dnoBiz

Just In & Around My BoX



kesalahan merakam operasi

Aku pun Tak Tahu - Mengada-ngada rakam operasi

Sebenarnya aku pun tak tahu yang tindakan sebegitu merupakan satu kesalahan….

Apa pun mereka bernasib baik kerana hanya diberi amaran dan tidak disabitkan di mahkamah, tapi yang bab maki hamun tu memang aku tak setuju, dah la buat kesalahan bila ditegur nak maki orang pulak…

KUALA LUMPUR: Seorang penjawat awam bersama tiga rakannya yang merakam Ops Samseng Jalanraya di Jalan Gereja/Dataran Merdeka, di sini, semalam menerima padah apabila kamera videonya dirampas.

Difahamkan, ketika Unit Kuatkuasa Khas Polis Trafik Kuala Lumpur (U3K) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan operasi yang bermula jam 12.30 tengah malam hingga 3.30 pagi itu, sebuah Perodua Myvi hitam yang dipandu seorang penjawat awam memasuki kawasan berkenaan.

Seorang penumpang kereta terbabit pula dilihat merakam perjalanan operasi berkenaan dan apabila tindakan penumpang itu ditegur seorang anggota polis yang bertugas, pemandu terbabit memaki-hamun anggota berkenaan.

Bagaimanapun, kumpulan itu tidak bernasib baik apabila ditahan dalam sekatan jalan raya itu dan apabila disoal, penjawat awam terbabit pada mulanya menjawab dia tidak mengetahui mengenai tindakan rakannya itu, malah menafikan mereka membuat kesalahan.

Ketua Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Wahid, berkata meskipun pemandu terbabit penjawat awam, pihaknya tidak berkompromi dengannya kerana tindakan kumpulan itu menyalahi undang-undang dan disebabkan itu pihaknya merampas kamera video milik mereka.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mereka merakam perjalanan operasi dan bagi mengelakkan mereka menyebarkan rakaman berkenaan, kami memadamkan semua rakaman dalam kamera video itu.

“Selepas diberi amaran, kamera video itu diberikan balik bagaimanapun sekiranya kami mendapati rakaman terbabit disebarkan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka,” katanya selepas operasi berkenaan, semalam.

Sementara itu, gara-gara panik dan bimbang ditahan dalam operasi berkenaan, beberapa Mat Rempit nekad menggadai nyawa serta membahayakan pengguna lain apabila cuba meloloskan diri dengan menunggang motosikal melawan arus.

Ada juga pemandu kereta yang meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan bagi mengelak melalui kawasan sekatan tanpa menyedari pihak berkuasa bersedia di seluruh kawasan itu.

Azmi berkata, dengan kekuatan dua pegawai dan 14 anggota kedua-dua jabatan berkenaan, pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas 330 kenderaan termasuk motosikal.

“Polis menyita lima motosikal dan mengeluarkan 85 saman atas pelbagai kesalahan termasuk ubah suai nombor plet, tidak memiliki lesen dan cukai jalan tamat tempoh,” katanya selepas tamat operasi di sini.- MyMetro

PS : Jangan ingat aku punya Cam, aku punya suka… :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: INFO

5 Responses so far.

  1. Pacifista says:

    oh…aku pun baru tau :p

  2. hafizmd says:

    as salam dino,

    akupun baru tau…ingat boleh, tp mungkin ianya benda pnc…dan ada caranya pihak berkuasa buat rakaman…jadi tiada rakaman peribadi yg dibenarkan…

    jadi, kesimpulannya…jgn ingat semua boleh buat ikut suka..

  3. tehr says:

    ooo tak boleh rakam rupanya
    tak tau pulak aku
    hehe nasib aku tak pernah rakam apa2

  4. bEe says:

    Baru ku tahu
    hehehe

Leave a Reply


CommentLuv badge

Site search

Sponsors

    TAG

    VISITOR




    Personal blogs

    Alexa Rank