dnoBiz

Just In & Around My BoX



  punca Kejayaan perniagaan dan kejayaan usahawan

 

Kejayaan Perniagaan – Kejayaan Usahawan Bukan sekadar keuntungan

 

Oleh kerana kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai dikalangan kita yang pada aku telah melakukan satu anjakan yang cukup bijak dalam megatasi masaalah itu.

Dimana mereka telah membuat keputusan untuk tidak hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja, mereka juga cukup kreatif dalam mengunakan peluang dan kecangihan teknologi yang ada dalam mencipta peluang perniagaan bagi menjana pendapatan sampingan yang kadang kadang melebihi gaji tetap mereka.

Namu satu hakikat yang harus dan mesti diterima oleh para usahawan ialah, kejayaan setiap orang tidak sama, dan tiada kaedah dan cara yang dapat menentukan dengan tepat bila kejayaan Usahawan itu akan bermula, Ada yang berjaya dan ada yang belum sampai masanya untuk berjaya, tapi bukan gagal, kerana pada aku dalam perniagaan istilah gagal adalah sesuatu yang tidak patut ada pada seorang usahawan.

Kejayaan perniagaan biasanya diukur pada hasil atau perolihan keuntungan yang diperolihi dalam masa tertentu seperti yang telah ditetapkan oleh pemilik perniagaan itu. Dan untuk satu jangkamasa yang lama pula kejayaan sesebuah perniagaan itu akan diukur pada perkembangan perniagaan yang dijalankan, seperti pertambahan cawangan atau peningkatan hasil perolihan dari satu tahun ke satau tahun yang berikutnya.

Namun satu perkara yang sering dilupakan ialah  kepuasan pengguna dan pelanggan yang merupakan satu faktor penting dalam menentukan kejayaan perniagaan  itu agar mampu untuk bertahan dan terus berkembang.

Jumlah keuntungan dan hasil jualan dapat dicapai dengan cara promosi yang berkesan dan pengolahan yang tepat dari situasi atau keadaan semasa, namun tanpa produk yang berkualiti dan kepuasan penguna dari produk atau servis yang kita tawarkan adalah faktor paling penting dalam menjamin hayat kejayaan perniagaan kita.

Percaya atau tidak, kepuasan penguna adalah satu faktor yang mampu meningkatkan semagat Usahawan utuk terus berusaha dan mengekalkan kejayaan usahawan itu….

 

Hasil gabungan produk berkualiti dan kepuasan pengguna dari salah satu cabang perniagaan yang aku ceburi…

 

 

Ps : Kejayaan Usahawan = jana pendapatan + produk berkualiti + kepuasan pengguna + sumbangan usahawan dalam mencipta peluang perniagaan = kejayaan perniagaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: INFO, MENJANA PENDAPATAN

15 Responses so far.

  1. akubiomed says:

    Setuju kalau hendak diharapkan makan gaji memang tidak cukup kerana harga barang naik gaji tetap ditakuk yang lama.

    Beli barangan keperluan pada kuantiti yang sama tapi nilai duit makin menyusut akibat kenaikan harga barang.
    akubiomed recently posted..Perkongsian antara Yahoo! dan Bing menaikkan kualiti trafik blog

    • dino says:

      ada berita baik untuk pekerja Swata, kerajaan dalam perbincanganakhir untuk meyakinkan pelabur yang ada sekaran dan juga dengan pelabur luar untuk menetapkan tangga gaji minimum untuk pekerja swasta tidak akan membebankan mereka,

      Ps : Tapi pada aku risiko untuk pelabur berpindah kenegara seperti Viatnam dan cina memang tinggi bila tangga gaji baru ni di laksanakan
      Dan yang pasti jika ini berlaku ramai yang akan hilang pekerjaan..

      • Amry says:

        ada betul jugak cakap ko ni bro…aduh..yang jadi mangsa adalah pekerja swasta macam aku ni. nak gaji mahal, tapi majikan sebaliknya.kaau majikan dah cari port lain..uish..masalah tu

  2. sangilapi says:

    meniaga ni nak kena ada minat sejati,bukan minat pada duit tu semata-mata[keuntungan] sebab dalam berniaga ada pasang surutnya :)

    dari pemerhatian aku,dalam keadaan sekarang ni,berjaya memenuhi keperluan asas pun dah cukup baik dan bagus[kira dah syukur sangat] :)
    sangilapi recently posted..rezeki dari domain

    • dino says:

      Betul tu Jo, tampa minat mereka akn mudah hilang semagat dan putus asa bila ditimpa masaalah yang di luar jangkaan.

      Keadaan tak menetu ni sebenarnya bermula dari tahun 2005 lagi, dan semakin menjadi jadi sampai sekarang, kayu akur palin mudah yang aku seri gunakan untuk memerhatikan gerakan pasaran ialah kedai makan… :D

      • sangilapi says:

        kepala ko dengan kepala aku pasal kayu ukur tu sama :)

        perniagaan kedai makan sekarang memang semakin merosot,pelanggan ramai di kedai bukan satu petanda toke kedai boleh tersenyum !
        sangilapi recently posted..PR 2011 dah update

        • samdaddycool says:

          masalah kedai makan sekarang bila terlalu banyak sangat ‘pengeluaran’ manakala tahap permintaan masih ditakuk lama, atau mungkin dah menurun. Makin ramai orang makan mee segera.. yang menjadi2 sekarang bisnes mee segera, indomie, mamee, mee in my mug, maggie, cintan, vmee, adabi dan lain-lain lagi..

          ibu mie … baaaaaaaaaaaaaaaagggggggggggggggggggguuuuuuuuuuuuuuuuuuusssssssssssssssssssss
          samdaddycool recently posted..Topangnya patah dua

  3. zik says:

    berniaga , kebajikan pun kadang2 kena lakukan juga… untung2 dah berjuta-juta… kalau tak dikongsikan bersama.. nanti tak berkat.. (zakat)..
    zik recently posted..Mengapa kita sukar untuk menyimpan duit setiap bulan

  4. tehr says:

    kepuasan pengguna memang penting
    kalau aku la
    aku akan berulang dapatkan barang / perkhidmatan yang aku puas hati dengannya
    tehr recently posted..Pilihan Yang Ada

  5. RedBoys says:

    betul. biar pelanggan puas. produk juga harus berkualiti dan kalau boleh biar ianya unik. baru ramai yang tertarik nak beli.
    RedBoys recently posted..Sinopsis Filem Haq

  6. Ladfe Amir says:

    aku belum kuat lagi utk buat bisnes itu ini. belum kuat utk melayan kehendak pelangan.

    tapi

    di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan keluar. InsyaAllah

  7. ebizon9 says:

    Kerjaya bisnes adalah satu kerjaya yg fokus lebih fokus dari kerja makan gaji…

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors