Telur Tiruan – Awas Jangan Salah Pilih Telur…
Semalam aku ada terbaca tengtang berita mengenai telur tiruan yang dibongkarkan oleh SM Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
Telur yang dihasilkan di Cina itu katanya diperbuat dari gabungan beberapa bahan, kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan, dan pihak Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sudah menghantar contoh telur yang dipercayai tiruan yang diperoleh dari dua penjual telur di pasar Pulau Tikus, untuk ujian makmal di Kuala Lumpur bagi memastikan adakan telur itu selamat atau tidak untuk dimakan.
Dan hari ini utusan Malaysia telah meyiarkan satu lagi berita menganai operrasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa dalam menangani masalah tersebut
PULAU PINANG 7 April – Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri merampas 270 biji telur, disyaki tiruan dari tiga gerai di pasar Pulau Tikus, di sini hari ini.
Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, M. Gunaselan berkata, pemeriksaan dilakukan kira-kira pukul 10.45 pagi oleh tujuh anggota penguat kuasa yang diketuai oleh Md. Nasir Mohamd dan mengesan telur ayam yang didakwa tiruan dan dijual dengan harga antara 35 sen hingga 38 sen sebiji.
”Sebanyak 270 biji telur ayam disita dari tiga gerai yang diperiksa, manakala 90 biji diambil untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini
Turut serta dalam pemeriksaan itu ialah Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan Pejabat Kesihatan Timur Laut, Wong Kee Poh bersama beberapa pegawainya.
Menurut Gunaselan, kes itu akan disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 dan jika disabitkan kesalahan, denda maksimum yang boleh dikenakan RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya bagi individu, manakala bagi perbadanan, denda tidak melebihi RM250,000.
Berita Penuh : Utusan online
Namun aku harap kajian keatas telur ni dapat disegerakan, kerana pada aku telur merupakan satu jenis makanan yang paling banyak diguanakan oleh rakyat Malaysia, terutam yang berpendapatan rendah, yang pasti tentukan tahap keselamatan dan juga status halal atau haram nya, dan buat masa sekarang ni pihak berkuasa harus membuat pemantauwan secara besar besaran bagi menghalang produk ni di pasarkan
Cara mengenal telur tiruan:
- Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
- Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
- Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
- Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
- Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
- Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
- Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
- Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang haram dimakan oleh orang Islam.
S. M. MOHAMED IDRIS
Presiden CAP
Proses Membuat telur Tiruan (Video)
Video proses membuat telur tiruan dan anggur tiruan
Ps : Lepasni mungkin akan mucul pula jenis telur palsu yang tak kurang juga kepentingannya…… terutama pada kaum lelaki
PSS: Cina memang cukup hebat dalam megolah pengetahwan mereka





pergh..sengal diorang ni..xde keje..asik tipu orang je
fitri recently posted..Awas! Telur Tiruan Di Hadapan
tapi aku respek dengan akal diaorang ni
Mak oii.. telur pun ada yg tiru. Kalau jadi ayam pun kira ayam tiruan la bro?
Ismail N recently posted..Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya
ayam tiruan dah banyak bro kat lorong… ayam ada halkum hehehh
memang kacau
bertambah lagi makanan haram yang masuk ke negara kita
benda ni ramai yang belum tahu lagi ni
tehr recently posted..Bertemu Rakan Blogger
nasib baik pihak berwajib dah sebarkan melalui media Tehr…
Terima kasih banyak-banyak bro, siap dengan video berita dari luar negeri mengenai telur palsu. Nampak agensi Verterinar, Pertanian dan Kastam perlu satu langkah kehadapan.
Saya sudah memberitahu isteri saya mengenai telur palsu.
Setakat ini masalah kemasukan telur palsu dikenal pasti hasil aduan pengguna dan siasatan NGO.
tapi kalau kena cara guna pengetahwan mereka ni, akurasa banyak faedahnya, terutama bagi membantu mangsa yang kebuluran dan negara yang mempuyai masalah bekalan makanan
thx dnobiz d sharing info…
kalu tak mmg tak perasan sbb tiruan & ori sama aje…. phewww!
bEe recently posted..Pernikahan Kris Dayanti
[...] ringan-ringan sahaja. Tidak mahu memberatkan fikiran dengan perkara-perkara berat seperti kemasukan telur tiruan dipasaran yang gagal ditapis oleh agensi yang [...]
[...] adalah angkara cerita telur Palsu yang aku dapat daripada akhbar hari [...]