Pesanan Si Peragut – Peragut salahkan Mangsa Letak Beg dalam Raga
ALOR SETAR: “Dia cuma berani di belakang, orang macam ini perlu diberi pengajaran,” kata Muhamad Hafiz Azizan, 23, suami mangsa ragut di Jalan Gelam-Jalan Datuk Kumbar, di sini, Jumaat lalu.
Muhamad Hafiz berkata, hatinya geram apabila menerima SMS dipercayai daripada peragut yang menggunakan telefon bimbit isteri yang berada di dalam beg diragut.
SMS berbunyi ‘Kami minta maaf, bukan niat kami benda nak jadi tak diduga, kami Mat Rempit tak diiktiraf tapi itulah salah dia (mangsa) sampai menggadai nyawa.’
Dia berharap, peragut terbabit ditangkap polis dan dihadapkan ke muka pengadilan.
SMS itu juga membuatkan, isterinya, Nuramiza Ezzanie Azmi, 21, semakin marah kerana peragut menyalahkan dirinya -MyMetro
Aku bukan nak sokong apa yang dibuat oleh peragut tu, sama sekali untuk bersetuju dengan mereka…
Tapi bila diambil dari tujuan SMS tu dihantar…., pada aku ada baiknya sms peragut tu…
Memang ramai yang tak ambil berat dengan tip atau panduan bagi mengelakan kejadian ragut, dan anggap ianya tidak penting dan merasakan mereka mungkin tidak akan menjadi mangsa…
Jadi..
Kutu apa yang dilakukan oleh peragut tersebut, Tapi ambil berat pesanan yang disampaikan mereka…








Peragut sudah tentu salah dan mangsa juga cuai.
akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – #Double Parking
tu dia……betul jugak tu kadang orang perempuan selagi tak kena tak beringat…
Suka Aku. recently posted..Blackberry Playbook OS 2 dilepaskan
Bila ada peluang, dah tentu akan diambil sebaiknye. Jadi mmg boleh pakai jugak otak peragut ni dan kita jugak kena berhati2…
hafizmd recently posted..Projek Review Blog di Alexa.com Bermula
ada juga peragut macam nih..
ohcikgu recently posted..Keputusan terkini Malaysia vs Jepun – Kelayakan Olimpik 2012
saya setuju dengan emtry ini
Juan recently posted..Alcatraz TV Show / TV Series 2012
Hmmm.. bagus juga peragut ni… tp bukan sokong tindakan ragutnya… tp diorang memohon maaf, mgkn ada menyesal kot.. ntah laa…
macam2 manusia zaman akhir zaman loni, huhuhu