerja dan budaya kerja sebenar? (faktor sampingan seperti ramai aweks aweks comel dan balak balak Hansom juga mampu membantu dalam memberi tenaga tambahan pada korang)

TEMUI DAN AMBIL PELUANG BERBUAL DENGAN KAUNSELOR

Satu idea yang baik jika korang dapat bercakap dengan Kaunselor Akademik di kolej tersebut bagi mengenai kesesuaian kursus dan kecenderungan minat korang. Minta pandagan mereka Kemukakan soalan mengenai kursus yang bersesuaian dengan kauorang atau ujian personaliti yang kolej mungkin tawarkan.

PERTIMBANGKAN SEMUA ALTERNATIF ANDA

Dapatkan seberapa banyak maklumat yang anda boleh mengenai semua pilihan anda.

Sebaik sahaja anda telah menyenarai pendek pilihan anda, pertimbangkan semula setiap kebaikan dan keburukan yang terdapat pada semua senarai terkini anda itu.

BUAT KEPUTUSAN

Pertimbangkan senarai akhir anda dengan berhati-hati. Buat keputusan yang tepat dan ja-ngan memberi tekanan kepada diri anda dalam membuat pilihan kerana terpaksa mengambil kira pelbagai sudut misalnya kerana semua rakan anda me-ngambil kursus berkenaan.

Perbelanjaan akan meningkat kerana anda mengulangi semester, menukar kursus di pertengahan pengajian atau tidak lulus. Apatah lagi anda akan jauh ketinggalan beberapa tahun kebelakang dalam memperoleh pendapatan lumayan kerana lambat menamatkan pengajian.

Selepas tamat pengajian, kursus yang anda pilih menjejaskan kestabilan dan kepuasan dalam pekerjaan serta prospek kerjaya dan beberapa ganjaran lain.

Pilih dengan bijak dan anda berhak mencapai kepuasan dengan memperoleh ganjaran daripada dunia kolej dan kerjaya pilihan anda.

Ps : Aku lupa kat mana aku dapat tip tip ni… :D

Pss: Tip tip ni berguna jika korang berjaya dalam SPM nanti :D dan kepada yang gagal itu bukanlah penamat pada kehidupan korang tapi hanya satu permulaan untuk keperingkat yang seterusnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: MOTIVASI

5 Responses so far.

  1. b3njy says:

    Ni kira tip moden ni … sebab dulu2 mana ada macam ni semua … sebab dulu2 kalau dapat kerja di kerajaan dah kira BEST OOooo … semua orang tahu satu kampung tahu termasuk juga awek 2 yang tinggal selang 2 rumah … pada masa tu tak der melihat kekuatan diri janji ada kejoo dah kira OK .. tetapi sekarang ni lain banyak …

  2. akubiomed says:

    Saya sokong mengenai sijil SKM diperkenalkan di sekolah menengah sekurang-kurang selain SPM pelajar juga mempunyai sijil kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan dan diterima oleh industri.

  3. Apa yg bro tulis di atas tu betul cuma zaman remaja kita selalu tak pedulikan soal masa depan kita :D Had pemikiran kita masih mudah dan anggap lepas abis belajar, sure ada kerja dan kalu kita kurangkan kos kita, apa-apa gaji pun cukup. The truth hidup tak semudah itu. Time kawe berCINTAN dulu pon dah banyak pakai duit, so patut sedar awal2 bila dah kawin nanti banyak mende yg kena prepare :wink:

    • tehr says:

      setuju
      masa remaja selalu pikir pendek2 je
      harap remaja yang baca entri ni dapat pikir panjang2
      kita bukan nak hidup dua tiga bulan je

  4. padin says:

    ahah tip yang tip top.. memang susah nak buat pilihan, kalau tersalah pilih merana badan plak nanti, hee tapi betul kata komentar lain, masa remaja fikirnya tak panjang mana huhuu

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors